Friday, September 25, 2009

::aidilfitri::syawal::raya




memandangkan ini raya yg last sebelum aku berangkat ke nw zlnd pada tahun depan, of course la aku berasa mahu beraya sakan tahun ini....
aku puas hati raya tahun ni..antaranya sebab:

::sehari sebelum hari raya, keluarga sebelah papa ada buat masak2 beramai2 kat umah nenek..kami bakar masak dan bakar lemang sendiri, masak rendang dalam kawah besar, anyam ketupat ramai2..wahhhhh.aku rasa sangat seronok bila berkumpul ramai2 begitu..ada keluarga pak andak, mak ngah, maklong, pak itam, pak usu, pak uda(gelaran untuk ayah aku la tu), mak teh..

::lepas penat2 memasak dari pagi sampai la petang, kami siap2 berbuka puase ramai2 pula..lepas tu ada takbir kat umah mak ngah yg hanya bersebelahan dgn umah nenek..

::dapat sembahyang raya kat surau kampung..tahun2 yg lepas tak dapat..
aku dgn adik gurl jalan kaki sama2 pegi surau..n of course la rasa sebak jugak kan, entah bila dapat peluang cmni lagi..

::sesi bermaafan macam biasa laa dekat semua ahli keluarga due2 belah papa n mama..
ade juge sesi bergambar..tahun depan maybe berair kot mata if tengok semula gambar2 ni kat sana nnt..huhu~

::dapat pergi lawat kubur atuk..ramai2 pergi satu family baca yasin kat sana..kubur tu sesak n jem la jugak jalan area2 situ..

::dapat beraya dengan sanah..!!yeaaaa...tahun ni dia balik dari mesir..rindu gile die..dapat gak kami beraya bersama(sepupu aku paling rapat, dia la)..next year aku fly, entah bila lagi dapat jumpaaaaa..waaa..last aku jumpa die before ni masa form 3, kat mrsm transkrian..dia wakil maktab dia bersyair....

::dapat beraya dengan kawan2 sg choh..hoho~berbelas2 umah aku pegi..bukan dalam sehari laa..ade la dalam beberapa hari beraya..dulu duduk asrama, tak dapat la join diorg sangat, skang ni dpt la jumpe n tukar2 cerita diorang sekali...yelah..lepas ni, tak dapat jumpe dah..wuwuwu~

Tuesday, September 15, 2009

kerenah budak sekolah 3

seperti yang dinyatakan dalam post sebelum ini...ini ialah sambungannya......
tapi kali ni aku bagi keyword dulu..huhu~

1-duit kecik- camni depan kedai buku tu, ada mesin air..alaa..mesin yg masuk duit syiling, tup tup kuar air dalam cawan kertas dgn air sekali, ada air milo, kopi, sirap, laici..so, budak2 ni suka sgt la menjadikan kedai buku itu sebagai tempat tukar syiling...ada tu sanggup tipu kami semata-mata nak photostat sekeping dua kertas ape2 entah untuk dapat duit tukar..sebab kami memang tak bagi tukar2 duit syiling camtu je..kalau nak beli barang yg setakat 20 sen pastu bagi seringgit kertas pun kadang2 kami tak layan sebab duit syiling selalu tak cukup..lagi pun malas la nak layan semua orang nak tukar duit je, bukan nak beli barang2 pon..pernah gak depan2 mata aku lepas kami photostat page yg dia nak, dia keronyok dgn selamba je kertas tu..dan buang kertas yg dah digumpal dlm tong sampah, lepas dapat duit syiling yg dia nak... grrr.. sakitnya hati... kalau bagi rm 1,sebab nak beli tisu 30 sen, then die pegi beli air yg 70 sen kat mesin tu, aku boleh terima lagi..isyy..

2-sakit-ermm..hari tu kan..ada budak gurl cina baru daftar kat skolah tu..pucat je muka dia..dari perbualan ayah dia dgn cikgu, aku dgr dia sakit leukemia.. muka budak tu ceria dan bersemangat betul nak pegi sekolah..dia sorang je yg hari2 pakai topi jalur kaler itam merah dan pink, mungkin untuk sebab2 tertentu kan...terharu gak tgk2 ari2 ayah dia akan hantar sampai ke dalam sekolah, tak macam budak2 sekolah lain..nape la budak2 lain tak amik pengajaran, sakit2 dia pun still nak pegi skolah, ini tak..ada yg sampai2 je sekolah merayau tak tentu hala, sampai cikgu nak kene cari ke mana diorang menghilang..

3-bau-errkkkkksss..yg ni kan..kadang2 budak2 laki yg beli brg kat situ berbau rokok time beli brg..ceh..mak bapak still tanggung korang blaja, pastu pegi beli bende tu plak..eeiii..ade gak aku tanya diorg kadang2, ko smoking eyh tadi??..bau kuat la dik..
mana la diorang nak ngaku, sengih2 jawab "mana ada kak"..itu kes pertama, yg kedua kan..errr..hari tu aku hampir nak pitam sebab tiap2 budak india yg dtg beli kat kedai tu..ade bau colok..alaa..yg asap2 buat semayang depa tu kot..sumpah aku tak tahan gile sampai nak muntah..korang bayangkan.. bau tu melekat kat baju diorang, buku2 yg diorang nak photostat, duit syiling dan kertas yg diorg bagi.....grrrr..puas aku pegi tandas guru sebab ada sabun nak basuh tangan bagi hilang bau tu..sampai abih keje tak hilang2 weyh.. esok tu, aku tanya la diorg.. korang bawak semayang ke semua benda2 ni, pen, pensel, duit bla3..diorg kata ada perayaan apa entah kene angkut semua tu hari tu..aku dan ika just saling berpandangan.. huk2..

errr..tu je kot untuk hari ini..bersambung lagi..........

Saturday, September 12, 2009

kerenah budak sekolah 2

ini ialah sambungan post sebelumnya..so, aku listkan je la eyh..

1-budak2 ni suka bawak barang larangan ke sekolah..normal la tu kan..
apa yg di larang, lagi di bawa... pastu, selalu gak diorang suruh aku sorokkan/simpankan kat dalam kedai buku..adoi..rasa bersalah ok bersubahat..tapi kesian gak kat diorang...kadang2 kesian, kadang2 malas nak layan diorg duk bising2,
so terpaksa je la amik simpankan..contoh barang2 yg diorg selalu bawak mcm handphone, gelang2, rantai..kelakarkan?..
tapi kan, tanpa pengetahuan diorang, aku bukak gak inbox, file2 yg ada dalam handphone tu..tujuan?..aku tak nak la bersubahat dgn diorg if ada video bukan2 ke kan..ada sekali tu, aku tgk inbox sorang mamat nih..wahhh..byk betul awek die..semua dia panggil syg..semua gurls yg msg, sume laen2 org..haha..ada gak yg simpan alat make up..aku gelak2 gak bila tgk diorg kelam kabut if tahu ada sportcheck hari tu.."akak, tolong la simpankan, nanti balik sekolah saya amik"..cis..jadi tempat simpan barang lak..

inilah antara hp2 yg disimpan tu.


2-selain tempat simpan barang, kedai buku tu jadi tempat budak2 ponteng kelas pun ada gak kadang2..selamba je buat2 nak beli barang2 kat situ..then, bila aku tanya kenapa tak masuk kelas, diorg bagi mcm2 alasan, cikgu tak best la, boring la..suka hati betul..mereka suka merayau2 beli air kat mesin air depan kdai buku tu..then, ajak aku dgn ika sembang pulak tu..ada yg nak aku jadi akak angkat la..seingat aku, sepanjang 5 tahun sekolah asrama, tak pernah lak aku ada adik/akak/abg angkat2 ni...adik sendiri yg tersedia diangkat pun tak larat nak jaga..isyy2..

3-kadang2 tu, aku saja2 gak la tanya pasal bab2 skolah tu kat budak2 sekolah tu..kononnya aku tak kenal cikgu tu, ini..sedangkan, of courselah aku tahu...mak aku cikgu kat situ..haha..biasalah budak2 sekolah tu suke komen itu ini.bukak cerita itu ini...mengadu kat kitorang diorg wat ni salah, tu salah..ceh..aku mestilah sokong tindakan cikgu2 tu kan..tak kan nak bagi muka je kat depa semua...errkkss..ade gak kes sorang mamat india gemok ni memang suka pandang serong kat aku dgn ika..dia ingat kami budak2 tak abih sekolah, sebab tu kerja kat kedai buku tu..aku selalu senyum2 je la tgk gelagat dia tu..ade sekali tu, die duk bangga sgt yg mak dia doktor, ayah dia pilot..lepas tu nak marah2 kami suruh photostat yg dia punya cepat sket..hahaha..dia cakap kat kami yg dia kelas diamond(kelas rangking first), rupa2nya, cikgu dia kata kat kami yg dia tu kelas ketiga je..haha..

4-oh ye..kedai buku tu sebelah je dgn bilik disiplin..so, aku selalu je tengok hari ada yg kena rotan, potong rambut laa..tak pun ada sekali tu, budak perempuan india nangis2 tak nak ngaku dia curik barang apa ntah kwn dia punya..antara denda kelakar yg pernah aku tengok ialah sekumpulan budak2 cina, dalam 8 orang camtu, diorg keluar kelas awal taw..diorang rehat awal, siap dah beli mee rebus kat kantin padahal belum waktu rehat lagi..hahaha..then, cikgu disiplin yg nampak tu, panggil diorg semua, beratur sepanjang depan koridor sambil pegang mangkuk mee tu dgn chopstik tu skali..then, bila tiba time rehat, semua orang yg lalu lalang akan tengok dan gelak2kan mereka..ade je yg pakai rantai bukan2, cikgu2 rampas time tu gak..aku senyum je la..pegi skolah pun nak pakai rantai fesyen2 yg over2...

5-aku dgn ika suka layan ada kembar ni..diorang form 1..aku tak ingat nama kembar tu..alahai..kesian pun ada kadang2..diorang mcm mat lembut sikit..diorg suka nyanyi lagu amy mastura kat kdai tu..aku dgn ika pun join gak nyanyi kadang2..kadang2 gaduh2 mulut dgn diorg..bila diorg dah lama tak datang, sunyi gak kdai tu..diorg memang kelakar..aku pernah gak tanya, "kalau kat rumah, mak panggil apa nak bezakan kamu dua ni".. diorang kata family salah seorang tu sutun, yg satu lagi kerang...erkksss...aku ckp, "hissyy...jgn la tipu akak..takkanlah..."..tapi memang betul la..diorg siap buat gaya mcm mana mak diorg panggil lagi..huhu..macam2....

bersambung...

Sunday, September 6, 2009

kerenah budak sekolah 1


Seperti yang pernah aku nyatakan dalam post sebelum ini, nisbah mengikut kaum pelajar di sek men sri garing(SEGAR), rawang itu ialah- 40% cina, 40% india dan 20% melayu..
dengan jumlah pelajar seramai lebih 3500 dan jumlah guru yg lebih 180 orang, setiap hari aku berdepan dengan pelbagai kerenah yg kadang2 memerlukan kesabaran yang lebih...sebenarnya, kalau boleh setiap hari ingin aku update blog ini dengan cerita lawak, sedih, dan lain2 yg berlaku di situ untuk dijadikan pengajaran..tetapi, apabila sampai saja di rumah, terasa penat yg teramat, di tambah pula pokok2 yg perlu di tuai di farmville(game di facebook), haha..memang alasan tu..mungkin ada yg cakap, "weyh, setakat kerja kedai buku tu, apa yg penat sgt ha?"..aisyyyy..bila jam 7 pagi sahaja, kedai itu sudah dibuka, kunci disimpan oleh aku atau ika secara bergilir..pelajar2 tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan kedai dan hanya boleh tunjuk2, or sebut sahaja apa yg mereka inginkan..so, kami kena bergerak-gerak mengambil2 barang2 yg mereka perlukan..buku lejer, kertas graf, liquid paper, pembaris, kertas kajang, kad manila, berus lukisan, water colour, pen...dan macam2 lagi taw..



oh ye...yg pen tu, ade berpuluh2 jenis taw..just sebut jenis apa, warna, o.5 or 0.7, pen dakwat basah or ballpen dan sebagainya..yang aku tak tahan, ada nak aku amik semua jenis pen, tapi last2, tak beli ape2, rase cam nak lempang2 je..haha..selain itu, itu baru bab alat tulis yg 500 jenis item berbeza..aku juga perlu kena ingat harga2 barang itu semua supaya proses pembelian berjalan lancar..masuk bab photostat..kadang2 kami berdua tak dapat duduk pun, sebab order photostat dari guru2 dan pelajar2 tersangat banyak..
1000 lebih copy photostat sehari adalah normal..yang aku bengang, budak2 tu, selalu hilangkan kertas yg diberi cikgu mereka, dan kami akan photostat benda2 yg sama berulang2..bayangkan, semasa form 3 kena menghantar kerja kursus sejarah, geografi dll..ramai yg malas, dan hanya photostat folio rakan2 mereka untuk dihantar...
pelik sungguh aku..ada juga yg photostat lirik2 lagu la, foto artis kegemaran laaa...yang aku nak tergelak, photostat gambar pakwe/makwe pun ada, walaupun sudah berulang kali aku katakan bahawa gambar yg di photostat mungkin akan jadi gelap, namun tidak diendahkan..lagi satu, guru2 bertindak untuk photostat secara pukal bahan2 mengajar yg akan diedarkan dalam kelas..aku dan ika faham apabila dijelaskan mengapa mereka tidak menggunakan kemudahan mencetak di sekolah kerana proses untuk bahan2 itu dicetak agak rumit, dan memakan masa yg lama..kerana perlu mengisi borang itu ini, perlukan tandangan orang itu ini..so, jalan mudah kerana kadang2 on the spot gak idea mereka timbul tentang apa yg ingin di ajar untuk hari itu juga..

oh ye..tugas lain yang perlu lakukan setiap hari di kedai itu ialah untuk mencatatkan segala jenis barang yg telah dijual untuk untuk hari itu...hatta seketul pemadam, sebiji gam rm 0.80, pembaris rm 0.20, saniplast rm 0.10..yup, semua perlu direkodkan..bayangkan, kami berdua yg tidak menang tangan di waktu kemuncak iaitu sebelum loceng pertama kelas berbunyi, semasa waktu rehat dan semasa waktu pertukaran pelajar sesi pagi dan petang..manalah hendak terlayan, mereka yg ingin membeli belah barang, photostat, tak termasuk golongan yg window shopping sahaja..haha..ada kalanya apabila stok lari, kami kelam kabut..tapi, seronok sebenarnya apabila membuat kerja2 akaun itu, cuma kena sangat teliti supaya tidak lari walau sesen pun..sudahlah pula tu, kami harus memberi bos jumlah wang yg mencukupi dan selari dengan apa yg telah direkodkan..ya, sangat leceh sebenarnya kerja2 itu dan aku akui agak tidak berbaloi kerja di situ..baru aku faham kenapa pekerja di situ datang dan pergi..tiada siapa yg tahan kerja sebegitu setiap hari..haha..tetapi, bila memikirkan telatah budak2 sekolah yg mencuit hati, aku happy saja di situ..eyh...bersambung kisah2 budak2 itu dalam post akan datang..memang kelakar, geram dan kasihan pun ada..