ini ialah sambungan post sebelumnya..so, aku listkan je la eyh..
1-budak2 ni suka bawak barang larangan ke sekolah..normal la tu kan..
apa yg di larang, lagi di bawa... pastu, selalu gak diorang suruh aku sorokkan/simpankan kat dalam kedai buku..adoi..rasa bersalah ok bersubahat..tapi kesian gak kat diorang...kadang2 kesian, kadang2 malas nak layan diorg duk bising2,
so terpaksa je la amik simpankan..contoh barang2 yg diorg selalu bawak mcm handphone, gelang2, rantai..kelakarkan?..
tapi kan, tanpa pengetahuan diorang, aku bukak gak inbox, file2 yg ada dalam handphone tu..tujuan?..aku tak nak la bersubahat dgn diorg if ada video bukan2 ke kan..ada sekali tu, aku tgk inbox sorang mamat nih..wahhh..byk betul awek die..semua dia panggil syg..semua gurls yg msg, sume laen2 org..haha..ada gak yg simpan alat make up..aku gelak2 gak bila tgk diorg kelam kabut if tahu ada sportcheck hari tu.."akak, tolong la simpankan, nanti balik sekolah saya amik"..cis..jadi tempat simpan barang lak..
2-selain tempat simpan barang, kedai buku tu jadi tempat budak2 ponteng kelas pun ada gak kadang2..selamba je buat2 nak beli barang2 kat situ..then, bila aku tanya kenapa tak masuk kelas, diorg bagi mcm2 alasan, cikgu tak best la, boring la..suka hati betul..mereka suka merayau2 beli air kat mesin air depan kdai buku tu..then, ajak aku dgn ika sembang pulak tu..ada yg nak aku jadi akak angkat la..seingat aku, sepanjang 5 tahun sekolah asrama, tak pernah lak aku ada adik/akak/abg angkat2 ni...adik sendiri yg tersedia diangkat pun tak larat nak jaga..isyy2..
3-kadang2 tu, aku saja2 gak la tanya pasal bab2 skolah tu kat budak2 sekolah tu..kononnya aku tak kenal cikgu tu, ini..sedangkan, of courselah aku tahu...mak aku cikgu kat situ..haha..biasalah budak2 sekolah tu suke komen itu ini.bukak cerita itu ini...mengadu kat kitorang diorg wat ni salah, tu salah..ceh..aku mestilah sokong tindakan cikgu2 tu kan..tak kan nak bagi muka je kat depa semua...errkkss..ade gak kes sorang mamat india gemok ni memang suka pandang serong kat aku dgn ika..dia ingat kami budak2 tak abih sekolah, sebab tu kerja kat kedai buku tu..aku selalu senyum2 je la tgk gelagat dia tu..ade sekali tu, die duk bangga sgt yg mak dia doktor, ayah dia pilot..lepas tu nak marah2 kami suruh photostat yg dia punya cepat sket..hahaha..dia cakap kat kami yg dia kelas diamond(kelas rangking first), rupa2nya, cikgu dia kata kat kami yg dia tu kelas ketiga je..haha..
4-oh ye..kedai buku tu sebelah je dgn bilik disiplin..so, aku selalu je tengok hari ada yg kena rotan, potong rambut laa..tak pun ada sekali tu, budak perempuan india nangis2 tak nak ngaku dia curik barang apa ntah kwn dia punya..antara denda kelakar yg pernah aku tengok ialah sekumpulan budak2 cina, dalam 8 orang camtu, diorg keluar kelas awal taw..diorang rehat awal, siap dah beli mee rebus kat kantin padahal belum waktu rehat lagi..hahaha..then, cikgu disiplin yg nampak tu, panggil diorg semua, beratur sepanjang depan koridor sambil pegang mangkuk mee tu dgn chopstik tu skali..then, bila tiba time rehat, semua orang yg lalu lalang akan tengok dan gelak2kan mereka..ade je yg pakai rantai bukan2, cikgu2 rampas time tu gak..aku senyum je la..pegi skolah pun nak pakai rantai fesyen2 yg over2...
5-aku dgn ika suka layan ada kembar ni..diorang form 1..aku tak ingat nama kembar tu..alahai..kesian pun ada kadang2..diorang mcm mat lembut sikit..diorg suka nyanyi lagu amy mastura kat kdai tu..aku dgn ika pun join gak nyanyi kadang2..kadang2 gaduh2 mulut dgn diorg..bila diorg dah lama tak datang, sunyi gak kdai tu..diorg memang kelakar..aku pernah gak tanya, "kalau kat rumah, mak panggil apa nak bezakan kamu dua ni".. diorang kata family salah seorang tu sutun, yg satu lagi kerang...erkksss...aku ckp, "hissyy...jgn la tipu akak..takkanlah..."..tapi memang betul la..diorg siap buat gaya mcm mana mak diorg panggil lagi..huhu..macam2....
bersambung...
Pages
one click away..
Saturday, September 12, 2009
Sunday, September 6, 2009
kerenah budak sekolah 1

Seperti yang pernah aku nyatakan dalam post sebelum ini, nisbah mengikut kaum pelajar di sek men sri garing(SEGAR), rawang itu ialah- 40% cina, 40% india dan 20% melayu..
dengan jumlah pelajar seramai lebih 3500 dan jumlah guru yg lebih 180 orang, setiap hari aku berdepan dengan pelbagai kerenah yg kadang2 memerlukan kesabaran yang lebih...sebenarnya, kalau boleh setiap hari ingin aku update blog ini dengan cerita lawak, sedih, dan lain2 yg berlaku di situ untuk dijadikan pengajaran..tetapi, apabila sampai saja di rumah, terasa penat yg teramat, di tambah pula pokok2 yg perlu di tuai di farmville(game di facebook), haha..memang alasan tu..mungkin ada yg cakap, "weyh, setakat kerja kedai buku tu, apa yg penat sgt ha?"..aisyyyy..bila jam 7 pagi sahaja, kedai itu sudah dibuka, kunci disimpan oleh aku atau ika secara bergilir..pelajar2 tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan kedai dan hanya boleh tunjuk2, or sebut sahaja apa yg mereka inginkan..so, kami kena bergerak-gerak mengambil2 barang2 yg mereka perlukan..buku lejer, kertas graf, liquid paper, pembaris, kertas kajang, kad manila, berus lukisan, water colour, pen...dan macam2 lagi taw..

oh ye...yg pen tu, ade berpuluh2 jenis taw..just sebut jenis apa, warna, o.5 or 0.7, pen dakwat basah or ballpen dan sebagainya..yang aku tak tahan, ada nak aku amik semua jenis pen, tapi last2, tak beli ape2, rase cam nak lempang2 je..haha..selain itu, itu baru bab alat tulis yg 500 jenis item berbeza..aku juga perlu kena ingat harga2 barang itu semua supaya proses pembelian berjalan lancar..masuk bab photostat..kadang2 kami berdua tak dapat duduk pun, sebab order photostat dari guru2 dan pelajar2 tersangat banyak..
1000 lebih copy photostat sehari adalah normal..yang aku bengang, budak2 tu, selalu hilangkan kertas yg diberi cikgu mereka, dan kami akan photostat benda2 yg sama berulang2..bayangkan, semasa form 3 kena menghantar kerja kursus sejarah, geografi dll..ramai yg malas, dan hanya photostat folio rakan2 mereka untuk dihantar...
pelik sungguh aku..ada juga yg photostat lirik2 lagu la, foto artis kegemaran laaa...yang aku nak tergelak, photostat gambar pakwe/makwe pun ada, walaupun sudah berulang kali aku katakan bahawa gambar yg di photostat mungkin akan jadi gelap, namun tidak diendahkan..lagi satu, guru2 bertindak untuk photostat secara pukal bahan2 mengajar yg akan diedarkan dalam kelas..aku dan ika faham apabila dijelaskan mengapa mereka tidak menggunakan kemudahan mencetak di sekolah kerana proses untuk bahan2 itu dicetak agak rumit, dan memakan masa yg lama..kerana perlu mengisi borang itu ini, perlukan tandangan orang itu ini..so, jalan mudah kerana kadang2 on the spot gak idea mereka timbul tentang apa yg ingin di ajar untuk hari itu juga..

oh ye..tugas lain yang perlu lakukan setiap hari di kedai itu ialah untuk mencatatkan segala jenis barang yg telah dijual untuk untuk hari itu...hatta seketul pemadam, sebiji gam rm 0.80, pembaris rm 0.20, saniplast rm 0.10..yup, semua perlu direkodkan..bayangkan, kami berdua yg tidak menang tangan di waktu kemuncak iaitu sebelum loceng pertama kelas berbunyi, semasa waktu rehat dan semasa waktu pertukaran pelajar sesi pagi dan petang..manalah hendak terlayan, mereka yg ingin membeli belah barang, photostat, tak termasuk golongan yg window shopping sahaja..haha..ada kalanya apabila stok lari, kami kelam kabut..tapi, seronok sebenarnya apabila membuat kerja2 akaun itu, cuma kena sangat teliti supaya tidak lari walau sesen pun..sudahlah pula tu, kami harus memberi bos jumlah wang yg mencukupi dan selari dengan apa yg telah direkodkan..ya, sangat leceh sebenarnya kerja2 itu dan aku akui agak tidak berbaloi kerja di situ..baru aku faham kenapa pekerja di situ datang dan pergi..tiada siapa yg tahan kerja sebegitu setiap hari..haha..tetapi, bila memikirkan telatah budak2 sekolah yg mencuit hati, aku happy saja di situ..eyh...bersambung kisah2 budak2 itu dalam post akan datang..memang kelakar, geram dan kasihan pun ada..
Sunday, August 30, 2009
puasa kali ini...
hari ini, 9 ramadhan 1430..
bila difikirkan semula, rupa-rupanya ramadhan kali ini adalah ramadhan pertama yang dapat aku sambut sepenuhnya di rumah bersama keluarga tersayang..
yelah..setelah 7 tahun....sebulan berpuasa kali ini aku dapat bersahur, berbuka, bertarawikh bersama keluarga dan tidak lagi di sekolah asrama, di kolej..puasa sakan aku di rumah tahun ni..yelah..kalau di rumah, aku memang tidak akan tinggal bangun sahur..walau mengantuk macam mana pun, tetap aku bangun nak makan masakan mama...terutamanya sambal ikan bilis dia..waaa..dah terliur..heh~
barlainan sekali kalau di mrsm dulu..walaupun sahabat2 jerit2 kejutkan dan sebutkan menu bersahur spt nasi ayam la, dll yg bunyi memang menarik..tetapi, seingat aku, masa di mrsm jasin dulu, tak sampai 5 kali pun aku aku pergi dewan selera nak pergi makan..sebabnya?..mestilah sebab malas nak bersiap2 lengkap bertudung semua..keadaan yang sama gak semasa di KMS..haha..semasa tahun kedua kat KMS tu,aku ingat lagi, sekali pun aku tak jejak ke dewan selera untuk makan sahur..eyp..tapi aku tetap sahur taw..sahur di bilik je..biskut, kurma, roti dan air kosong..hihi..itu bab bersahur..
di KMS, semasa bulan puasa, bila siang2, balik2 bilik, lalu kat koridor...kadang2 ada bau megi yg sangat kuat..haha..tak pun nampak ada yg tengah bancuh air milo la, oren laa..kelakar bila ingat..
bab berbuka..masa kat jasin dulu..rumates aku, dayah dan bdk2 wing laen selalu gak bukak puasa dalam bilik je ramai-ramai..kat skolah kami dulu ada bazar ramadhan..orang luar yg datang jual macam2..wahh..masyuk..duit aku laju je keluar time tu..sebabnya, kadang2 lauk DS kan kurang menyelerakan..
di KMS pula, aku ingat lagi..masing2 sanggup bersesak-sesak nak pegi pasar ramadhan kat ampangan..ramai2 tunggu bas yang kolej sediakan kat gate B..tak pun, macam aku yg kadang2 tertidur tak sempat naik bas or kalau bukan giliran gurl yg naik bas tu, sesuka hati je call teksi..kadang2 tu, pesan makanan kat membe2 je sebab sedap lagi syok layan tidur..waaaaa..rindu KMS..rindu KMS..rindu asmaa, shafa, emosah, klasmates..berbuka ramai2..semua beli makanan..then, bila berbuka tiap orang rasa sikit org ni punye makanan, org tu punye...bila ingat2 balik, juadah apa yg selalu aku berbuka time puasa kat KMS dulu, ayam percik, bubur lambuk, kuih2, roti john dll..jarang aku beli lauk pauk ni..sebab aku tak suka makan nasi..kan shafa kan??..aku hairan kenapa kat rumah ni, aku boleh pulak nak telan nasi time berbuka..huhu~sungguh berlainan..
bab tarawikh kat KMS pun best..pegi ramai2..siap ketuk2 pintu membe..pastu, ada gak time rasa malas nak pegi, membe ajak gak pegi sama2..solat jemaah dgn kawan2..ada gak time nak nakal2 before start solat, main cuit2 dgn kawan..huaaaa2..rindu..pastu jalan ramai2 balik bilik..singgah DS nak makan dgn telekung2 tu..pastu, sampai2 bilik kadang2 terlelap terus..pastu risau kerja tak siap..tak pun, sambung makan makanan yg beli time kat pasar ramadhan tu kat bilik lepas tarawikh..part yg best, kadang2, bilik sebelah or bilik mana2 hulur makanan kat bilik kami..sebab ada gak yg dah tak larat nak makan sebab beli banyak sangat kat pasar ramadhan tu..pucuk dicita, ulam mendatanglah katakan..
hurmm..tarawikh kat surau taman..hari pertama kat bahagian perempuan ada la dalam 3 saf...huhu~lepas tu 2 saf pun dah tak penuh masuk hari ke 7 puasa..bila pandang kiri kanan majoriti yg makcik2 or nenek2 je..dan budak2 kecik sekolah rendah..takde yg sebaya aku pun..oh ye..semalam ada makcik sebelah tegur sebab time solat tarawikh, jari tangan ternampak..huhu..first time dalam hidup aku, ada orang tegur time solat tak leh nampak jari tangan time solat..batal katanya...aku senyap je la masa dia cakap.. macam2.. ermm..setahu aku tak batal pun..
dah laaa..nak stop dulu..aku rindu KMS..i miss my dear friends..
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Thursday, August 27, 2009
adikku sayang..

post ni berkenaan adik laki aku yg sorang tu laa..
nama dia rosli jefry..kami panggil dia epi..
(sory qila, letak gmbar ko skali..hehe)
SITUASI 1
mama sedang bercakap mengenai seorang ahli politik yang mempunyai isteri yg digantung tidak bertali di pahang semasa kami di meja makan..lantas epi berkata, "ha?..camne tu gantung takde tali, mama?"..haha.."ooo..tu peribahasa ye?", sambung epi lagi..ermm.. ye la kot.. peribahasa..
SITUASI 2
ketika mahu membeli makanan di bazar ramadhan, epi bertanya sesuatu kpd aku.. tetapi aku kurang dengar..kemudian dia cakap.."kak nina ni kurang penjelasan laa"..aku terus blur..rupa-rupanya dia nak cakap aku ni kurang pendengaran..huhu~
SITUASI 3
sedang aku membuka akaun facebook, seperti biasa dia selalunya akan menyibuk-nyibuk di sebelah aku ni..semasa sedang komen di wall sepupu aku yg baru pulang dari mesir, aku guna la panggilan nina(aku) dan sanah(sepupu aku)..kami sebaya..
epi: korang sebaya ke?
aku: kenapa kamu tanya?.kamu ingat siapa yg lagi tua kalau kami tak sebaya?
epi: kak sanah laa..
aku: kenapa ckp camtu?
epi: sebab dia fly lagi awal dari akak..
aku:........
p/s-6 bulan adalah tempoh yg sangat lama untuk bercuti..adoy..nasib baik aku keje..kalau tak, agaknya dah mati keboringan agaknya..haha..cuti skolah seminggu ni, meaning aku cuti skali laaaaa...ini pon dah agak boring..hari2 maen game di facebook..
Thursday, August 20, 2009
h1n1, kerja, sahabat

ok..ketika post ni di taip..aku kat umah..aku cuti hari ni..
tak pegi kerja..kenapa??..sebab aku nak rilek2 kat umah sorang2 la plaks..
betul laaaa..kalau aku cuti kerja before ni, sebab aku betul2 demam panas mcm hari tu..
n sebab aku nak jalan2 n merayau2 dgn membe..so, hari ni secara officiallynya..
aku dapat bersenang lenang cuti di rumah..iye~memang la sabtu ahad aku cuti..
tapi, time tu semua family ada kat umah...tak sama la cara masa dpt spend bila kat umah kan..
ok~tipu je aku cuti sebab nak rileks2 kat umah..tipu ok..
sebab walaupun penat gila melayan budak2 kat skolah tu,
aku happy dgn kerenah diorg..aku cuti sebab..sebab..aku takut kene h1n1 laaa..
bukan apa, orang yg tolong amikkan gambar2 aku ni a.k.a rakan sekerja kat kedai buku sekolah tu kan, akak die dah positif h1n1 taw...
so, bagi aku sepatutnya die kene kuarantin la kan..duk umah jgn kuar2 walaupun die tak kene virus tu..aku dah cakap dgn dia, kalau ika(nama budak tu, umur dia 18 tahun) nak cuti..rose tak kisah kene kerja sorang2..
tapi dia nak kerja gak, so aku sebagai yg tua beralah je la kan..sahabat beb..walaupun baru kenal, dia ni baik orangnya..so, dengan hati yg berat tak pasal2 aku cuti hari ni..huaa2..bukan ape, kalau dah cuti tu, meaning takde la gaji aku untuk hari ni..adoii..sdey2..dah la bulan ni, ade cuti skolah seminggu, meaning kalau sekolah cuti, automatik kami cuti gak la..yela, sape nak membeli belah kat kdai tu dah budak2 semua cuti..hurmm..

prevention is better than cure kan kan???
Sunday, August 16, 2009
pergi
semalam, naik komuter pergi kl sentral..macam biasalah..bayar tiket,
naik komuter tu kan..cuma, apa yg lain kali ni aku pakai topeng muka(mask) tu lah gara-gara h1n1 tu..hari2 pun kena pakai time kerja...bosan ok~
bukan nak story yg itu sebenarnya..ada sesuatu yg lain kali ni bila aku naik komuter..
sepanjang 5 tahun lebih menjadi pengguna setia komuter ni, semalam adalah first time bila aku masuk2 n duduk je dalam komuter ada bunyi pengumuman ni..
"assalammualaikum kepada semua muslimin n muslimat...."
dan orang yg buat pengumuman tu terus baca doa menaiki kenderaan dalam bahasa arab siap dgn ertinya sekali..
aku pun tadahlah tangan masa doa tu dibacakan, tapi aku tengok kebanyakan orang melayu buat tak kesah n tak hormat langsung pun..segan pula bila tengok orang Cina geleng2 kepala tengok perangai budak2 melayu yg siap dgn mp3, dgn main handphonenya lg..hurmm..maybe aku je kot yg tak pernah dengar orang buat pengumuman dalam komuter dan baca doa tu sebelum memulakan perjalanan..dalam hati tu, ada la jugak aku doa supaya tak terkena penyakit h1n1 tu...
p/s-topi pink tu cute dan kotak hitam tu misteri.
p/s/s-tersempak dengan budak kms di mcD yg khusyuk mengisi borang2 mara yg bertimbun itu..walaupun dia memakai topeng muka itu, masih cam lagi siapa kamu..

Wednesday, August 12, 2009
WOW WEE..

pada 31 julai-2 ogos yg lepas..alhamdulillah..sy berjaya gak mengikuti program yg telah dianjurkan oleh iluvislam.com..seramai 60-70 org pelajar yg bakal melanjutkan pelajaran ke UK, india, US dll..(tetapi, dalam ramai2 tu, saya seorg je yg bakal pi nw zlnd..dan sy sorang je wakil KMS di situ rupanya..yg lain kbykannya dari intec, kmb, kdu dsb..huhu~)
komen saya:
walaupun kena bayar rm 45 tu, mmg tak rugi lah pergi WOW ni... slot LDK (pokok acai berry, bedah oh bedah dan pelbagai nama slot LDK lain yg diberikan) yg mantap.
memang respek la dgn pihak pengurusan, walaupun mereka semua lain2 university kat UK tu, tapi semuanya brjalan lancar..akak2 n abg2 faci pun tak lokek kongsi pengalaman diorg semua...makanan pun sedap...
plg suka waktu tazkirah dan youth cafe 2(muslim students as embassador of islam) dan 3(the elephant story), mungkin boleh kekalkan ustaz yg sama utk WOW 2010 dan seterusnye..hehe...slot fiqh perantau mungkin boleh peruntukkan masa yg lebih pjg.. gembira sbb byk dpt tahu info2 baru dan berguna..
ermm..cuma yg tak best masa mula2 tu je...kena amik masa 3 jam utk sampai ke kem sg merab, pening jgk laa..
lagi satu, ceramah mungkin perlu diberikan masa lebih pada FIQH TRAVELLERS (oleh ustaz hasrizal) yang mana agak banyak belum merungkaikan persoalan para peserta. Ceramah Ustaz Ridhuan sangat bagus, namun mungkin boleh kurangkan sedikit masa beliau untuk dibawa ke FIQH TRAVELLERS oleh ustaz Hasrizal yang mana lebih diperlukan pada saat ini.

oklah..secara ringkasnya, melalui slot LDK,youth cafe, explorace dan sebagainya semasa kem dapat saya rumuskan beberapa perkara yg ingin saya kongsikan di sini...
semoga ianya dpt menjadi peringatan kpd yg lain dan diri saya sendiri juga..
1-NIAT..kita mesti sentiasa memasang dan memperbaharui niat dalam setiap perkara yg kita lakukan..niat kerana ALLAH swt adalah penting supaya kita tidak alpa bahawa tujuan sebenar kita dihantar belajar ke negeri orang adalah untuk mencari ilmu sebanyak mungkin supaya dapat digunakan untuk menegakkan agama ALLAH..tak yah ulas pjg2 kan bab ni sbb semua pun dah tahu bab2 amanah negara la, bangsa la, family laa kan..
2-perlu diingat bahawa kos untuk menaja seorang doktor adalah 10 kali ganda drpd doktor tempatan dan begitu jugalah dalam bidang2 yg lain spt kejuteraan, pendidikan, dll yg mungkin 5-7 kali ganda drpd menaja pelajar tempatan..oleh itu, pencapaian pelajar2 yg telah ditaja ini seharusnyalah 5,6,7-10 kali ganda baik drpd mereka yg lain itu..jika hasilnya tetap sama, untuk apalah kerajaan menaja berjuta2 untuk kita semua ini..
maksudnya di sini bukanlah setakat pencapaian akademik harus diutamakan, namun dari segi sumbangan lain kita kepada masyarakat..
3-begini, kita seharusnya tidak sentiasa berfikir tentang apa yg telah diberikan oleh orang lain(kerajaan, fmly, masyarakat)kepada kita.. namun seharusnya kita berfikir bahawa apakah sumbangan yang telah kita berikan kepada orang di sekeliling kita..seorang faci ada bercerita mengenai pengalamannya di UK tentang seorang sahabatnya yg apabila terdapat jualan2 garaj, sahabatnya itu sibuk membeli buku2 cerita kanak2..rupa2nya, apabila di tanya untuk apa buku2 itu..sahabat beliau menjawab buku2 itu adalah untuk disumbangkan di tadika2 malaysia apabila beliau pulang ke tanah air kelak kerana katanya buku2 sedemikian di malaysia lebih tinggi harganya...apa yg ingin disampaikan di sini ialah..kita mesti memikirkan tentang sumbangan yg dapat kita berikan kpd masyarakat apabila pulang ke tanah air kelak..walaupun bukan secara material, tetapi jika kita dapat memberi impak baik yg besar kpd seseorang sudah tentulah ianya merupakan perkara terbaik yg kita dapat lakukan
3-apabila kita berada di negara yg majoriti penduduknya bukan islam itu, sudah tentulah kita yg muslim ini menjadi duta2 kecil islam secara simboliknya..maka, pelbagai pertanyaan, tohmahan sudah pastinya akan dilontarkan oleh pihak2 yg ingin mengetahui lebih lanjut mengenai islam..untuk itu, seharuslah kita menunjukkan teladan yg baik.. dan update tentang isu2 semasa mengenai umat2 islam di seluruh dunia..
4-mengikuti usrah atau berada dalam golongan yg saling ingat mengingati antara satu sama lain adalah penting..bukan apa, manusia kan senang lupa..maka, pentinglah rakan2 di sekelilingnya untuk mengingatkan atau menasihati sahabat2 yg lain agar tidak terjebak dgn kegiatan yg tidak sepatutnya....
sekian saja...
p/s: rupa-rupanya abang kepada my ex-rumate kat mrsm trans dulu, nur fazdlin bt abd rahim (sahabat karib saya hingga kini) itu merupakan antara 5 orang pengasas laman web iluvislam.com itu..dan sy juga berasa gembira kerana telah berjumpa kembali sahabat di sekolah rendah dulu, nadiah baharin, 7 tahun tidak berjumpa akhirnya bertemu di kem tersebut..
p/s/s: smoga ukhwah yg t'jalin adalah ukhwah kerana Allah...
ini video semasa majlis penutup:
Subscribe to:
Posts (Atom)