Monday, June 15, 2009

perkara 153

kursus kenegaraan (dikendalikan oleh biro tatanegara)
tarikh : 8-12 jun 2009
tempat : kem bina negara meru, klang

pada permulaan, memang sgt berat hati dan tidak mahu pergi..
tetapi, semasa dan selepas mengikutinya..saya akui sgt seronok ok~
sumpah tak tipu..BTN sangat2 best..
aku sangat berminat dgn semua apa yang telah disampaikan oleh facilitator semasa LDK dan sesi ceramah..
biarlah orang nak cakap aku org pro-kerajaan atau apa sekali pun...
yg penting, aku dapat tahu byk bende baru drpd program ni..

ya, aku mengaku aku nangis time kena nyanyi lagu 'warisan' ramai2 tu..
ya, aku geram semasa tangan diikat dan mulut kena selotape walaupun tidak bersuara pun semasa aktiviti 'stones' itu..aku sorang plak tu wakil group aku..
ya, aku suka aktiviti abseiling dan masuk hutan (walaupun tak semencabar spt PLKN dulu)
ya, aku mengakui politik itu penting daripada 3 faktor lain itu
ya, aku setuju yg negara itu penting untuk dipertahankan dan 3 elemen lain itu menjadi pendukung kuat sesebuah negara itu
ya, baru aku tahu tentang perkara 160(2), 43, 153, 152, 10, 181, kontrak sosial dan sebagainya..
ya, aku mengaku yg aku tidak menghayati subjek sejarah ketika nak amik spm dulu
ya, baru aku tahu aku minat nak dengar perkara2 yg disampaikan dan diterangkan semasa sesi pembentangan kertas kerja (aku tak tidur pun sesi ceramah tu)


malas nak cerita panjang2,
terasa lemas dgn keadaan politik sekarang..
terasa lemas dgn orang2 yg tidak tahu atau sengaja tidak mahu ambil peduli dengan kontrak sosial
terasa lemas dgn golongan yg tidak sedar diri dan tidak tahu malu meminta yg bukan2 yg secara terang-terangan bukan milik mereka
terasa sgt geram dgn orang2 yg mahu mencabar kedaulatan raja2 melayu, yg mahu menghapuskan ISA dan perkara 153 dan sebagainya
terasa geram dgn individu yg sanggup menggadai maruah bangsa kerana ingin memenuhi kehendak diri sendiri
ermmm..

Aku
bukanlah seorang perwira
gagah menjunjung senjata
namun hati rela berjuang
walau dengan cara sendiri
demi cinta ini

ku ingin kotakan seribu janji
sepanjang kedewasaan ini
ku ingin sampaikan pesanan
aku lah penyambung warisan
(antara bait lirik lagu warisan)

janganlah kita setakat menang bersorak, tapi kampung tergadai..
renung-renungkanlah..

p/s-lagu ini best

6 comments:

Rifqi Al-lil said...

oh kontrak sosial.
haha best jugak btn, aku jadi penghulu di tapak kawad dulu. haha

A.Khairul said...

see... betul tak kata pepatah "tak kenal maka tak cinta" (^_^)

Faraheen Hazirah said...

yup. xfhm knape kte x ditekankn tntg kontrak sosial dlm syllabus.

Afiq said...

Wah lagu warisan.. Sangat best..
Sudirmann.. Wuuu

..alicia-rnro.. said...

rifqi-ececeh..jadi pengulu..ko la tukang nak suruh bangun tiap kali ceramah eyh..haha

a.khairul-yup..saya setuju sungguh dgn kamu..

fain-tu la pasal..aku baru tau kontrak sosial tu wujud dowh..aku setakat hafal je sejarah dulu..takde penghayatan lgsg..

afiq-huhu~liriknya sgt menyentuh hati..

wankhai said...

Kontrak sosial dahulu tidak ada nama rasmi "kontrak sosial" pun.
Tidak ada wujud pun istilah "kontrak sosial" dalam Perlembagaan Persekutuan.Semangatnya ada-seperti kata Prof Dr Aziz Bari, pensayarah undang2 UIA. Itu pasal kita tidak didedahkan dengan terma ini sangat. Hehe.
Dalam kebelakangan ini baru terma kontrak sosial wujud,terutamanya selepas kebangkitan reformasi mantan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Menurut Tun Dr Mahathir seperti dalam kenyataan beliau dahulu di meida, kontrak sosial ini mula dimeterai apabila Tunku Abdul Rahman(Perikatan),Tan Cheng Lock(MCA) dan Tun V.T.Sambathan(MIC) bermesyuarat untuk pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.Ini ialah quid pro quo- Melayu dilindungi hak pribumi,bukan Melayu dapat kerakyatan. Suruhanjaya Reid justeru telah memasukkan Perkara 14-18, Perkara 153 yang terkenal itu.Oh, anda pergi BTN jadi saya takyah cakap apa kebendanya perkara2 ni bukan? Hehe.

Satu trivia menarik ialah sebenarnya Suruhanjaya Reid telah mencadangkan bahawa perkara2 ini wujud hanya selama 15 tahun sahaja sebenarnya, sama seperti wujudnya Akta ISA yang sbenarnya khas untuk komunis sahaja.

walaubagaimanapun, kita lihat ia masih dikekalkan, atas sebab "lemahnya" Bumiputra dalam segenap segi hingga ke saat ini.

Maaf komen panjang. Saya suka sekali sejarah jadi tahulah serba sedikit pasal hal ini, walaupun belum lagi ke BTN.

Harap tidak ada bias politik dalam komen ini. I like to remain neutral, for now. Salam.