Thursday, November 5, 2015

No No No No November

Hai.
Konon drama la tu tajuk post ni.
Kekeke.

Takde apa pun sebenarnya.Saja nak cakap dah masuk November.
Rasa macam tak percaya umur dah 26 tahun 5 hari..lagi 4 tahun nak jejak 30.oh no.

Apa yang nak update ek.

Sekarang suka tengok TV series Castle, Forever, The Mentalist, Criminal Minds
The list goes on.Sejak ada Astro kat rumah memang mengadap jelah.banyak cerita best..terleka la kejap kerja yang menimbun.

oh ye.congrats All Blacks..berturut-turut jadi juara..2011 dan 2015..hihi..how time flies.

lagi 3 minggu nak balik semenanjung.hoyeh.kerja assignments UPSI semua ke laut..tak buat apa-apa pun lagi..

Heyyy..apa ni semua benda naik harga oiii..strehh la.hikhok..if harga barang-barang naik lepas tu gaji naik banyak every year ok jugak.. T__T

hampir setiap hari masak di rumah.alhamdulillah..jimat dan berkhasiat gituhh..tapi menu biasa-biasa je..rebus,sup, tomyam,goreng repeat semula.hahaha..







Dinner Form 2 hari tu..dengan anak-anak homeroom..meriah la dengan kambing golek lagi.nyumsss sungguh laa..tahun depan depa ni amik PT3 pulak..kejap je masa.

okeyy..
nak sambung marking paper menimbun okes..huaaaa

Friday, October 23, 2015

graduasi

First time jadi Setiausaha Majlis Graduasi ni.Alhamdulillah pengalaman baru..walaupun memenatkan dan memeningkan kena buat macam-macam surat, memo meeting dan minit mesyuarat etc tapi banyak belajar benda baru which is kinda interesting jugak lah plus dapat kenal dan tengok macam-macam perangai manusia.

Tahun ini ada dua orang pelajar Ting 5 tak dapat graduasi sebab 3 kali gagal Add Maths.aiseyh.kesian jugak tapi syarat yang ada kena patuhi.

apa lagi ya.oh.pelajar Ting 2 pun dah habis Checkpoint.kita tunggu jelah result mereka next year nanti ni.berdebar jugaklah..entah apa-apa result yang dapat nanti akhirnya kononnya melambangkan cikgu tu jugak bagus mengajar atau tidak kan.hehehe.begitulah mentaliti semasa.

Gambar ni diambil tahun lalu masa jadi guru pengiring Karnival Matematik di MRSM Kuala Krai


Friday, September 4, 2015

sembilan

bertabah jugak la aku tahun ni dengan form 5 SPM dan form 3 PT3 sekaligus.hamek ko.hiks.
actually, aku suka je ajar IGCSE ni..silibus okey je.cuma aku risau budak-budak yang slow learner kureng sikit minat dengan format tu..but, I take it as a challenge. hari-hari fikir macam mana nak bagi students suka Matematik. nak bagi diorang in love with Mathematics.hehehe.


so yeah.dah masuk bulan 9.cepat tak cepat jugak la masa.kerja bertimbun-timbun.tak pernah nak surut.bukan merungut atau  mengomel.if tak ada kerja pun masalah jugak okey.so sila bersyukur anda ada kerja nak dibuat..

berdebar jugak nak tunggu result SPM form 5 tahun ni..hehe..cikgu pulak yang risau-risau.students rilek-rilek sahaja siap dah fikir nak pakai apa masa dinner nanti.hebat.

as usual, apa tujuan nak bukak laptop ni tadi..
kena taip surat jemputan mesyuarat Majlis Graduasi 2015.
orait,
tata

Friday, July 3, 2015

Ramadhan 2015

sedih tengok blog berhabuk.
*tiup habuk dan sawang*

sedar tak sedar dah tiga tahun berpuasa di bumi Tawau ni.
so far baru sekali bukak puasa kat luar. Iftar dengan guru-guru matematik. Ketua jabatan belanja anak-anak buah kat Sri Titingan.terima kasih KJ.semoga murah rezeki dan cepat-cepat bertemu jodoh ye.amin.

esok insyaallah bukak puasa dengan anak-anak homeroom pulak. Di Sri Titingan jugak.hehe.femes tempat ni.boleh google tengok.aku rekomen jugak la siapa-siapa yang datang Tawau boleh la try makan situ. dah maju tempat tu.dulu besar kedai tu dua buah je.sekarang dah 5 kedai gabung.mantap.bagus la orang Melayu meniaga maju macam tu.suka tengok.

nak je upload gambar makanan letak sini.haih.tapi malas yang amat.sabo je.

13 hari lagi nak balik raya woi.
kikikiki.sabo je cuti raya kali ni tak sampai seminggu pun.sadis sangat.
takpela.kehidupan perlu diteruskan.

bye.tujuan asal bukak laptop apa sebenarnya?
nak jawab soalan forum dan siapkan esei KPF okeyy.

bye

Sunday, April 12, 2015

pergi takkan kembali

seingat aku,tak pernah aku tulis post khas kat blog ini tentang arwah.

my beloved grandpa , Bahar bin Rais telah kembali ke rahmatullah pada 3 April 2015 pada jam 11.58 malam.begitulah yang telah tercatat dalam sijil kematian arwah.

masih segar dalam ingatan, aku balik dari Tawau hari Khamis (2 April 2015). Sampai je kat KLIA2, amik ERL terus ke KL Sentral. lepas tu terus amik Komuter ke Rawang. Sampai Rawang dah pukul 8 malam, mama dan papa amik naik kereta terus ke KPJ Rawang tengok atuk kat wad 601. Atuk dimasukkan ke dalam wad sejak hari Selasa (31 Mei 2015) lagi sebab ada darah keluar bila batuk-batuk.

Bila berada jauh dari keluarga, mesej bertalu-talu masuk di group whatsapp family Bahar-Sariah tu. Rasa risau, sedih semua ada.rasa tak sabar sangat nak tengok atuk kat hospital.nak selalu ada dengan dia.nak salam tangan dia. tengok dia makan.alhamdulillah.aku sempat buat semua tu.

pada 3 April 2015 (Jumaat), dalam petang-petang sikit tak ingat pukul berapa, aku, mama dan Jefry bertolak ke hospital nak lawat atuk. dalam jam 6 ptg macam tu, atuk mintak nak makan mee goreng. terus mama dan aku cari mee goreng kat sekitar pekan Rawang. aku kagum dengan atuk yang masih ingat hari tu ialah hari apa bila dia cakap ada satu kedai makan yang jual mee goreng tu tutup sebab hari tu ialah Jumaat. cepat-cepat mama dan aku beredar nak cari mee goreng. kami beli kat tepi Mydin tu.dah pesan kat orang kedai tu jangan pedas dan jangan letak ayam.hanya sayur, udang dan sotong je boleh.

lepas beli terus bawa ke hospital.tapi atuk tidur. Cik Ita ada rasa sikit dan dia cakap pedas, atuk tak boleh makan kot ni. terus aku dan mama keluar balik nak suruh orang kedai tu masak semula. tapi bila kami sampai situ, kedai tu dah tutup. terus kami pegi kedai mamak je dan aku ulang lagi benda yang sama.jangan pedas dan jangan letak ayam..sotong dan udang sahaja boleh.

sampai di hospital, tengok-tengok atuk dah makan mee goreng yang kami beli tadi,berselera je dia makan tapi tak banyak sangat la.tak habis pun sebungkus tu.suka sangat-sangat tengok atuk makan sebenarnya.

dalam pukul 8 malam macam tu, Cik Ita mesej kat group whatsapp cakap atuk bangun tidur tanya dia ada panggil ke sebab dia dengar ada orang panggil nama dia.padahal bilik wad tu sunyi sepi je.

dalam pukul 9 malam tu, aku, mama dan jefry nak gerak balik rumah dah.atuk tidur nyenyak. tak nak kacau dia tidur.so tak salam tangan dia pun.

dalam pukul 11 malam macam tu, kepala dah letak kat bantal dan dah ready nak tidur pun.
tiba-tiba papa bising suruh semua orang cepat-cepat bangun dan siap pergi ke hospital.dia cakap abg Syam mesej kat group supaya semua orang ke hospital segera.
terus capai yassin dan bersiap nak gerak ke hospital.

............................................................................

4 April 2015
dalam kul 4 pagi, jenazah sampai di rumah nenek.
kami kemas-kemas rumah nenek.siapkan barang-barang semua.

takkan lupa semua tu dalam ingatan ni.
alhamdulillah atuk selamat dikebumikan di tanah perkuburan Rawang tu.
siram air mawar kat pusara atuk.

Nina sayang atuk.
kami semua sayang atuk.umur atuk 86 tahun semasa meninggal.
Al-Fatihah.

p.s: mata bergenang masa taip post ni.semua memori bersama atuk terus berlegar di ingatan.orang lain tak kan faham.sejak darjah 4 duduk kat Rawang tu.dari dia selalu sapu daun kering kat laman rumah, sampai tak larat bawak motor dah, teman dia pegi pasar beli sayur ikan.semua.semua tu tak kan lupa.

Nina doakan atuk tenang di sana.tak putus doa kami semua, anak dan cucu atuk untuk atuk tersayang.

Saturday, January 24, 2015

Hari Sabtu

kalau korang cakap hari Sabtu ni apa yang terbayang di fikiran?
weekend!..bangun lambat!..spend time dengan family.

urghh.aku menyampah betul kalau ada sekolah ganti.
sorry to say la.but seriously.
aku takde mood sangat kalau nak mengajar hari Sabtu ni.
sebab apa?sebab esok dah Ahad dan weekend aku dah habis.
so for this month basically memang tiap Sabtu kerja.bikin panas.woha!
next Sabtu pun ada program di sekolah maka berakhirlah Januari 2015.

errrrr..motif update blog?takde ape pun.tengah tunggu The Originals Season 2 Episode 10 duk buffer tak habis.penat plak menunggu so decide bukak blog walking then taraaa~ hasilnya ter update lah blog.hikhik.

oh ye.dah habis tengok Greys Anatomy Season 1, 2 dan 3 ye.harhar.yeahh.tahu je series dah lapuk pun tapi suka tengok sebab ada doktor Bailey.i adore her character in that series.sometimes funny, serious dan sangat komited kepada kerja dia walaupun kadang-kadang garang gila dan annoying.
thanks kepada yang tolong download kan season 3 tu ye,hihi.boleh la tolong download lagi.
aku rasa lagi suka tengok series cth: Vampire Diaries, Gilmore Girls, The Originals etc sebab kita boleh dalami watak-watak tu.best.compare to movie ni kejap kejap je.so baik tengok series walaupun kadang-kadang meleret tapi still best.

mihmih.aku rasa dah tahu kenapa update blog.
patutnya kena pulun buat assignments yang sangat berlambak tu.
kena buat lesson plan maths form 5, form 2 dan add maths form 3..
kena buat modul pt3 form 3
kena buat modul homeroom
kena buat slideshow nak mengajar sebab sekarang ni aku sorang-sorang handle form 5 sebab takde cikgu lain ajar form 5.penat gila!

urghhh.
stres.
dah habis buffer kot The Originals Season 2 Episode 10
nak sambung tengok.bye


Friday, January 23, 2015

23012015

yeahuu.gaji dah masuk semalam.
bayar itu ini, tinggallah cukup-cukup untuk next gaji masuk plak.
macam tu la keja makan gaji ni.baru hidup seorang dah terasa jugak la..
macam mana la nanti kan kalau dah lebih dari seorang nanti.hehe.
yelah.makin lama makin banyak tanggungjawab yang ada.
moga makin kuat untuk menempuhi kehidupan mendatang.

Friday, January 2, 2015

happy new year!

ahaks.
page 2/365

motif update supaya nak bagitahu blog ni still wujud.
tuan blog alhamdulillah sihat.
azam 2014 konon nak update blog ditiup angin selalu.

maaf andai diri kurang sempurna
maaf andai terkasar bahasa
maaf dan sekali lagi maaf

im not ready for 2015.
may you will be wonderful to me.