Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, November 27, 2019

November Rain by Gun N Roses



Esok hari last SPM 2019. Paper Prinsip Akaun.
22/11/2019 hari last persekolahan. and I am still here. writing this at home. (Is this place really called a home?-kuarters guru B-2-2 MRSM SAS)
I always wonder what home means me to? Home is suppose to be a safe haven and a comfort zone. A place to build memories with beloved ones. Or it is only a phrase because I heard somewhere home is where the heart is. I dont know bout you. But sometimes I feel that I am very far from home.

Oh gosh. I miss writing here. How I wish I can pour all my thought, memories and everything here. But time is gold. I cant write anywhere anytime like I used to before. Time is limited. Time will heal. Time is everything. But wait. Why blame time. I should only blame myself for not putting any effort to write. I guess I should write more often, but the thing is... I only froze in front of the laptop. I blinked. Then I switch off the laptop. Today, I have the courage to write.

35 more days to 2020. When I reflect back all the things I did this year. I feel honored. I am 30 this year. I've loved and I've lost. I've had mine and you've had yours.
After everything I've been through, despite what other people might have talked about me behind my back. I dont really care actually, well yeah sometimes I might want to know what other people said bout me, but I cant really control what people gonna talk about me. So, I choose not to know.
They said ''ignorance is a bliss'' - it do well to me sometimes.

I need to focus more on growing myself. For example, I will step up my skincare routine, I will take care my body more often, do things that makes me happy, do more savings for travel etc. I care for people that I loved. For people who always been there for me, ups and downs. Because I have this in my mind-  You should keep and care for those who can see your sadness behind your smile.

THANK YOU 2018. You have been wonderful to me. Yes, not all wonderful, honestly. But I dont want to think too much on the negative and horror part. Only Allah can judge me. Because He is the one who write the story for me and I will continuously pray that I am always under his Guidance and Blessing to the right path for me. InsyaAllah


Friday, August 11, 2017

Love is putting someone else's needs before yours- Olaf (Frozen)





I miss my family so much...
insyaAllah nak balik Rawang jumaat ni...

Tiba-tiba rasa nostalgia pulak tengok gambar-gambar lama ni...
Banyak pengorbanan papa mama untuk kami tiga beradik...
We will do our best to make u proud papa mama...
Tak terbalas jasa kami adik beradik ni..hanya Allah dapat membalasnya...


Monday, March 27, 2017

all praises to Allah


Di akhir bulan Februari yang lepas, dengan tak disangka-sangka keluar pekeliling yang telah lama diharapkan setiap kali borang pindah dihantar..

Sesungguhnya rahsia rezeki dari Allah yang Maha Mengetahui tentang segala aturan perjalanan hidup kita ini walaupun kita merancang segalanya :)


Tiba-tiba penuh whatsapp mesej dengan ucapan tahniah dari rakan-rakan dan family...
Terdiam dan cuba jugak untuk cubit diri sendiri masa tu mana la tahu hanya mimpi kan..
alhamdulillah ya Allah.. penantian untuk balik Semenanjung telah berakhir..
selamat tinggal Borneo...bercampur baur perasaan,
terkejut, gembira, sedih nak berpisah, serabut nak mengemas dan lain-lain masa tu..
syukur sangat si suami banyak sungguh membantu..aku rasa kalau sorang-sorang tu memang tak berjalan la proses mengemas..thank you Abang..

Semoga bertambah murah dan barakah rezeki di tempat kerja baru nanti.Amin

Nantikan post seterusnya dari Kuala Kangsar.hehe.

Saturday, November 19, 2016

Pick 3

This caught my attention.
Family, fitness, friend, work or sleep: Pick 3


As I go through many articles related with planner, life-balancing etc etc, this quotes or questions came across many times during the search. It is interesting to see how other people share their tips, method on how they were doing it plus the experience along the way to achieve great successful in life. Well of course our definition of succes vary among us, but still the process of getting it is not easy and need a lot of efforts and sacrifes.

Nevertheless, the keyword is to get organize, well-planned and get a clear vision on what you want to achieve, pray a lot after making so much effort because we plan, but the Almighty's plan overrides all plans. He knows what is best for us even though our minds do not always comprehend.

This type of human dilemma exist all the time because we all want to do it all but really, at the end of the day, you can't do all of them well.


p.s :  I am a bit of a planner addict. Go google what is planner addict. Colourful planner caught my attention and I love to decorate my planner.


Wednesday, July 13, 2016

jefry handsome!

muehehe,mengada sangat tajuk!!


Alhamdulillah, my one and only lil bro dah memasuki fasa baru dalam hidup dia.dah habis SPM dan sambung belajar di Politeknik Sultan Idris Shah..

 

unfortunately, I cannot ikut my family hantar dia ke sana masa hari pendaftaran sebab dah balik Tawau. Hari pendaftaran ialah pada 13 Jun 2016..kalau tak silap lepas sahur dan subuh terus my family bersiap dan gerak dari rumah sebab jauh gak tu Sabak Bernam dengan Rawang. Tambahan pula takde highway dan jalan ke sana tu macam jalan kampung sikit so tak boleh nak speed sangat bawak kereta.

 
Belajar baik-baik ye adikku.jangan banyak main sangat.


 
hehe,nak melepaskan anak bujang yang selama 18 tahun ni di rumah,takde masuk asrama tup tup masuk asrama ye..okla tu masih di Selangor dan takde la jauh sangat.


 
nah rasakan kipas di bilik tu rosak...selama ni sedap bilik ada aircond kan.heee~


 
kasih sayang mama dan papa yang bersusah payah besarkan kami adik beradik..yang berusaha memenuhi segala keperluan dan permintaan kami.TERIMA KASIH MAMA PAPA!


so Jefry, kak nina love you so muchhhh....
rajin rajinkan diri tu belajar ye..
bukan mudah nak mudah..memang memerlukan kesabaran, ketabahan dan azam yang tinggi nak belajar tu..banyak dugaan umur-umur camni,tinggalkan yang tak perlu..fokus pada yang perlu..jimat-jimat berbelanja..ingat kami semua ada untuk sokong Jefry.
so jangan sia-siakan kepercayaan kami pada Jefry..
all the best menempuhi satu fasa baru dalam hidup..
take care dan pandai-pandai bawak diri dan pilih kawan tu.
tata~

Sunday, April 12, 2015

pergi takkan kembali

seingat aku,tak pernah aku tulis post khas kat blog ini tentang arwah.

my beloved grandpa , Bahar bin Rais telah kembali ke rahmatullah pada 3 April 2015 pada jam 11.58 malam.begitulah yang telah tercatat dalam sijil kematian arwah.

masih segar dalam ingatan, aku balik dari Tawau hari Khamis (2 April 2015). Sampai je kat KLIA2, amik ERL terus ke KL Sentral. lepas tu terus amik Komuter ke Rawang. Sampai Rawang dah pukul 8 malam, mama dan papa amik naik kereta terus ke KPJ Rawang tengok atuk kat wad 601. Atuk dimasukkan ke dalam wad sejak hari Selasa (31 Mei 2015) lagi sebab ada darah keluar bila batuk-batuk.

Bila berada jauh dari keluarga, mesej bertalu-talu masuk di group whatsapp family Bahar-Sariah tu. Rasa risau, sedih semua ada.rasa tak sabar sangat nak tengok atuk kat hospital.nak selalu ada dengan dia.nak salam tangan dia. tengok dia makan.alhamdulillah.aku sempat buat semua tu.

pada 3 April 2015 (Jumaat), dalam petang-petang sikit tak ingat pukul berapa, aku, mama dan Jefry bertolak ke hospital nak lawat atuk. dalam jam 6 ptg macam tu, atuk mintak nak makan mee goreng. terus mama dan aku cari mee goreng kat sekitar pekan Rawang. aku kagum dengan atuk yang masih ingat hari tu ialah hari apa bila dia cakap ada satu kedai makan yang jual mee goreng tu tutup sebab hari tu ialah Jumaat. cepat-cepat mama dan aku beredar nak cari mee goreng. kami beli kat tepi Mydin tu.dah pesan kat orang kedai tu jangan pedas dan jangan letak ayam.hanya sayur, udang dan sotong je boleh.

