Monday, March 27, 2017

all praises to Allah


Di akhir bulan Februari yang lepas, dengan tak disangka-sangka keluar pekeliling yang telah lama diharapkan setiap kali borang pindah dihantar..

Sesungguhnya rahsia rezeki dari Allah yang Maha Mengetahui tentang segala aturan perjalanan hidup kita ini walaupun kita merancang segalanya :)


Tiba-tiba penuh whatsapp mesej dengan ucapan tahniah dari rakan-rakan dan family...
Terdiam dan cuba jugak untuk cubit diri sendiri masa tu mana la tahu hanya mimpi kan..
alhamdulillah ya Allah.. penantian untuk balik Semenanjung telah berakhir..
selamat tinggal Borneo...bercampur baur perasaan,
terkejut, gembira, sedih nak berpisah, serabut nak mengemas dan lain-lain masa tu..
syukur sangat si suami banyak sungguh membantu..aku rasa kalau sorang-sorang tu memang tak berjalan la proses mengemas..thank you Abang..

Semoga bertambah murah dan barakah rezeki di tempat kerja baru nanti.Amin

Nantikan post seterusnya dari Kuala Kangsar.hehe.

1 comment:

NIA said...

Wahhhh congrats Rose! Semoga dimurahkan rezeki lagiiiii banyakkkkk HEHEHEHE.