Sunday, April 12, 2015

pergi takkan kembali

seingat aku,tak pernah aku tulis post khas kat blog ini tentang arwah.

my beloved grandpa , Bahar bin Rais telah kembali ke rahmatullah pada 3 April 2015 pada jam 11.58 malam.begitulah yang telah tercatat dalam sijil kematian arwah.

masih segar dalam ingatan, aku balik dari Tawau hari Khamis (2 April 2015). Sampai je kat KLIA2, amik ERL terus ke KL Sentral. lepas tu terus amik Komuter ke Rawang. Sampai Rawang dah pukul 8 malam, mama dan papa amik naik kereta terus ke KPJ Rawang tengok atuk kat wad 601. Atuk dimasukkan ke dalam wad sejak hari Selasa (31 Mei 2015) lagi sebab ada darah keluar bila batuk-batuk.

Bila berada jauh dari keluarga, mesej bertalu-talu masuk di group whatsapp family Bahar-Sariah tu. Rasa risau, sedih semua ada.rasa tak sabar sangat nak tengok atuk kat hospital.nak selalu ada dengan dia.nak salam tangan dia. tengok dia makan.alhamdulillah.aku sempat buat semua tu.

pada 3 April 2015 (Jumaat), dalam petang-petang sikit tak ingat pukul berapa, aku, mama dan Jefry bertolak ke hospital nak lawat atuk. dalam jam 6 ptg macam tu, atuk mintak nak makan mee goreng. terus mama dan aku cari mee goreng kat sekitar pekan Rawang. aku kagum dengan atuk yang masih ingat hari tu ialah hari apa bila dia cakap ada satu kedai makan yang jual mee goreng tu tutup sebab hari tu ialah Jumaat. cepat-cepat mama dan aku beredar nak cari mee goreng. kami beli kat tepi Mydin tu.dah pesan kat orang kedai tu jangan pedas dan jangan letak ayam.hanya sayur, udang dan sotong je boleh.

lepas beli terus bawa ke hospital.tapi atuk tidur. Cik Ita ada rasa sikit dan dia cakap pedas, atuk tak boleh makan kot ni. terus aku dan mama keluar balik nak suruh orang kedai tu masak semula. tapi bila kami sampai situ, kedai tu dah tutup. terus kami pegi kedai mamak je dan aku ulang lagi benda yang sama.jangan pedas dan jangan letak ayam..sotong dan udang sahaja boleh.

sampai di hospital, tengok-tengok atuk dah makan mee goreng yang kami beli tadi,berselera je dia makan tapi tak banyak sangat la.tak habis pun sebungkus tu.suka sangat-sangat tengok atuk makan sebenarnya.

dalam pukul 8 malam macam tu, Cik Ita mesej kat group whatsapp cakap atuk bangun tidur tanya dia ada panggil ke sebab dia dengar ada orang panggil nama dia.padahal bilik wad tu sunyi sepi je.

dalam pukul 9 malam tu, aku, mama dan jefry nak gerak balik rumah dah.atuk tidur nyenyak. tak nak kacau dia tidur.so tak salam tangan dia pun.

dalam pukul 11 malam macam tu, kepala dah letak kat bantal dan dah ready nak tidur pun.
tiba-tiba papa bising suruh semua orang cepat-cepat bangun dan siap pergi ke hospital.dia cakap abg Syam mesej kat group supaya semua orang ke hospital segera.
terus capai yassin dan bersiap nak gerak ke hospital.

............................................................................

4 April 2015
dalam kul 4 pagi, jenazah sampai di rumah nenek.
kami kemas-kemas rumah nenek.siapkan barang-barang semua.

takkan lupa semua tu dalam ingatan ni.
alhamdulillah atuk selamat dikebumikan di tanah perkuburan Rawang tu.
siram air mawar kat pusara atuk.

Nina sayang atuk.
kami semua sayang atuk.umur atuk 86 tahun semasa meninggal.
Al-Fatihah.

p.s: mata bergenang masa taip post ni.semua memori bersama atuk terus berlegar di ingatan.orang lain tak kan faham.sejak darjah 4 duduk kat Rawang tu.dari dia selalu sapu daun kering kat laman rumah, sampai tak larat bawak motor dah, teman dia pegi pasar beli sayur ikan.semua.semua tu tak kan lupa.

Nina doakan atuk tenang di sana.tak putus doa kami semua, anak dan cucu atuk untuk atuk tersayang.