lepas beli terus bawa ke hospital.tapi atuk tidur. Cik Ita ada rasa sikit dan dia cakap pedas, atuk tak boleh makan kot ni. terus aku dan mama keluar balik nak suruh orang kedai tu masak semula. tapi bila kami sampai situ, kedai tu dah tutup. terus kami pegi kedai mamak je dan aku ulang lagi benda yang sama.jangan pedas dan jangan letak ayam..sotong dan udang sahaja boleh.

sampai di hospital, tengok-tengok atuk dah makan mee goreng yang kami beli tadi,berselera je dia makan tapi tak banyak sangat la.tak habis pun sebungkus tu.suka sangat-sangat tengok atuk makan sebenarnya.

dalam pukul 8 malam macam tu, Cik Ita mesej kat group whatsapp cakap atuk bangun tidur tanya dia ada panggil ke sebab dia dengar ada orang panggil nama dia.padahal bilik wad tu sunyi sepi je.

dalam pukul 9 malam tu, aku, mama dan jefry nak gerak balik rumah dah.atuk tidur nyenyak. tak nak kacau dia tidur.so tak salam tangan dia pun.

dalam pukul 11 malam macam tu, kepala dah letak kat bantal dan dah ready nak tidur pun.
tiba-tiba papa bising suruh semua orang cepat-cepat bangun dan siap pergi ke hospital.dia cakap abg Syam mesej kat group supaya semua orang ke hospital segera.
terus capai yassin dan bersiap nak gerak ke hospital.

............................................................................

4 April 2015
dalam kul 4 pagi, jenazah sampai di rumah nenek.
kami kemas-kemas rumah nenek.siapkan barang-barang semua.

takkan lupa semua tu dalam ingatan ni.
alhamdulillah atuk selamat dikebumikan di tanah perkuburan Rawang tu.
siram air mawar kat pusara atuk.

Nina sayang atuk.
kami semua sayang atuk.umur atuk 86 tahun semasa meninggal.
Al-Fatihah.

p.s: mata bergenang masa taip post ni.semua memori bersama atuk terus berlegar di ingatan.orang lain tak kan faham.sejak darjah 4 duduk kat Rawang tu.dari dia selalu sapu daun kering kat laman rumah, sampai tak larat bawak motor dah, teman dia pegi pasar beli sayur ikan.semua.semua tu tak kan lupa.

Nina doakan atuk tenang di sana.tak putus doa kami semua, anak dan cucu atuk untuk atuk tersayang.

Wednesday, August 6, 2014

anugerah syawal


heyy.dah lama tak upload gambar kat sini.

a longgggg time ago i guess.
and i know dah takde reader pun kat sini.
its okeyyy..i menulis bukan untuk orang but for myself supaya di kemudian hari i remember what happened in the past and it can be a lesson or reminder or my future kids can read nanti.ewah.

i love this dress
the black blouse : rm 30 and the yellow skirt : rm 25 and scarf : rm 5
yeayy.i love mix and match.

tahun ni punya raya okeyyy laaaa. raya with le family.
tak beli baju baru coz guna baju graduasi yang last year je.

comel kan my parents?mama siap pakai peplum lagi.kiyut!
 i'm blessed.....
love uolss my family ;)

Monday, November 11, 2013

cuti sekolah

haaa...
cuti sekolah dah start!!..
yeayy yeayyy balik kampung..
kelasss kau mak jah tiap kali balik kampung naik flight..wuuu~
mula-mula best laa..pastu kau muak n bosan dalam kapal terbang air asia tu..
rasa macam 3 jam terbuang begitu sahaja pastu tataw nape skang senang sangat berdengung dan sakit telinga bila dalam kapal terbang tu kadang2..
lepas tu kadang2 puas nak pejam kan mata tak dapat2 dlm flight..ada bau keling busuk la,ada budak kecik asyik menangis la, ada macam2 lah..

kadang2 jeles gak tengok orang lain masuk je flight terus tertidur..bila dah mendarat, mula la kepala aku ting tong..hehuhehu...pastu yang tak best naik flight tu rasa macam menyusahkan family nak kena hantar amik kat LCCT tu...pendek kata tak best lah..apa lagi kalau bab tiket flight yang mahal jangan cakap lah.hukss.pejam kan saja mata ye bila nak beli tiket flight..takdenya main puluh2 ye tiket flight tu kecuali promotion tapi mcm la aku rajin sgt plaks ye dok godekss website tu selalu untuk tarikh2 akan datang..
ye..usya je selalu kadang2, tapiiiiiiiii....entah.


