Saturday, July 30, 2016

Suci Dalam Debu

benda ni aku copy paste je..
orang forward dalam group whatsapp..
saja letak sini sebab tak pernah terbaca pun sebelum ni dan saja nak share maksud di sebalik lagu oleh Iklim ni sebagai satu penghayatan dan renungan bersama


SUCI DLM DEBU - IKLIM                           

*Engkau bagai air yang jernih*
­čö╣Itulah diri kita yang sebenar (Ruh)

*Di dalam bekas yang berdebu*
­čö╣Jasad/Badan yang asalnya di jadikan dari tanah.

*Zahirnya kotoran itu terlihat*
­čö╣Sifat manusia suka melihat keburukan orang lain

*Kesucian terlindung jua*
­čö╣Hal-hal yang baik biasanya tak beberapa di pandang dan ambil peduli.

*Cinta bukan hanya di mata*
­čö╣Cinta bukan dari sudut syariat semata-mata @ solat

*Cinta hadir di dalam jiwa*
­čö╣Cinta yang mutlak terbit dari hati yang suci dan bersih @ zikrullah

*Biarlah salah di mata mereka*
­čö╣Mereka yang benar-benar mahu menjadi hamba ALLAH di pandang serong dan rendah oleh masyarakat

*Biar perbezaan terlihat, antara kita*
­čö╣Perbezaan di antara hamba ALLAH dan hamba Dunia

*Kuharap engkau kan terima*
­čö╣Bermunajat agar di terima Ilahi

*Walau di pandang hina*
­čö╣Sebagai hamba yang hina 

*Namun hakikat cinta kita, kita yang rasa*
­čö╣Perasaan yang wujud antara hamba dan penciptanya tidak dapat di ungkap dengan kata-kata

*Suatu hari nanti, pastikan bercahaya*
­čö╣Di alam akhirat

*Pintu akan terbuka, kita langkah bersama*
­čö╣Bila mendapat syurga bersama mereka-mereka yang berjaya

*Di situ kita lihat, bersinarlah hakikat*
­čö╣Diri kita yang sebenar.. berseri-seri dan bersinar

*Debu jadi permata, hina jadi mulia*
­čö╣Roh mereka-mereka yang soleh, yang dihina di dunia menjadi mulia di akhirat

*Bukan khayalan, yang aku berikan*
­čö╣Kitab Al Quran

*Tapi keyakinan yang nyata*
­čö╣Kitab yang memberi keyakinan dan cahaya kebenaran.

Dinyanyikan oleh Saleem Iklim pada tahun 1990.. Setelah 25 tahun baru terurai isinya
tetapi bukan penyanyi lagu tu yg penting tapi pencipta lirik lagu 'Suci Dalam Debu' tu, 
*S. Amin Shahab adalah pengikut aliran tasauf/Sufi.*

WaAllahuallam

No comments: