Wednesday, July 16, 2008

harga manusia lebih MURAH drpd harga seekor ayam..

Artikel 1

Anggota tentera maut diserang sekumpulan lelaki

REMBAU: Seorang anggota tentera maut selepas diserang sekumpuan lelaki dengan senjata tajam di depan sebuah rumah di Taman Sedia Raja di sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom, berkata Pegawai Waran dua Mohd Zawahir Anwar, 36, sedang keluar dari keretanya apabila beliau diserang dengan senjata tajam oleh beberapa penyerang dalam kejadian pada kira-kira jam 4 pagi.

Beliau berkata polis yang tiba di tempat kejadian mendapati Mohd Zawahir sudah meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah, dan kesan luka di bahagian kepala, leher dan badan.

“Siasatan awal mendapati beliau bertugas di Institut Kejuruteraan Tentera Darat, Port Dickson. Setakat ini polis tidak menjumpai senjata yang digunakan,” katanya kepada pemberita di sini.

Katanya mayat Mohd Zawahir sudah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk dibedah siasat, dan kejadian diklasifiksikan sebagai kes bunuh yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mizan berkata polis sudah menahan tiga orang bagi membantu siasatan, dan polis percaya kes itu akan dapat diselesaikan dengan pantas.Bernama


Artikel 2

Jurulatih institut askar ditemui mati

7 may 2008

REMBAU: Seorang jurulatih Institut Kejuruteraan Tentera Darat, Port Dickson ditemui mati berlumuran darah dengan beberapa kesan tikaman pada badan di halaman sebuah rumah di Taman Setia Raja, Pedas, dekat sini, dipercayai diserang sekumpulan lelaki, awal pagi semalam.

Mohamad Zawahir Anwar, 36, yang bertugas di Bahagian Sekolah Pertukangan Perantis dipercayai diserang pada jam 4 pagi oleh sekumpulan lelaki bersenjata tajam ketika berada di rumah seorang rakannya di taman berkenaan.

Serangan menyebabkan jurulatih berasal dari Rawang, Selangor dan menetap bersama isteri dan empat anaknya di Port Dickson itu luka parah pada badan akibat ditikam dan dilaporkan mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom, berkata polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam memaklumkan seorang lelaki cedera parah di Taman Setia Raja dan apabila tiba polis menemui mayat terbaring berlumuran darah.

Katanya, polis yang terus melancarkan siasatan kemudian berjaya menahan beberapa suspek untuk soal siasat, tetapi tidak menjelaskan secara terperinci mengenai identiti serta jumlah sebenar mereka yang diberkas.

Artikel 3

Jurulatih dibunuh mungkin akibat cemburu

SEREMBAN: Polis tidak menolak kemungkinan kes pembunuhan seorang jurulatih di Institut Kejuruteraan Tentera Darat Bahagian Sekolah Pertukangan Perantis, Port Dickson bermotifkan cemburu dan dendam pihak tertentu.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Zazali Hashim, berkata berdasarkan siasatan awal, kes itu dipercayai berpunca daripada cemburu.

“Setakat ini, seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan kenyataan daripada tiga rakan mangsa yang menyaksikan pembunuhan itu juga sudah diambil,” katanya yang ditemui semalam.

Beliau berkata, senjata pembunuhan bagaimanapun masih belum ditemui tetapi berdasarkan kesan luka, ia dipercayai akibat pisau pemotong daging.

“Siasatan terperinci berhubung kes itu masih berjalan dan polis sedang berusaha mengenal pasti suspek yang terbabit dalam kejadian itu,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi kelmarin, Mohamad Zawahir Anwar, 36, diserang sekumpulan lelaki di hadapan sebuah rumah di Taman Setia Raja, Rembau.

Mangsa yang dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur bersama rakan iaitu dua wanita dan seorang lelaki diheret keluar dari kereta oleh sekumpulan lelaki sebaik berhenti di depan rumah terbabit.

Allahyarham Mohamad Zawahir terus dibelasah dan ditikam menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga lagi rakannya tidak disentuh.

Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat cedera parah di bahagian badan dengan beberapa kesan tikaman.


ULASAN drpd sy...
Sbnrnya, arwah yg telah disebut dlm ketiga-tiga artikel di atas merupakan sepupu saya..iaitu anak kpd mak long sy sebelah ayah..ketika aku sedang menghadiri kuliah,mama telah mengirimkan SMS..dan mengatakan bahawa abang long(panggilan arwah semasa hidup) telah meninggal dunia..namun, sbb kematian tidak dpt dipastikan..
petang itu, papa,mama & epi mengambil aku di klj dan kami terus menuju ke port dickson..

sesampainya di tanah perkuburan..kami sekeluarga tidak sempat menatap wajah arwah yg terakhir..kerana arwah telah telah selamat dikebumikan..tambahan pula, kami sesat dalam perjalanan menuju ke rumah arwah..ketika itu,mak teh(kakak ayah) menyapa kami..dia turut memberitahu bahawa kak diela(bini arwah) sedang mengandung 5 bulan..hati aku cukup sayu & tersentuh melihat anak-anak arwah(3 laki & 1 gurl)..meratapi kematian ayah mereka..aku masih ingat ketika kami sekeluarga(semua adik beradik ayah & sepupu2) telah berkumpul beramai2 bermain bowling di ampang point beberapa bulan sblum tragedi itu..pantasnya masa berlalu..tiba2 sahaja,aku mndgr berita ini..

ketika tahlil pd mlm trsebut,aku telah mndgr pelbagai cerita..namun, aku tidak berani hndak brtanya lebih2 pd mama & papa ttg apakah cerita di sebaliknya semua itu..aku juga tak berani berada brhampiran dgn anak2 arwah..krana mereka semua tidak dberitahu kenyataan sbnrnya..iaitu sbb kematian ayah mereka..sudah beberapa kali juga aku menitiskan air mata melihat mereka..bertanyakn sana sini ttg ayah mereka..muke yg blur ngan ape yg trjadi..balik2 skolah trus dpt tahu ttg.....hati aku agak tak tenteram ktika mmbaca yasin..krana org2 yg dtg agak bsing mengatakn itu & ini..

selama ini, aku hanya mmbaca surat khabar ttg kjadian bunuh yg kejam &ngeri..namun tidak aku sangka sama sekali, tragedi sdemikian akan berlaku dlm kluarga kami..
dlm perjalanan balik ke rumah, papa tidak habih2 menyatakan rasa kekesalan apa yg berlaku..kami skeluarga trtanya2 apa yg trjadi sbnrnya..motif?siapa??aku mengenali arwah merupakan seorg yg baik..sbg anak tunggal kpd mak long, sudah tentulah emaknya sgt sedih atas apa yg brlaku..

aku berharap, sesiapa yg brtanggungjawab atas prbuatan trsebut...kembalilah ke pangkal jalan..bertaubatlah..kasihanilah org yg teraniaya akibat prbuatan kamu trsebut..jgn biarkan rasa marah, dengki & perasaan2 negatif lain menguasai diri..
syaitan bertepuk tgn atas apa yg telah trjadi..
wallahualam...
al-fatihah buat arwah.........



3 comments:

jonieluvjunee said...

nina.. ni kak isha... kak isha copy artikel psl abg long tu tau.. nak ltk kt blog kak isha... ri tu x smpat amek....

wann said...

ade dengar jugak citer neh.sebab saye pon dok kat institut kejuteraan tentera darat jugak.kenal ngan arwah.tapi x rapat.nak citer pon tatau.banyak sangat citer.huhu

..alicia-rnro.. said...

wann-huaa2..yeke camtu..cmne kamu boleh terjumpa blog saya ni pulak eyh..byk cerita eyh..huhu~