Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Thursday, February 15, 2018

FEBRUARI

14 Februari 2010- Pertama kaki menjejakkan kaki di Auckland, New Zealand

13 Februari 2013- Lapor diri dengan MARA di Puskep, Lenggong dan secara rasmi menjadi ahli warga kerja MARA

27 Februari 2017- Lapor diri di MRSM SAS. Akhirnya pekeliling yang ditunggu tiba jua

23 Februari 2018- Mengiring pelajar ke MRSM Gerik untuk Kejohanan Silat dan Olahraga

Lotssss of love in February

Saturday, November 19, 2016

Pick 3

This caught my attention.
Family, fitness, friend, work or sleep: Pick 3


As I go through many articles related with planner, life-balancing etc etc, this quotes or questions came across many times during the search. It is interesting to see how other people share their tips, method on how they were doing it plus the experience along the way to achieve great successful in life. Well of course our definition of succes vary among us, but still the process of getting it is not easy and need a lot of efforts and sacrifes.

Nevertheless, the keyword is to get organize, well-planned and get a clear vision on what you want to achieve, pray a lot after making so much effort because we plan, but the Almighty's plan overrides all plans. He knows what is best for us even though our minds do not always comprehend.

This type of human dilemma exist all the time because we all want to do it all but really, at the end of the day, you can't do all of them well.


p.s :  I am a bit of a planner addict. Go google what is planner addict. Colourful planner caught my attention and I love to decorate my planner.


Sunday, October 30, 2016

turun naik kapal terbang

macam mana nak mula cerita ya.

okey mula dengan perjalanan dari Kajang ke KLIA2 dengan family mentua.
semua okey..hujan sikit-sikit dalam perjalanan.
bila  dah sampai KLIA2, singgah Jaya Grocer beli sikit-sikit barang makanan..lepas tu singgah makan dekat food court..
since takde check in luggage, maka aku terus masuk gate imigresen macam biasa kena scan barang dalam beg etc..yang tak best kali ni, gate untuk Tawau ialah J15..paling hujung sekali..penat betul nak berjalan..lepas singgah toilet, aku plan nak singgah beli roti Gardenia dan coklat..dah jadi kemestian akan beli roti Gardenia untuk bekalan makan kat Tawau...tapi masa nak singgah aku dengar pengumuman kapal terbang ke Tawau dah nak berlepas..apa lagi, aku berlari dengan pakai baju kurungnya, dengan beg tarik, beg galas segala pecut ke gate J15..sampai kat gate tu, aku antara orang last yang naik..dalam hati bercakap, "awal pulak Airasia ni..selalunya kemaen lambat kalau flight 3.40pm ke Tawau ni"...ada rasa sedih sikit masa tu sebab tak sempat beli roti Gardenia.hik hik.

lepas letak barang dan amik seat, sempat la update family dah masuk flight etc..lepas tu kapal terbang pun bergerak nak take off..okey..hp pun dimatikan...

then, lepas hampir sejam dalam kapal terbang, yang still tak terbang-terbang, ada pengumuman dari pilot cakap kita semua kena kembali ke tempat parking kapal terbang tadi semula sebab ada masalah teknikal pada kapal terbang...ko rasaaaaaaaaaa?aku macam dah cepat la nak turun dari kapal tu secepat mungkin..pabila telah sampai ke tempat parking tadi semula, satu kerja jugak nak menunggu jurutera tu confirm kan yang kapal terbang itu boleh meneruskan perjalanan atau tidak..

mungkin peristiwa ini dapat dijadikan alasan untuk aku pindah?saya trauma naik kapal terbang-alasan dalam surat untuk pindah.

okey.berbalik kepada cerita asal..akhirnya jurutera memaklumkan bahawa kapal terbang itu tidak boleh meneruskan perjalanan.maka kami semua penumpang kena turun dan angkat barang-barang ke kapal terbang lain..

penat?ohh..jangan cakaplah setelah berlari-lari..kena angkut pulak barang keluar dari situ.pening?yup..rasa berpinar kepala nak tidur je..

bila aku keluar dari kapal terbang tu, aku tanya la pegawai tu, bila kapal terbang baru tu akan sampai..dia cakap tak pasti..ohh baiklah....aku terus pergi kedai beli roti gardenia, pergi toilet, main hp..update family apa yang jadi...

hoho...itulah antara pengalaman menjadi pelanggan setia Airasia..apa yang kami dapat?makanan free?diskaun untuk flight lain untuk repeat order dengan airasia?mestilah TIDAK ada.haha.

alhamdulillah pukul 5.45 petang kapal terbang berlepas ke Tawau..dan aku sampai rumah pukul 9.30 malam..aku syak pilot pecut sebab duration yang lebih singkat untuk sampai ke Tawau kali ni. maka terlepas lah tengok Gegar Vaganza untuk 30 minit yang pertama..

sekian

Saturday, April 5, 2014

kau tahu?

ni aku paste dari blog cursingmalay.antara blog fevret yang aku suka baca:


Kau tau apa rahsia nak pupuk kasih sayang sebenarnya?

Cara paling baik nak pupuk kasih sayang dengan diri sendiri adalah untuk ingatkan diri, kau boleh mati bila2. Nak pupuk kasih sayang sesama insan, kau perlu ingatkan diri kau, diorang yang kau sayang ni...boleh mati bila2.

Harapnya selepas tu akan terbentuk cycle di mana secara automatik kau akan takut buat benda salah dan kau akan pastikan yang orang yang kau sayang di sekeliling kau dapat rasa kasih sayang kau. Kau cuba bayangkan kalau isteri kau pun buat benda yang sama? Kalau kau tau esok kau mati, kau bayangkanlah macam mana layanan isteri kau malam tu?

Mesti terbaik punya sebab dia pun nak jadikan benda tu memorable.....kan? Last day bersama. Semua benda yang selama ni kau nak dia buat, sure dia akan buat. Kau nak makan apa? Kau nak minum apa? Kau nak gaya apa?

Tapi kenapa bila dah nak mati baru buat?
Masa hidup tu buat apa? Kenapa masa hidup ramai yang anggap lagi baik aku hidup takde laki takde bini?


.................

Tuesday, February 12, 2013

tomorrow im going to lenggong









hewhew..sempat lagik tu update blog kan.
hoh.bace tajuk macam nak pergi mana je.

okey.the story is im going to attend 2 week course.
there is two part, first in lenggong , second in kuala lumpur
urghhhh.mencik mara bitaw semua last minute.memang suka kan wat perangai camtuh.
cube bayangkan org tu tgh jalan2 takde line tepon ke.mara bg sms je suruh check kat website diorang untuk tawaran kerja tu.haiyak.pastu tak bg masa at least seminggu pulak tu nak prepare semua benda.sesuka hati je kan.
yang paling geram kenapa tak nak bitaw terus dapat mrsm mane kat website tu.
suke lattewww nak kita maen teka2.
nanti opocot tekezut dapat mrsm xxxx ke kan.
serious tak ready.mental dan fizikal.dua-dua tak ready.mencik.
mara.pelis berubah.jangan buat huru hara kehidupan org pelis.
nak jadi cikgu kot.
kena la bagi persediaan kat bakal2 guru ni supaya diorang lebih bersedia berkhidmat.
ecewahhhhhh.

ok.stop bebel pasal tu.
dah siap kemas pun.dah makan tengahari bersama keluarga tersayang.

say hi to miss nina okes.tapi ai bukan nak menyanyi uolsss..
ai nak mendidik anak bangsa jadi insan berguna.
hiks hiks.
sehingga bertemu lagi di masa akan datang yang tataw bila.
busy mungkin?
heh.

jaga diri uols semua

p/s:bajet blog femes.

Thursday, January 24, 2013

hargai selagi masih ada

so, its been more than two months already.
phewwww.mandi 3-4 kali dalam sehari apabila berada di malaysia itu adalah normal.
hari-hari makan makanan yang berminyak itu adalah normal.
sukar dielakkan.hurmmm.

so, dalam tempoh 2 bulan ini jugaklah, rasanya separuh masa telah dihabiskan di rumah nenek
atuk belah mama.adalah sesekali melawat nenek sebelah papa.
pernah sekali je tidur rumah nenek belah papa kerana masa tu pembantu baru yang jaga nenek
baru sampai.first time jugak lah tengok nenek disalinkan lampin, dilapkan badannya, dibedakkan.
serupa macam budak kecik.
time tu terus aku teringat kata-kata, "seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak,
tapi sepuluh orang anak belum tentu boleh menjaga ibu seorang"
rasanya memang tepat kata-kata tu.
sedih, pilu bila dengar suara nenek cakap "sakit, sakit" bila pembantu tu lap dan salin
lampin pakai buang..huuu..nenek dah tak ingat siapa anak-anak dia siapa.
kalau dia bercakap hanya ingat perkara-perkara yang lampau je.
dia macam di zaman lain, zaman anak-anak dia masih kecil, suaminya masih ada.etc.

so, itu cerita nenek belah papa.80 lebih dah kot usianya.

sekarang selalu habiskan masa kat rumah nenek atuk belah mama.
hari tu nenek jatuh bilik air, sakit belakang dia.tu yang start tidur umah nenek tu.
risau kot diorang dah tua, tinggal berdua je. tambahan plaks atuk skarang berjalan pakai tongkat,
jefry yang selalu pimpin dia berjalan ke kedai makan ke etc
aku ingat lagi, dulu sebelum fly nz,
aku ingat dah tak dapat dah makan rendang ayam yang nenek masak.
tak pun ikan pari masak asam.hee..bila duduk umah nenek ni,
cakap je nak makan apa, insyaAllah nenek akan masakkan.heyy.of course aku tolong masak okey,
mana ada goyang kaki je.hihi..
tutup pintu reban ayam, tolong goreng ikan untuk kucing atuk hari-hari.itu memang wajib kena buat.. basuh dan sidai baju atuk nenek, jalan kaki buang sampah, belikan kuih untuk sarapan, temankan nenek beli barang runcit,
dengar keluhan, cerita, or apa saja yang nenek sampaikan.teman nenek berborak.
tengok tv dgn nenek,tidur dengan nenek,masak sama-sama nenek.
phewww.sayang atuk nenek.





hargai diorang selagi masih ada.
stop tulis kejap.
sebak plaks.hu.


atuk bg ayam-ayam makan


 laman rumah nenek 





 rumah nenek 


Saturday, November 3, 2012

november

haluuuuuuuu.

bulan ni saya akan balik ke tanah air tercinta.
3 tahun kat bumi Kiwi ni.
jujur.memang sudah jatuh cinta sama negara ini.
tapi apakan daya, harus pulang ke tempat asal.
semoga semuanya dipermudahkan.
amin.

Thursday, September 13, 2012

Rumour Has It

by Adele

tak tahu nak start tulis.tak tahu nak describe macam mana.
rimas? menyampah?tak suka?haih.

hati sendiri yang tak tenang if perkara macam ni berlarutan.

pernah tak ada dilema yang macam ni?
bila mana  kawan rapat ko or someone yang rapat dengan ko berlaku curang, sebagai kawan, ko tak leh cakap apa-apa sebab orang-orang ni semua kawan-kawan baik ko.ko hanya boleh tengok drama-drama setiap hari.nak bagi nasihat lebih-lebih macam lah diri sendiri baik sangat kan.
tak leh cakap banyak-banyak jugak sebab ko tak nak kawan ko terluka,susah la bab-bab perasaaan ni.tapi at the same time, aku rasa tak adil untuk orang yang sebelah sana terus ditipu sedangkan ko tahu semua kebenarannya.yang paling tak best if kena involve dengan apa-apa sindiket 'cover line'.
if tak suka, if tak nak serious tolonglah terus terang.tak adil la untuk orang di sana tu.

dah tak tahan sebenarnya.meluat je.
last-last taip kat sini je lah.

i wanna see ur smile my dear friend(s).
i wish all the best to u.
memang apa-apa aku support korang, sebab aku sayang korang, aku nak korang happy.
please.
berterus terang.makin lama korang simpan, nanti makin hurt.
aku tak sanggup nak tengok drama-drama ni.

hadoi.

Tetapkan hati, Allah bagi kita orang yang salah untuk kita jadikan pengajaran.
Apa yang dah jadi, jadikan  sebagai pengajaran berharga. Don’t ever curse the problem.
Apa yang dah jadi, biarkan.
Tunggu saja hikmah di sebaliknya sebab aku percaya Allah dah rancang yang terbaik untuk hambaNya. Mungkin lebih baik dari apa yang kita fikirkan. Whatever the reason is, Allah knows what the best for us. Serahkan segalanya pada Allah and pray the best for our life. Amin.

Sunday, July 22, 2012

summary



i may not be able to put in words or much detail bout it.
but i cherish every moment during bersatu.
i keep on smiling every time i'm thinking of it.hoho.


therefore, for each and every word i've listed above has its own definition for me.*sigh*
ahaksss.

one of the best.definitely it is.too sad because i really want to be there again.huu~
*mix feeling*

i feel grateful.
thanks friends and love.

im gonna miss all of these.

Friday, June 8, 2012

delete

dah delete orang-orang tertentu kat skype.
out of nowhere i feel much relief than before.
kenapa lah i tak buat dari dulu eh.


okey.dah deactivate/delete twitter dah kot.sebab dah lama tak bukak.
okey.dah privatekan blog.
but if fb susah sikit.still deactivate fb kejap-kejap.yg ni still kena bukak.huu.


hoh.budak kuruih vs budak tembam   (?)

dah stress sangat sampai conteng-conteng tangan la ye?haha.

Saturday, June 2, 2012

clumsy


huh.isnin lepas ada dua assignmnent yang kena hantar pada hari yang sama.
esoknya selasa pun ada satu.lepas tu kepala ting tong kejap masa nak submit ke dalam kotak yang betul.aiseyh. sekali tersilap masukkan assigmnet stats 302 dlm kotak stats 210.
T___T
first time kot buat perangai macam ni.sejak first year elok je segala assignment ke dalam kotak yang betul..tebal habis muka masa pergi kat kaunter berkenaan untuk beritahu masalah yang tidak disengajakan.heh.



esok petang dah nak hantar tapi aku masih stuck lagi dengan coding, lepas tu table/graf yang aku nak tak keluar buat aku rasa nak tutup je laptop dan malas buat assignment dan nak study untuk final je.geram.
thanks zaki sebab tolong aku buat assignment tu.junior kot yang tolong.wat segan je.padahal before ni dia yg duk tanya aku macam mana nak buat assignment tu.



urghh.ni la kotak-kotak assignment tu.selalunya takdela semua kotak ada label kat luar tu.kena tengok betul-betul kotak yang mana, subjek apa, stats or maths ke sebab sama je tempat dua-dua subjek tu, lepas tu kena tengok kotak mana yg untuk surname start dengan huruf apa.haihh.




Rose, sila la berhati-hati lepas ni.

Monday, May 7, 2012

apa kes?


ok.bawah ni memang aku copy paste dari blog seorang manusia yang tiap kali aku baca blog dia, asyik pain tak habis2.ni latest entry dia smalam.

i can see that my health is getting worse. the pain in my stomach does really kill me. on ten point scale of describing the pain, i must say that it has now reached at sixth point. gastritis, i assume, never been healed ever since i was in high school. if it's worsening, could it be a peptic ulcer? gerd? seriously, i'm so worried if i suffer one of them. what more if i have a cancer. 
i know, i have to take care of myself. i can't afford to be sick. yet, i don't know why i choose to be in pain. maybe because pain is my survival mechanism. it is from the pain that i harness a strength. 
to be frank, i lose pounds in my weight now. the first two weeks after an argument with a close friend, i lost four kilos. due to depression and stress, i refused to eat properly, like i didn't want to eat rice. all i ate was simple food, never touched the heavy meal. realising how fast my body is shrinking, i change my diet, from a moderate to a strict diet. i don't take carbs, not even cookies or slices of bread. my food largely consists of fish, not chicken or meat. i take vegetables more than before. and, i start to drink peppermint tea almost all the time. 
the strict diet was a harsh for me, at first. but, from time to time, i manage to go through all of it. however, i have to admit that i am too much with myself. on the day i have no classes, i skip lunch and tea-time, in which, i'm like fasting for twelve hours without any food but only the tea. it does feel painful at one point. yet, i keep one eye closed and try to ignore the feeling. 
i am obsessed to be as skinny as olivia wilde or posh beckham. i always think i'm still fat although some people notice how my body has changed. one of them even told me that i look sick. sick? yes, i am sick. the sickness is coming from the inside, here, in my heart. and i never expect it could affect the outerside of me.
for some reason, i just feel i can't be happy anymore in this life. let me be as skinny as those celebrities. at least, being obsessed with the science and beauty of such body makes me to achieve something which probably in turn, gives me a little bit of happiness.
waddefak?
heyy.ko tak payah menyiksa diri kau boleh tak?
kau tak fikir family, or orang2 yang sayangkan ko?
*facepalm*
macam psiko dowh.please stop it.
tolong kesian kat diri sendiri sebab takde orang lain yang boleh buat macam tu selain diri ko sendiri.
apa faedah yang ko dapat bila buat macam ni?

aku pun pernah kecewa yang amat sangat..semua orang dalam dunia ni ada masalah masing2.but how u deal with it, how u react to it will reflect yourself the best..
tak perlu nak tulis dalam blog sampai satu dunia perlu tahu kau sakit, kau kecewa segala.
cukuplah mengadu pada Tuhan, or ur mum or keep your own personal diary.
or tulis atas kertas pastu bakar or koyak or buang.

memang aku tak kenal kau.kau tak kenal aku, tapi kita sama sama perempuan.
tak perlulah kot terhegeh-hegeh sampai macam tu sekali.dia dah tak nak layan kau lagi.cant it be clear/obvious enough?..if dia msg ko pun, if dia layan kau macam dulu pon. kau suka ke?dia layan kau sebab kasihan.kau boleh ke terima keadaan macam tu?

seriously, kau takde sakit tapi cari penyakit dan cari pasal.get a life dude.
go hang out with your girlfriends, explore new things, meet new people, try a new recipe.
thats is what i always do during my rainy days.
pergi la karok, shopping, buy what u want, watch movie kat cinema.heyy.
banyak kot benda boleh buat.aku tak paham betol kenapa nak kena sedih2 selalu.
go and get a healthy food, if u really serious nak diet, search the correct methods to do it.go gym, or zumba, joging etc.

yup.memang susah.the memories that u had with him, although both of u takde officially "couple" lah katakan literally, but.please lah.
aku tak boleh tengoklah perempuan lemah lembik macam ni sebab laki.
hidup ko sebelum ni tanpa dia okey je kan?memang la ko tengok dia hari hari kat kelas, ko jadi good listener kat dia selama ni.lepas tu dia tiba tiba hilang..dia pun ada jugak life sendiri, dia pun ada gak orang lain yang dia nak take care of, dia pun nak lepak gak dengan kawan-kawan lain yg luar circle dia selama ni.

hurmm.kan dah panjang aku mengarut kat sini.
so, i guess, there is enough reason why i should continue to make my blog private.

Wednesday, May 2, 2012

reminiscing

see see.cepatnya masa berlalu kan?
today, 2nd of May 2012 is my beloved kak izzah's graduation day :)

back to 3 years ago.
meh klik sini, (if nak baca laaa)
phewwww..segannnnn..hihi~

oh.kamu memang sumber inspirasiku.eceh.
congrats kak izzah comel!..

Sunday, April 22, 2012

tamat sudah

hehu. easter break selama dua minggu sudah habis.
if orang tanya, "ko pergi mana je cuti ni?ko buat apa je?"
"laaa, ko duk auckland je?tak pergi mana2?bosannya.."

heh.its okey.orait je duduk auckland tak pergi mana-mana (except yang waitomo, itupun tak sampai sehari) tak bermaksud kita tak enjoy cuti kan..yelah..orang lain berjalan pergi cape reinga, tongariro, coromandel, rotorua, hamilton etc..

so basically apa yang aku dah buat sepanjang cuti dua minggu:

  • start cuti dengan pergi easter show tu
  • buat makan2 dekat umah.ada orang aussie datang.heh~



  • pergi mount eden time malam-malam (boleh tengok satu auckland dari situ)


  • diet [eh.takde laaa..ini sangat tipuuu..makan banyak lagi ada laa]
  • shopping [alaaa.terbeli beberapa helai baju kat queen st, pastu do some groceries kat pak n save.orait la tu kan]
  • tengok wayang cerita Hunger Games dengan rumate tersayang (Adibah)
sementara nak tunggu masuk wayang

  • pergi mission bay.dua kali jugaklah pergi.dua-dua pergi time malam.ada sekali tu, aku yang drive.miahaha~pastu main kat taman permainan, pergi kiwi-yo pastu upload gambar ke page fb kiwi-yo, borak-borak etc.






  • pergi tempat dekat-dekat je.final year sindrom kot.pergi mana-mana mesti nak amik gambar, even simple2 things pun still nak amik gambar..capture the memories lah katakan~

ni kat aotea square ada apa entah kotak banyak2

ada gloria jeans baru bukak kat depan art gallery.suka3 :)

hehe.turn ena plaks customize bank card die.hek hek.



  • pergi main quadbike kat waitomo tu

  • pergi berzumba dengan lala.hek hek hek.




  • private kan blog (eh.ini pun kena mention ke.miahaha).yela.sebab tak pernah privatekan blog.heh.
heh.sekadar gambar hiasan.


  • pergi rec centre main badminton, basketball.ececeh~


  • melawat rumah lala dan izzah.time cuti la baru ada kesempatan nak ziarah menziarahi kan.heh.
time melawat lala, ternampak dia tampal kad ni kat dinding.hihi
yang ni pun lala tampal kat dinding bilik dia.terharu :)







  • pergi domain main frisbee





  • makan luar je kerjanya.ayutthaya,chocolate boutique, kampung delight, mamak tapas.
kat mamak tapas.heee~lala senyum lebar eh sebab ada orang christchurch datang.weee~
gloria jeans :)

selepas penat bermain, makan ramai-ramai kat ayuthaya
kat chocolate boutique

hek hek.ayutahaya
yogurt story with lala.heee~




  • tengok movies [The Vow, Friends With Benefits, 500 Days of Summer etc.banyak kot]

  • masak egg tart [sebab ada orang request]- takde gambar sebab lupa nak amik.heh.
  • pergi spookers dgn lala, tawfik dan sun.hahaha~takot dowh pergi sana.amik yg pakej 3 attractions (yang ini, ini dan ini) plaks tu.


Wednesday, April 18, 2012

Quadbike

kami bersembilan bertolak dari Auckland ke Waitomo dalam pukul 10 pagi camtu.
mula-mula dalam event kat fb ada 13 orang yang kata nak join, tapi last minute ada 9 orang je.so, cancel la plan asal nak gerak dengan satu estima & satu kereta.last-last naik estima je kami bersembilan.heee~sepatutnya estima tu boleh muat 8 orang je.


ena yang drive dari auckland ke waitomo tu.aku duk sebelah driver.
pastu seat tengah; axie, yasmin, atiq & ash
seat belakang sekali; syafik, fadzli & atif


sampai waitomo dalam pukul 1 pm camtu.

muka excited sebelum naik quadbike tu.hihi~




best woo main benda ni.rasa tak puas plaks main sejam je.hihi~
masuk lumpur la, lalu tengah2 kumpulan lembu, lalu celah lereng bukit segala.best2.

bergambar dengan tuan punya quadbike, rasanya farm tu pun memang dia punya gak kot.kayo2~

inilah kami bersembilan ;)
kat pintu pagar farm tu.

muka semua orang happy sebab selamat, takde yg eksiden tengah jalan ke ape.pakcik tu kata semalam ada team yg eksiden.pakcik tu kata kitorang semua bagus.hehe.awesome.. miahaha.iyolahh..nanti if cakap kami bad driver nanti siapa nak datang main kat situ dah kan.hee~

lepas main semua orang lapar.sebenarnya nak je mkn before main, tapi atif cakap dah lambat, nanti pakcik tu tunggu kitorang lama plaks kan.thanks atiq sebab sediakan nasi tomato yang sedap.hihi~


lepas makan bergambar lagi.hee~

lepas makan solat


(4 orang ahli familia, lagi dua orang takde.huu)


dalam perjalan balik tak terus balik auckland,
singgah apa nama tempat tu eh.tak ingat.hadui.tapi singgah kejap untuk tengok sunset.hihi.

sampai auckland dalam pukul 10 malam camtu la.
hihi.penat.tapi seronok.
thanks kawan-kawan sekalian :)



eh.hihi~