takpe.malas bebel panjang bab tu mari kita ke bab kedua dan seterusnya (baca: lagu tajuk Chantek by Altimet, klik sini kalau nak dengar lagu tu), mungkin..mungkinlah blog ini akan selalu akan update lepas ni untuk cerita/kisah yang terperam or tak sempat share or pandangan aku tentang certain benda...again. MUNGKIN.

hahaha.pelis lah eh hope takde students yang baca blog aku ni.ke ada?mihmih.pegi main jauh2 sana.
yela yela.nak baca, baca senyap2 je lah.tak yah nak kecoh.bukan aku tataw banyak silent reader sini.
hik hik hik.
hi new readers.welcome.
hi pembaca setia.
hope semua dalam keadaan ceria okes.
hidup mesti ceria beb.jangan nak monyok sangat lah!.
selagi kau masih bernafas, kau mampu untuk ubah sesuatu untuk hari esok.

okeng.stop dulu.
nanti update lain :)






Thursday, January 24, 2013

hargai selagi masih ada

so, its been more than two months already.
phewwww.mandi 3-4 kali dalam sehari apabila berada di malaysia itu adalah normal.
hari-hari makan makanan yang berminyak itu adalah normal.
sukar dielakkan.hurmmm.

so, dalam tempoh 2 bulan ini jugaklah, rasanya separuh masa telah dihabiskan di rumah nenek
atuk belah mama.adalah sesekali melawat nenek sebelah papa.
pernah sekali je tidur rumah nenek belah papa kerana masa tu pembantu baru yang jaga nenek
baru sampai.first time jugak lah tengok nenek disalinkan lampin, dilapkan badannya, dibedakkan.
serupa macam budak kecik.
time tu terus aku teringat kata-kata, "seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak,
tapi sepuluh orang anak belum tentu boleh menjaga ibu seorang"
rasanya memang tepat kata-kata tu.
sedih, pilu bila dengar suara nenek cakap "sakit, sakit" bila pembantu tu lap dan salin
lampin pakai buang..huuu..nenek dah tak ingat siapa anak-anak dia siapa.
kalau dia bercakap hanya ingat perkara-perkara yang lampau je.
dia macam di zaman lain, zaman anak-anak dia masih kecil, suaminya masih ada.etc.

so, itu cerita nenek belah papa.80 lebih dah kot usianya.

sekarang selalu habiskan masa kat rumah nenek atuk belah mama.
hari tu nenek jatuh bilik air, sakit belakang dia.tu yang start tidur umah nenek tu.
risau kot diorang dah tua, tinggal berdua je. tambahan plaks atuk skarang berjalan pakai tongkat,
jefry yang selalu pimpin dia berjalan ke kedai makan ke etc
aku ingat lagi, dulu sebelum fly nz,
aku ingat dah tak dapat dah makan rendang ayam yang nenek masak.
tak pun ikan pari masak asam.hee..bila duduk umah nenek ni,
cakap je nak makan apa, insyaAllah nenek akan masakkan.heyy.of course aku tolong masak okey,
mana ada goyang kaki je.hihi..
tutup pintu reban ayam, tolong goreng ikan untuk kucing atuk hari-hari.itu memang wajib kena buat.. basuh dan sidai baju atuk nenek, jalan kaki buang sampah, belikan kuih untuk sarapan, temankan nenek beli barang runcit,
dengar keluhan, cerita, or apa saja yang nenek sampaikan.teman nenek berborak.
tengok tv dgn nenek,tidur dengan nenek,masak sama-sama nenek.
phewww.sayang atuk nenek.





hargai diorang selagi masih ada.
stop tulis kejap.
sebak plaks.hu.


atuk bg ayam-ayam makan


 laman rumah nenek 





 rumah nenek 


Sunday, October 14, 2012

eh.




 gambar moyang dan nenek masa muda




 gambar nenek yg belakang sekali.


thanks mama sebab scan n upload gambar nenek.hihi.

Wednesday, September 5, 2012

wall


Setiap kali mula sem baru, iaitu sejak first year lagi memang aku letak planner uni (planner uni ada dua bahagian, sebelah untuk semester I pastu sebelah lagi untuk semester II). So, untuk final semester  pun aku buat benda yang sama. Tapi. Setiap kali bangun tidur, aku tengok benda tu aku jadi stress. Memang la, macam yang sebelum2 ni, fungsi planner tu, nak kasi nampak sikit ape benda assignment yang nak kena anta next week, next month bla bla segala. But this time, it is not the same. Aku stress sebab for this time, fungsi planner tu macam dah bukan untuk ingatkan aku tarikh2 untuk hantar assignments. Tapi macam nak ingatkan aku, masa yang tinggal untuk aku stay kat Auckland dah makin suntuk.

Then aku tanggalkan planner tu.Aku print tarikh penting nak hantar assignment dan lekat kan camtu je kat dinding. Oh ye.Lekat gambar-gambar lain jugak supaya bila bangun tak stress macam tengok planner sebelum ni.


Thanks for reading.Have a nice day :)

Saturday, June 16, 2012

kesayangans

bila lif terbukak,akak teringat epi & papa setia tunggu kat bawah

bila nak pegi or balik dari uni, nampak accom yg korang stay hari tu

bila masuk bilik,teringat linda baring atas katil akak asyik main hp die.

bila tengok buah kiwi, akak ingat mama suka sangat makan buah tu.

huuu.





rindu kalian banyak banyak banyak.


sekian.

Tuesday, June 12, 2012

Thursday, June 7, 2012

esok


-esok saya exam stats 210
-linda is still sleeping in my room
-sakit perut senggugut teruk gak la.ikot hati nk baring je
-baru buat satu past year exam stats 210(harap buat at least 4 before esok)
-baru balik dr accom mama, papa & epi

akak sayang korang.haih.
takde rasa beban langsung laa..akak suka korang datang sini.
mama.korang semua takde susahkan akak la :)

Wednesday, June 6, 2012

Thursday, May 17, 2012

selamat hari guru!



hai mama, akak curik gambar ni kat facebook cikgu ju kot tadi.
wah wah.sweet la kawan-kawan mama kat sekolah tu.
rindu plaks akak kat warga SEGAR.yelahhh. akak jadi akak kedai buku sekolah tu dalam 4 bulan gak kan.hahaha.terima kasih buat kawan-kawan mama saya yang celebrate birthday my mum.hihi~




terima kasih cikgu!
maafkan kami cikgu!
halalkan ilmu kami cikgu!
doakan kejayaan kami cikgu!

Tuesday, May 15, 2012

happy birthday, mama!


akak sayang mama!.
terima kasih atas semuanya.
tak kan terbalas semua jasa mama pada akak.hanya Allah dapat membalasnya.
akak akan always doakan yang terbaik untuk mama.

sorry if selama ni ada akak buat perkara-perkara yang tidak menyenangkan hati mama.
akak mintak maaf.

hehe.nah.akak letak gambar mama.
ingat lagi tak time bila ni?hihi.


 akak terliur tengok semua makanan ni laaa.waaa..



 wah..mama busy shopping tak sedar akak amik gambar ni kan.heee.



Age is an issue of mind over matter. If you don't mind, it doesn't matter.

Saturday, May 12, 2012

momo tea



of fish ball and baby octopus :)





of playing games and bluffing.

of chatting and laughing with best friends



of taking pictures and capture the memories



Friends are the family we choose for ourselves 

i admit that.i love my familia, here in auckland.
i will be missing u guys.
a lot.

Sunday, May 6, 2012

my only lil bro




2012 


2009



2006
 

 kehadapan rosli jefry,

tahu tak akak sangat sayang pada epi?
huhu~ bila tengok macam-macam la benda pada hari ni selalu buat akak risau dekat adik-adik.

banyak sangat pengaruh tak baik kat media sekarang ni, pengaruh rakan sebaya. etc.

kalau epi salah pilih kawan, kalau epi tak belajar rajin2, siapa nak tolong epi kemudian hari nanti?
epi guna masa sebaiknya okey?..nanti if menyesal, dah tak ada guna.epi kena kuat.
epi jaga papa & mama baik2 kat rumah..jangan susahkan diorang..contoh:nak benda yang mahal-mahal..buat diorang susah hati..akak jauh.hujung tahun ni akak balik ye?

salam sayang dari kak nina :)