Thursday, January 24, 2013

hargai selagi masih ada

so, its been more than two months already.
phewwww.mandi 3-4 kali dalam sehari apabila berada di malaysia itu adalah normal.
hari-hari makan makanan yang berminyak itu adalah normal.
sukar dielakkan.hurmmm.

so, dalam tempoh 2 bulan ini jugaklah, rasanya separuh masa telah dihabiskan di rumah nenek
atuk belah mama.adalah sesekali melawat nenek sebelah papa.
pernah sekali je tidur rumah nenek belah papa kerana masa tu pembantu baru yang jaga nenek
baru sampai.first time jugak lah tengok nenek disalinkan lampin, dilapkan badannya, dibedakkan.
serupa macam budak kecik.
time tu terus aku teringat kata-kata, "seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak,
tapi sepuluh orang anak belum tentu boleh menjaga ibu seorang"
rasanya memang tepat kata-kata tu.
sedih, pilu bila dengar suara nenek cakap "sakit, sakit" bila pembantu tu lap dan salin
lampin pakai buang..huuu..nenek dah tak ingat siapa anak-anak dia siapa.
kalau dia bercakap hanya ingat perkara-perkara yang lampau je.
dia macam di zaman lain, zaman anak-anak dia masih kecil, suaminya masih ada.etc.

so, itu cerita nenek belah papa.80 lebih dah kot usianya.

sekarang selalu habiskan masa kat rumah nenek atuk belah mama.
hari tu nenek jatuh bilik air, sakit belakang dia.tu yang start tidur umah nenek tu.
risau kot diorang dah tua, tinggal berdua je. tambahan plaks atuk skarang berjalan pakai tongkat,
jefry yang selalu pimpin dia berjalan ke kedai makan ke etc
aku ingat lagi, dulu sebelum fly nz,
aku ingat dah tak dapat dah makan rendang ayam yang nenek masak.
tak pun ikan pari masak asam.hee..bila duduk umah nenek ni,
cakap je nak makan apa, insyaAllah nenek akan masakkan.heyy.of course aku tolong masak okey,
mana ada goyang kaki je.hihi..
tutup pintu reban ayam, tolong goreng ikan untuk kucing atuk hari-hari.itu memang wajib kena buat.. basuh dan sidai baju atuk nenek, jalan kaki buang sampah, belikan kuih untuk sarapan, temankan nenek beli barang runcit,
dengar keluhan, cerita, or apa saja yang nenek sampaikan.teman nenek berborak.
tengok tv dgn nenek,tidur dengan nenek,masak sama-sama nenek.
phewww.sayang atuk nenek.





hargai diorang selagi masih ada.
stop tulis kejap.
sebak plaks.hu.


atuk bg ayam-ayam makan


 laman rumah nenek 





 rumah nenek 


1 comment:

mama said...

kakak ada kesempatan menjaga atuk dan nenek. Mama tak pernah kenal atuk nenek kedua2 belah.

Terima kasih kerana sudi melayan kedua ibubapa mama disaat2 mereka tidak berdaya tinggal berdua. Kehadiran akak semestinya menceriakan nenek yot ada teman berborak. Sian atok dah tak berapa dengar lagi...

Hargai ibubapa sementara masih ada