Friday, July 3, 2015

Ramadhan 2015

sedih tengok blog berhabuk.
*tiup habuk dan sawang*

sedar tak sedar dah tiga tahun berpuasa di bumi Tawau ni.
so far baru sekali bukak puasa kat luar. Iftar dengan guru-guru matematik. Ketua jabatan belanja anak-anak buah kat Sri Titingan.terima kasih KJ.semoga murah rezeki dan cepat-cepat bertemu jodoh ye.amin.

esok insyaallah bukak puasa dengan anak-anak homeroom pulak. Di Sri Titingan jugak.hehe.femes tempat ni.boleh google tengok.aku rekomen jugak la siapa-siapa yang datang Tawau boleh la try makan situ. dah maju tempat tu.dulu besar kedai tu dua buah je.sekarang dah 5 kedai gabung.mantap.bagus la orang Melayu meniaga maju macam tu.suka tengok.

nak je upload gambar makanan letak sini.haih.tapi malas yang amat.sabo je.

13 hari lagi nak balik raya woi.
kikikiki.sabo je cuti raya kali ni tak sampai seminggu pun.sadis sangat.
takpela.kehidupan perlu diteruskan.

bye.tujuan asal bukak laptop apa sebenarnya?
nak jawab soalan forum dan siapkan esei KPF okeyy.

bye

No comments: