Sunday, July 31, 2011

avondale

ahad lepas aku pergi avondale dengan qila..ahaha~
dah second year baru merasa nak pergi sana..booooo~
sunday market di avondale adalah sangat awesome!!!..
tempat wajib pergi kot if dah sampai auckland.

perasaan lepas ke sana?
-wahhhh..gembira tak terkata..barang2 semua bestt dan murah dong.

berapa tambang pergi balik ke sana?
- dengan menggunakan kad hop n off tu, satu hala perjalanan ialah $2.70 berbanding $4.50 kalau tak guna kad hop n off tuuu~lorhh..buat promotion plaks kat sini.bukan ape, jimat banyak kot..hoho~

beli apa kat sana?
-macam2..sayur mayur, buah-buahan, baju, biskut, tauhu, mee basah..semua ada kat sana..haha~

oh ye.sedih sikit la sebab masa kami sampai tu, hari hujan sikit2..pasar ahad tu ada dari pukul 8.00 pagi sampai 12 tengah hari je..but, if lambat, memang banyak barang yang habis pun..oh aku sedih jugak sikit sebab tak jumpa tempe, sebab izzati cakap dalam blog ada jual tempe kat sana, tapi aku tak jumpa.huk3
:(


let the pictures do the talking.
okey?

oh my, kempunan nak makan ketam terubat..ada jual ketam ikan sotong dan sebagainya.tapi aku dan qilah pilih nak beli ketam je.


oh ini bukan gambar kat pasar.tapi gambar kat dapur rumah..sampai-sampai rumah je terus rebus ini ketam.hahaha~



okey.apa pakcik ni buat kat pasar ni siap dengan bendera malaysia segala??
haha..lawak pakcik ni..dia yang suruh aku gambar dia n letak dalam blog dan facebook...
iye pakcik..saya dah tunaikan ni..dia memang bangga dengan malaysia...dia jual biskut yang sangat sedap dan murahh~bangga habis dengan mat salleh lain yang datang kedai bila cakap melayu dengan aku..dia tanya isu bersih kat malaysia la itu ini..aku malas nak masuk campur aku kata..then, dia kata tak boleh macam tu..hoho~

aku beli dua paket biskut-biskut ni..satuu paket ni dia jual kat aku sedollar je boleh~tengkiu pakcik..saya wajib datang kedai pakcik lagi lepas ni bila pergi pasar tu.ahakkks~


ahahaha~jam tangan murah2 $5 dollar je..aku tak beli sebab memang jenis tak suka pakai jam..oh ye..qila ada beli sepasang kasut cantik..$10 je..sangat berbaloi~


oh ini pon bukan gambar kat pasar tu. cuma nak bitaw..kitorang beli mee kuning, tauhu, sayur sawi, bawang semua kat pasar tu..ahaha~terubat rindu nak makan mee goreng taw~

aaaaaa~buah-buahan sangat murah laaaaa kat avondale tu.gerammmm..limau mandarin satu plastik besar cuma sedollar je ta..bayang kan laaa..pastu 4 ketul avocado kat atas ni pon sedollar je..satu plastik besar kentang pun kitorang sapu gak, tak ingat harga, rasanya dua dollar je..pastu beli pisang banyak banyak untuk buat jemput-jemput pisang..masyukk~


nampak tuuu..3 baju= $10..ahahaha~aku angkut 5 baju kot..qilah angkut 2 baju..hik3~ingat dah murah sangat tu,lepas tu bila jalan jalan lagi.dangsss..ada baju yg sehelai $1-2 dollar je taw..hik2~


tengokk tuuu..comey kan kan kan??..aku dok syok tengok orang ni ukir-ukir carrot jadi bentuk macam2..serious suka..cam tak caya dari carrot boleh jadi macam2 bentuk yang menarik..bunga, orang, macam2 laa..

hehe..last2, aku yang jadik tukang beli sekuntum bunga rose yang makcik tu buat daripada carrot..harga seketoi benda ni sedollar taw..tapi bende2 lain yang dia buat harganya $5 dollar...hehe~sukaaaaaa~

Thursday, July 28, 2011

accept


hai hai.
mode :rindu rumah.
tak sabar nak balik mesia next month boley?
tapi nampak tak banyak gila list due date kat tepi ni?
sabo je lahh.asam garam sebagai student.


lately, aku runsing sikit.
tapi okey je.kadang-kadang je ada terfikir, kenape macam tu?
kenapa tak macam ini?
owh.kena macam tu, baru jadi macam ini.
ok.dah melalut.

bye.nak berbuka.

tak habis ganti puasa lagi. T_T

Tuesday, July 26, 2011

2nd sem 2nd year





MATHS 340: Real and Complex Calculus



MATHS 363 : Adv Modelling & Computation



PHIL 101 : Introduction to Logic



PHYSICS 107 : Planets, Stars and Galaxies


p/s: moga dipermudahkan. Amin.

Sunday, July 24, 2011

malam

dua malam kat melbourne.


menarik gak la.makan kat kedai makan nama blok M..sedappp~

ahaha~aku rasa if cakap pasal blok M, semua budak melbourne wajib tahu la kan?tak sempat snap pic makanan, lapar punya pasal..dah abih lahap baru ingat nak snap pic...haha~



malam kedua makan kebab je, sebab kedai lain banyak dah tutup time tu sebab balik lambat..dah nak kul 9.30 pm..yela.4 jam tu perjalanan dari Great Ocean Road.

hurmm~menarik kot bentuk-bentuk bangunan kat melbourne..hoh~tapi satu benda la yang aku salute, iaitu trafik kat city tu..trem sangat banyak kot..lepas tu, kereta boleh pulak berhenti tengah tengah jalan tu if nak belok simpang ke kanan..camne nak cakap eh..haha...aku tak paham sangat trafik kat situ.pening2..sebab tak paham la aku pun tak boleh nak explain kat sini macam mana..maybe sebab tak sampai 3 hari pun kat situ, so memang aku tak paham..



owh..baru teringat pasal ada api kat melbourne tu...nak tahu lebih lanjut klik sini.
nanti kan setiap sejam sekali (start kul 8 pm camtu kot), dekat atas tower Crown Casino tu kan, ada api nyala2..smart lah api dia...siap ada bunyi2 lagi..try gak duk bawah api tu..best2~rasa panas n lega je..maklum lah tangan cam beku2 sikit..duk bawah api terus rasa lega.



wuwuwu~btw, aku sedih sikit la tak dapat naik trem tu..yelah..dah sewa kereta..naik la kereta kan?ye idok?..kena la abihkan minyak kereta tu kan..hoho~memang nak suruh aku pergi lagi sekali kot melbourne tu.mungkinkah?haha.

Wednesday, July 20, 2011

kelas.

hari ni hari ketiga minggu pertama semester baru.

haha..actually, before pergi berjalan-jalan yang cuti tiga minggu tu aku dah setelkan enrolment semua tu, dah pilih subjek apa, subjek itu ini, susun semua baik-baik.

alih-alih, hari pertama kelas masuk klas maths 3**. masuk kelas tu, aku cuaks..bukan kelas mengira, tapi kelas mengarang essay dan berbincang dalam kumpulan tentang sistem pendidikan maths..aaaaaaaa~okey..aku drop subjek tu..sebab nanti final memang mengarang 100% which is benda yang memang menakutkan aku..plus, kena bekerja dalam kumpulan untuk dapat markah lain plus setiap minggu dapat material tebal kena baca..ayat dan more ayat kena baca dan kena fahamkan..tak mahu.

hari kedua bila dah drop maths 3** tu, aku try la masuk kelas stats 1** tu..sekali lagi, tak nak..sebab kena buat report, baca surat khabar nz segala bagai..lecturer kata ini bukan kelas mengira..ni kelas untuk kupas isu tentang isu-isu survey statistik segala..aaaaa..sekali lagi, aku drop subjek tu..

pening.yup..memang pening untuk memilih, menyusun merangka jadual sendiri..
clash sini sana..nak subjek itu dan ini..tak nak yang itu ini...kena penuhi syarat grad itu ini lagi.dangs..
macam lah tu jugak kehidupan ini..tak semua yang kita nak tu, kita akan dapat.kan?

so, berbalik pada topik asal..
hopefully, apa yang aku dah enrol hari ni adalah yang terbaik buat aku..

dengan lafaz bismillah, aku memulakan sem baru ini dengan penuh harapan dan semangat..hihihi~

:)

Monday, July 18, 2011

melbourne (2)

okey.hari kedua pergi ke Great Ocean Road.
sepanjang perjalanan tu, memang cantik la views.
nak dekat 4 jam gak perjalanan naik kereta ke situ.hoho~







pastu dari jauh dah nampak light house ni kan,tu yang maen berhenti kan je kereta pastu amik gambar kat sini,



lepas singgah light house tu, singgah ada hutan ni pulak, naik titian gantung antara pokok-pokok...apa ek nama tempat tu, tak ingat laaa.tapi best la dapat tengok pemandangan hijau pokok-pokok ni..sejuk je mata memandang..



okey.nanti sambung lagi.
hari ni first day class of semester II..
aaaaaaa..bersemangat rose bersemangat!
harus!

Sunday, July 17, 2011

melbourne (1)

paper exam yang last hari tu habis pada 27 june iaitu education 121G..hoho~essay tu..dah lama tak mengarang ni..penat tangan.okey..end of story yang tu..

balik je rumah, aku kemas-kemas barang semua sebab flight ke melbourne ialah keesokan harinya 28 june..aku kena tidur kat forte (rumah senior) sebab kena bertolak pergi airport pukul 4 pagi camtu..sebab flight kul 7.20 pagi camtu..hoho~awal gila kan..aku tidur lena kat rumah ziela, nasib baik dia tolong kejutkan..ziela dia balik malaysia..hehu~

okey..sampai kat airport melbourne pukul 11.30 pagi waktu sana..tapi nak setel imigresen, cari beg semua, ada la dalam kul 1 tghari kot..sampai-sampai je airport, boifren alya dah ada dengan kereta dia laa.hehu~tapi sebab kami berempat (alya, ayeen, mira n aku) cam bawak beg banyak kan..kena naik shuttle pergi accom.hoho~

kat luar airport melbourne


ni tempat yang kitorang stay selama dua malam


dalam backpackers tu, laluan nak ke bilik.hihi~


okey.lepas letak beg semua tu, solat n makan semua..terus naik kereta pergi Phillip Island..ada dalam dua jam perjalanan kot nak pergi sana dari accom ktorang tu..

ada la lalu dekat Phillip Island Chocolate Factory tu,tapi tak masuk pun, amik gambar kat signboard je..sebab nak kejar masa nak pergi tengok penguin parade..ala mawi n ikin ada pergi Chocolate Factory dalam cite Mawi World..haha~maybe kena melbourne lagi sekali la camni.


okey..sampai kat Phillip Island Penguin Parade tu dalam kul 4.30 ptg camtu..tapi biasa la winter, dah nak gelap kot.hoho~if nak tahu pasal penguin parade tu boleh klik sini.

lepas bayar tiket masuk tu, kitorang tunggu dengan penuh sabar taw penguin tu, sejak kul 5.00pm punya la tunggu kan..rasanya dia muncul 6.30 pm..adoi..diorang datang ramai ramai dari laut..memang real laa..selama ni aku duk bayang penguin duk kutub je, rupa rupanya tiap malam memang diorang naik situ sebab nak tidur..huhu~

kitorang tak dibenarkan amik gambar, record penguin semua tu, tak leh buat bising sebab takut penguin tu lari..tapi berbaloi gak la tunggu lama lama sejuk sejuk tepi laut tu..adoi..sejuk gilaa kot angin kat situ,,terkedek kedek tengok penguin tu naik kat daratan..mengharung ombak semua tu..gigih betol dia pijak pasir pantai..comel..

ni gambar bawah ni aku copy paste dari google, lebih kurang camni la penguin parade tu:



okey..dua gambar bawah ni bukan google..ni memang aku amik sendiri..hoho~aku ingat papan tanda tu main2 je, tapi memang betul pon..ade je penguin yg terlepas sampai atas tu..bunyi penguin tu comeyy.


yup..memang enjoy..walaupun sakit menahan sejuk.

okey..bersambung......

Friday, July 15, 2011

10 Things Allah Won't Ask!

i copy this article from here

1... . Allah won't ask what kind of car you drove, He'll ask how many people you drove who didn't have transportation.

2... . Allah won't ask the square feet of your house, He'll ask how many people you welcomed into yourhome.

3... . Allah won't ask about the clothes you had in your closet, He'll ask how many you helped to clothe.

4... . Allah won't ask what your highest salary was, He'll ask if you compromised your character to obtained it.

5... . Allah won't ask what your job title was, He'll ask if you performed your job to the best of your ability.

6... . Allah won't ask how many friends you had, He'll ask how many people to whom you were a friend to them.

7... . Allah won't ask in what neighborhood you lived, He'll ask how you treated your neighbors.

8... . Allah won't ask about the color of your skin, He'll ask about the content of your character.

9... . Allah won't ask why it took you so long to seek salvation, He'll lovingly take you to your mansion in heaven,and not to the gates of Hell.

10... Allah won't ask how many people read this, He'll ask if you were ashamed to get more Islamic knowledge and share them with your friends...

Tuesday, July 12, 2011

Queenstown


alhamdulillah..safely arrived in Auckland..
7-11 july in Queenstown..subhanallah..sangat cantikk pemandangan kat situ.

nanti upload pics lagi..sekarang tengah demam.. :(

Wednesday, July 6, 2011

AA dan SS



motif post?haha.saje nak share pendapat aku tentang drama ni..alaaa..bukan pendapat pun laa..just a few random things i wanna say bout this drama..hehu~heyy..dah lama abih tengok drama Nora Elena ni, ada la dalam dua minggu yang lepas kan..cuma baru sekarang ada rasa nak tulis.


1-aku lebih suka Nora dengan Eid sebenarnya, aku ingat aku sorang fikir camtu, tapi cuba korang klik sini ..hahaha~ siap ade fan club tu~heyy..normal kot sebagai tunang, Eid nak jeles sampai macam tu sekali..pastu, aku dah sedih time start episod berapa entah, muka Eid dah tak muncul..haha.

2-well, semua orang cakap watak Seth memang tak logik kan.yeahh..tipu gile wujud watak camtu..memang watak novel semata-mata

3-Nora memang kene kahwin la dengan Seth, dah ko memang suka fresh flower mahal-mahal camtu..amik ko dapat boss terus..boleh la support beli fresh flower banyak-banyak.

4-aku tak suka ending dia, semudah itu Nora terima Seth?..heyy.mamat tu dah buat ko trauma okey selama ni..ko masih nak dia?..hurmm~yeahh..again, nasib baik Seth tu kaya, if setakat kuli, aku rasa Nora mesti tak nak punya

5-okey..aku rasa nak gelak pun ada.korang perasan kan, setiap episod sejak Nora nak putus tunang sampai la habis semua episod, boleh kata setiap kali episod tu la ada scene Nora atas sejadah..hurmm..tapi berapa kali dia pakai seluar panjang dalam cite tu, korang kira la sendiri.

6-aku suka Eid lebih daripada Seth.motif?haha.entah.dah aku suka nak buat camne -.-

7-yeahh..part Seth dengan Elena memang happy ending, but reality is, watak Yvonne yang banyak wujud kat dunia ni..yang gigit jari bila orang yang dia adore sekian lama, tak jadi milik dia.accept the fate..sedih okey..

8-semua lagu OST Nora Elena best..lepas habis tengok cerita tu, aku terus download empat-empat lagu tu letak dalam mp3.

9-inspektor Amir bajet comel..haha..aku tak tahu kenapa aku tergelak-gelak time Seth pukul dia masa kat tepi jalan tu.

10-eh eh eh..selain Eid, aku suka watak Malik..comel, kelakar dan sempoi la watak dia dalam cerita tu..best2..if takde watak dia, mesti cerita Nora Elena tak best..haha..


okey la tu.penat dah taip.tata~


p/s: apa-apa pun lakonan AA( Aaron Aziz) dan SS (Siti Saleha) mantaps kan?..lol..

Tuesday, July 5, 2011

security?




ahaha~time kat melbourne & sydney hari tu, lebih 2 kali gak kene buat bende yang sama (yang kat bawah ni) tiap kali log in facebook..lepas tu dapat e-mail cam kat atas ni..pastu bila salah teka gambar kawan kena block facebook tu dalam beberapa jam camtu..tak leh log in..ahaha~

step yang facebook suruh buat ialah untuk confirm kan yang log in tu tuan punya fb tu sendiri kan ialah recognize gambar siapa dan nama sekali..ada la dalam 5 orang yang aku kena suai dan padankan..kadang2 nak tergelak pun.tak pernah contact pon orang2 tu thru fb, dia suruh aku teka gak..bila salah, dia block..apakah?ahaha~

kalau yg bawah ni, konfem aku klik cepat2 name emosah kan..haha~


tapi if yang kat bawah ni?sampai sudah aku tataw baby siape..kelakar laaaa~




bila dah abih teka gambar siapa,
message di bawah pun tertera la kan.

tapi apa apa pun, bagus kan fb buat camni..
dia bagi e-mail bitaw sume tu..okey la.thanz fb.. *tetibe*

Monday, July 4, 2011

sydney

heyy.currently i am at Lina's place.hihi~

my flight to Auckland is today at 8.15 pm..










i will be missing u, Sydney..oo yeahh.. Melbourne too..hehe~
will be update more stories and pics very soon..
:)

Saturday, July 2, 2011

Day 06 - A picture of a person you'd love to trade places with for a day

sambungan dari post ini

ermm.
bley tak yang ni takde gambar??
sebab aku rasa best jadi diri sendiri boleh??


yup.memang la kadang kadang ada je terpikir,
nape la aku tak cantik macam orang tu,
kaya macam orang ini..tapi bila aku pikir2 balik..
aku gembira je dengan life aku.walaupun takde la best mane pun.
bersyukur.
Someone will always be prettier
Someone will always be smarter
Someone will always be younger
But they will never be you.