Thursday, May 18, 2017

Bekerja dengan bijak, bukan hanya kerja keras

Ohh..mantapnya tajuk ni kan??

Memang kena kerja keras.Itu betul.kalau tak kerja keras macam mana nak cari rezeki yang halal dan berkat kan?Kalau setakat buat kerja ala kadar, sekadar makan gaji atau tak bersungguh, aisehh..tak elok tu..
kita ni sebagai pekerja biasa tolong tanamkan dalam ingatan tu, walaupun bos tak nampak, jangan la curi tulang ye.. buat kerja sehabis baik tapi jangan sampai membebankan diri sendiri.. boleh je say NO, kalau betul-betul tak mampu. if ko YES YES dengan semua benda, lepas tu hasil kerja tak memuaskan nanti memakan diri.. betul kan?

Apa maksud bekerja dengan bijak?Macam mana nak buat bekerja dengan bijak ni?
Bagi aku la, pandai-pandailah buat jadual kerja, mana yang patut buat dulu, sila utamakan yang tu dulu. Bukan bertangguh, cuma kadang-kadang ada benda yang tak boleh buat lambat-lambat..Lepas tu tulis dan catat la apa yang nak dibuat dalam minggu, bulan tu, lepas tu minggu dan bulan mendatang.. Barulah tak kelam kabut hal kerja dan hal rumahtangga...
Even hal nak membersih rumah pun kena plan ye.. minggu ni nak basuh toilet, next week nak vacuum bilik tamu..weekend nak buat groceries..kalau nak best lagi boleh plan menu makanan untuk seminggu terus..takde la pening nak makan apa, kat mana..lepas tu nak fikir hal duit belanja lagi...

Bukan apa taw, kadang-kadang, ini ikut pemerhatian aku lah, zaman belajar ada orang boleh plan dan fokus tentang perjalanan hidup..contoh next month nak jalan mana, nak study apa, makan kat sini situ..tapi bila kerja macam bercelaru sikit..lepas tu merungut takde masa nak bersenam dan spend time with family or nak balik kampung..
Hey tak boleh macam tu taw..aku ni takde la perfect sangat..hehe,,sebab tu tulis post ni.. sebagai ingatan untuk diri sendiri dan yang tabah membaca..
Aku rasa korang lagi hebat sebab selalu tengok dan dengar ceramah agama atau motivasi sana sini..cuma, sebagai manusia biasa yang hanya ada 24 jam sehari, aku harap kita dapat guna masa dengan sehabis baik.. sebab umur makin singkat..nak berbakti pada mak ayah, adik beradik, kat pasangan, kat jiran, kawan sekerja..eh macam-macam lagi lah..



"To achieve is to work hard,
Work hard and priorities right.
Do things in right order, and you will achieve.
You must give something to get something"

No comments: