Sunday, July 27, 2008

macam-macam



Pemimpin yang mana “standard”nya adalah terletak pada harta, maka, memanglah naik Proton Saga akan menyebabkan standardnya jatuh. Manakala jika pemimpin itu menaiki Mercedes, maka standardnya akan mengangkasa tinggi, walaupun dia seorang kaki rasuah, kaki tipu, kaki judi, kaki botol, kaki betina dan pelbagai jenis kaki busuk lainnya. Pemimpin mesti mempunyai penampilan yang mewah, barulah kepimpinannya akan dihormati, dilihat sebagai bergaya, berwibawa dan berkarisma! Biarpun sebenarnya rakyat disedut keringat dan peluh mereka (melalui cukai) habis-habisan bagi membiayai semua kemewahan yang dimiliki pemimpin.

Dalam perjuangan MB Terengganu untuk mendapatkan Mercedes idamannya ini, fail Pekeliling Perbendaharaan telah dibuka dan dipertontonkan kepada sekalian rakyat jelata, kononnya membenarkan pembelian tersebut. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad yang menyelar tindakan kerajaan negeri Terengganu, beliau menjelaskan bahawa MB telah tersalah faham mengenai peruntukan Pekeliling tersebut. Menurutnya, kenderaan yang dimaksudkan oleh peruntukan tersebut hanyalah melibatkan kenderaan selain kereta.

Sejak seminggu lepas, begitulah drama tarik-tali yang diwayangkan di hadapan rakyat Malaysia di atas pentas politik untuk merebut sebuah kereta bernama Mercedes Benz. Duit rakyat yang dirampas bukan lagi menjadi isu, tetapi “kereta mewah” manakah yang perlu dimiliki pemimpin, itulah yang menjadi isu utamanya. Walhal isu yang sepatutnya di bawa oleh pemimpin adalah bagaimana untuk “menjaga” rakyat, ini tidak, para pemimpin membincangkan isu bagaimana nak “menjaga dan memuaskan nafsu aku”.

Inilah kekejian drama politik Kapitalisme yang sangat menyayat hati bagi orang-orang yang berfikir. Di sebalik kemewahan yang mewarnai kehidupan sang pemimpin, terpapar realiti kehidupan rakyat yang sangat daif dan penuh penderitaan. Segala kekayaan negara dibolot oleh para bangsawan (pemimpin) manakala rakyat di biar sengsara, bahkan diwayangkan pula kerakusan pemimpin tersebut merebut kemewahan ini di hadapan rakyat jelata. Para pemimpin ini sudah tidak segan silu menunjukkan aksi rakus dan gelojoh mereka melahap habuan dari keringat serta darah rakyat.

Masihkah rakyat mahu menyanjung mahupun berharap kepada para pemimpin seperti ini?

ntah laa..aku pon x paham laa...

MINYAK NAIK,KERETA NAIK 'CLASS'..

x gitu?????

No comments: