Friday, October 18, 2013

raya aidiladha 2013

al-kisah, kami berenam semuanya cikgu-cikgu berasal dari semenanjung kecuali seorang je yang bukan telah buat trip pusing Sabah semasa cuti sekolah hari raya aidiladha.Hampir kesemua tempat kitorang cover cuma mestilah ada beberapa tempat yang belum dan tidak sempat singgah pun.Malas nak taip panjang jadi kat bawah ni senarai tempat yang dilawat berserta masa perjalanan.takde la details sangat pun.just saja nak catat.oh ye.takde upload gambar jugak sebab takde mood nak amik gambar sangat.just tengok tempat tu camtu je lah.

12/10/2013 (Sabtu)
2.00 am: dua kereta bertolak (patutnya pukul 12 mlm tapi sebab hujan lebat, tunggu hujan reda dulu)
4.00 am: Lahad Datu
5.15: Sg Kinabatangan
8.00 am Ladang Teh Sabah
9.00 am : Tagal Ikan
10.30 am- 12pm : Poring Hot Spring
1.30 pm: Pekan Ranau
2.30 pm: Kundasang
3.00 pm: Desa Dairy Farm, Mesilau
3.30 pm: Strawbery Farm


13/10/2013 (Ahad)
6.30 am: gerak dari Kundasang
8.30 am : Kota Belud (cari parang Bajau)
11.30 am: gerak ke Ranau
1.15 pm : gerak ke Tambunan
2.00 pm: sampai Tambunan
3.00 pm: Keningau
4.40 pm : Empangan Pangi (Tenom) merentasi Sungai Padas empangan tu.
6.00 pm: gerak ke Beaufort (melalui Sipitang)
oh ye.ada cerita sikit masa perjalanan yang amik masa 1 jam 30 minit tu.hujan lebat gak la..lepas tu berkabus..jalan tu macam scary sikit sebab banyak lubang dan banyak one way.maksudnya at one time, satu arah kereta je yang boleh  lalu..lepas tu dengar cerita tu jalan tu ada pantang larang sket.cth: tak boleh bawa daging basah dalam kereta.lepas tu dengar la beberapa cerita yang kurang enak sikit bagi sesiapa yang pernah lalu.cth: masa malam lalu ada macam tamu (pasar) kat tepi jalan tapi bila siang esok lalu situ macam area kubur, ada nampak balan-balan lah..huu..alhamdulillah takde apa yang pelik masa kitorang lalu jalan tu..pasang al-mathurat n surah-surah yang ada dalam hp..heh
8.00 pm : sampai Sipitang
8.40 pm sampai rumah nenek Ernie kat Beaufort


14/10/2013 (Isnin)
8.35 am: gerak dari umah nenek Ernie
9.45 am: sampai Menumbok
10.30 am : naik bot laju ke Labuan (hoho..ini adalah first time okes naik bot macam ni..sebelum ni pernah naik feri ke Pulau Pinang dan Pulau Langkawi je)
10.50 am : sampai Labuan - okey.bebas cukai kan..harus beli coklat banyak-banyak ;)
3.30 pm : gerak ke Menumbok (naik bot laju jugak)
4.00 pm: gerak ke Kota Kinabalu
4.30 pm : isi minyak kat Kuala Penyu
5.15 pm: sampai Membakut
5.50 pm : Kimanis
6.00 pm : Papar
7.15 pm: sampai Kota Kinabalu (makan malam, seafood kat pasar Philippines)
10 pm : sampai rumah Ernie kat Putatan

15/10/2013 (Selasa)
Hari ini Hari Raya!!..thanks mak Ernie masak kuah kacang, soto, kek..waaa..hari raya di perantauan..hehehe
10.30 am: pusing-pusing Suria Sabah
3.20 pm : gerak balik dari rumah Ernie
4.20 pm: Tuaran
5.20 pm : Tamparuli
1.45 pm : Balong
2.20 am : sampai Tawau



No comments: