Showing posts with label peringatan. Show all posts
Showing posts with label peringatan. Show all posts

Saturday, July 30, 2016

Suci Dalam Debu

benda ni aku copy paste je..
orang forward dalam group whatsapp..
saja letak sini sebab tak pernah terbaca pun sebelum ni dan saja nak share maksud di sebalik lagu oleh Iklim ni sebagai satu penghayatan dan renungan bersama


SUCI DLM DEBU - IKLIM                           

*Engkau bagai air yang jernih*
🔹Itulah diri kita yang sebenar (Ruh)

*Di dalam bekas yang berdebu*
🔹Jasad/Badan yang asalnya di jadikan dari tanah.

*Zahirnya kotoran itu terlihat*
🔹Sifat manusia suka melihat keburukan orang lain

*Kesucian terlindung jua*
🔹Hal-hal yang baik biasanya tak beberapa di pandang dan ambil peduli.

*Cinta bukan hanya di mata*
🔹Cinta bukan dari sudut syariat semata-mata @ solat

*Cinta hadir di dalam jiwa*
🔹Cinta yang mutlak terbit dari hati yang suci dan bersih @ zikrullah

*Biarlah salah di mata mereka*
🔹Mereka yang benar-benar mahu menjadi hamba ALLAH di pandang serong dan rendah oleh masyarakat

*Biar perbezaan terlihat, antara kita*
🔹Perbezaan di antara hamba ALLAH dan hamba Dunia

*Kuharap engkau kan terima*
🔹Bermunajat agar di terima Ilahi

*Walau di pandang hina*
🔹Sebagai hamba yang hina 

*Namun hakikat cinta kita, kita yang rasa*
🔹Perasaan yang wujud antara hamba dan penciptanya tidak dapat di ungkap dengan kata-kata

*Suatu hari nanti, pastikan bercahaya*
🔹Di alam akhirat

*Pintu akan terbuka, kita langkah bersama*
🔹Bila mendapat syurga bersama mereka-mereka yang berjaya

*Di situ kita lihat, bersinarlah hakikat*
🔹Diri kita yang sebenar.. berseri-seri dan bersinar

*Debu jadi permata, hina jadi mulia*
🔹Roh mereka-mereka yang soleh, yang dihina di dunia menjadi mulia di akhirat

*Bukan khayalan, yang aku berikan*
🔹Kitab Al Quran

*Tapi keyakinan yang nyata*
🔹Kitab yang memberi keyakinan dan cahaya kebenaran.

Dinyanyikan oleh Saleem Iklim pada tahun 1990.. Setelah 25 tahun baru terurai isinya
tetapi bukan penyanyi lagu tu yg penting tapi pencipta lirik lagu 'Suci Dalam Debu' tu, 
*S. Amin Shahab adalah pengikut aliran tasauf/Sufi.*

WaAllahuallam

Monday, March 17, 2014

percaya

serius rasa macam tak percaya dah lama betul tak update blog.wuwuwu~
memang macam-macam yang jadi..dan tak tahu nak mula dari mana pun untuk update semua benda.

so, macam tak percaya jugak dah genap setahun dua minggu bekerja.hoho~
alhamdulillah...penat tu jangan cakap lah.
kerja apa yang tak penat kan...tengok-tengok dah bulan 3 2014
tiap sabtu kerja dan hari ini ahad pun kerja.
gila tak gila gak la tiada rehat langsung...malam dan petang pun still masa dengan budak lagi.
kerja-kerja kerani pun still kena buat.
huks.

cepat cepat cuti sekolah 22 Mac-29 Mac.hoorayyy~

Wednesday, June 5, 2013

Where do i go?From this?


Maybe i forgot. Maybe i dont know.
i forgot when was the last time I feel comfortable to write.
Mood berblogging dah ke laut
Blank.each time when i try to write.
i opened the dashboard to start scribbing something.
i have too many things to write, but end up not writing anything because there are too many things to spill.


So, here I am.
Alhamdulillah.
Boleh bernafas lagi di atas muka bumi ini untuk terus mengabdikan diri padaNya.
Esok sudah mahu pulang ke Tawau.
something I dont really like.
but again
pangggggggggggggg~
face the reality Rose.
always remember about KEBERKATAN dan KEREDHAAN okeyyyy
nanti if buat kerja tak sungguh-sungguh nanti Tuhan persoalkan ko nak jawab apa.
kerja main-main tak sungguh-sungguh nanti Tuhan tarik balik nikmat,
astagfirullah.
so.mari membaca buku-buku ilmiah, motivasi, kisah-kisah teladan etc
cari jalan untuk mendekatkan diri padaNya
berusaha untuk menjadi muslim cemerlang.insyaAllah
until then.
have a nice day everyone
:)






Saturday, March 9, 2013

too many things

yeah.
dah march sudah.
padahal memang banyak sangat benda nak ditulis/ cerita kat sini tapi tak pernah nak update2.
nanti lah ye.
cuma nak taip ni je buat masa sekarang:

1. having the right friends is better than having a lot of friends.

2. searching is better than waiting (for opportunities)

3. diuji tapi tak tau sedang diuji adalah bahaya.

4. learning has no time limit. depends on how much time we're willing to invest on it.

5. knowledge is always available. depends on how much effort we put to gain it.

Tuesday, December 4, 2012

reminder



p/s: punyalah pemalas nak update blog.guna iphone n snap je.heh

Wednesday, October 24, 2012

Dua Hal

dua hal yang mesti dilupakan:
1-kesalahan orang lain kat aku
2-kebaikan aku kat orang lain


dua hal yang mesti diingat:
1-kesalahan aku kat orang lain
2-kebaikan orang lain pada aku



Sunday, May 20, 2012

I feel the sun creeping up like tick-tock


ececeh.tajuk post nak mike posner sangatlah kan.ahaha~



hmmm.. we can't win over all hearts.

You can't make everybody like you,
You don't even like everybody.

hey you.yup.you.remember, dont let the past ruin your future :)

jangan stress dan amik pusing sangat benda-benda yang tak membantu ni okes.
sedih memang sedih.plus emo jugak haihh :P

Selalulah beringat ada lagi orang lain yang lebih teruk diuji dari kita.
Selalulah bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ni.


haihh.dah suka lagu ni.i mean this version la.bukan version asal.salah kamu la ni.haha~



 I stay running from tomorrow 
well I stay running from tomorrow

Monday, May 14, 2012

doa

Isn't God amazing?
You may not reach people physically.
You might feel like you are of no help.
But there's one way where we are all connected ; doa. It comes from you this time.
Next time, you might be the one who needs it.

Allah tak duga kita dengan dugaan yang tak mampu kita tanggung.
Jangan doa taknak diduga, tapi doalah semoga kita kuat nak hadapi semua tu :)

Saturday, April 21, 2012

reminder

just a reminder to myself.thanks to those who share it on their facebook.

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi s.a.w di... rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi s.a.w sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia akhirat.

3. Baca Al-Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al-Quran dan muhasabah “Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini”.

4. Mendidik anak secara islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun, iaitu doa seharian Nabi s.a.w seperti doa tidur,bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan & basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah s.w.t atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suami untuk solat berjemaah di Masjid / Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudah-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman2 wanita yg lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita & mudah nak amalkan.

Friday, July 15, 2011

10 Things Allah Won't Ask!

i copy this article from here

1... . Allah won't ask what kind of car you drove, He'll ask how many people you drove who didn't have transportation.

2... . Allah won't ask the square feet of your house, He'll ask how many people you welcomed into yourhome.

3... . Allah won't ask about the clothes you had in your closet, He'll ask how many you helped to clothe.

4... . Allah won't ask what your highest salary was, He'll ask if you compromised your character to obtained it.

5... . Allah won't ask what your job title was, He'll ask if you performed your job to the best of your ability.

6... . Allah won't ask how many friends you had, He'll ask how many people to whom you were a friend to them.

7... . Allah won't ask in what neighborhood you lived, He'll ask how you treated your neighbors.

8... . Allah won't ask about the color of your skin, He'll ask about the content of your character.

9... . Allah won't ask why it took you so long to seek salvation, He'll lovingly take you to your mansion in heaven,and not to the gates of Hell.

10... Allah won't ask how many people read this, He'll ask if you were ashamed to get more Islamic knowledge and share them with your friends...

Friday, May 20, 2011

random.

Hope for the best.
but prepare for the worst.


p/s:lagi dua minggu nak abih kelas.hurmm.sekejapnya masa.rasa macam semalam la pulaks mula semester baru..lepas abih kelas, study week.next..final exam.berusaha!

Thursday, April 28, 2011

vunguks~

bongeks.tu je la yang aku mampu cakap.
tak reti ke kastam kat sini memang ketat gile.
TAK PAHAM LAGI?
eh.ko tataw bende tu or buat2 tataw??
even, bende2 yg mak aku pos, parcel kena check semua pelbagai.

hey, ko menyusahkan orang lain tahu tak?
bijak sangatlah tu ye letak dalam kasut je?
hahaha..
bagus..lepas ni makin ketat la kan kastam untuk malaysian kan.
makin banyak la kan anjing2 besar2 tu kan. T___T
confirm.
terima kasih la sangat ye.
dah la memang ketat, pastu makin ketat..
pffftt~

klik sini dan sini nak tahu lebih lanjut.

Wednesday, February 2, 2011

cadangan dan kutukan.

::ape kate wujudkan satu tabung khas untuk selamatkan pelajar dan rakyat malaysia di mesir sana..if selame ni nak tolong indon ke or ape2 negare orang laen kan rakyat malaysia terkenal dengan sifat pemurahnya.so, ape salahnya wujudkan tabung khas..lebih drpd 11 ribu pelajar malaysia kat sane..perlukan duit yg banyak nak uruskan mereka semua tu..

::dalam keadaan yang genting ni, sudah2 la tu nak kutuk kerajaan kan.tak membantu pun..jangan la salahkan pihak mana2..jangan la cakap pihak kerajaan pilih kasih tak nak tolong student yg blajar agama kat sane ke ape ke..yg tak dapat contact tu sebab diorang sendiri yg tak mendaftar kat pihak kedutaan malaysia sape suruh..dah nama pelajar JPA or MARA..memang la pihak kedutaan simpan rekod diorang kan..sibuk nak keruhkan keadaan tu buat ape...tak paham betol.

::if setakat nak marah2 kat page facebook ini (klik sini), tak payah la ye..tak de faedah..baek buat solat hajat dan berdoa agar semua rakyat malaysia selamat.jangan la politikkan isu ni..bende ni tibe2 je..mane la taw keadaan boleh jadi seteruk itu dan runcing camtu..

::rakyat malaysia sepatutnya amik pengajaran la..jangan la nak mencontohi rakyat mesir tu plaks..sibuk nak gulingkan pemimpin itu ini..buat demonstrasi sane sini..bakar sini sane..memang takde faedah..bile dah bakar bank la, penjara la, kedai ke ape semua laa, nak bangunkan semua benda tu balik payah..merosakkan, memusnahkan adalah senang daripada membina..jangan sape2 yg ade idea nak buat camtu kat malaysia ni..nanti bila dah reda semua bende pon, ade je nanti pihak luar yang amik kesempatan nak bangunkan balik semua bende tu..pastu, kerajaan yg memerintah mase tu mane ade duit, terpaksa mintak bantuan pihak luar gak..last2, same gak..bergantung pade pihak asing gak..hurmmm~

::satu lagi, bila tengah banjir teruk kat 4 negeri di malaysia ni, ade pihak sibuk nak kate itulah bala dari tuhan..selame ni tak pernah jadi banjir teruk camtu kat johor, padan muke, sape suruh pilih BN je..hek eley...ade jugak orang berpikiran camni eh..abih tu, yg tiap tahun kelantan banjir tu, tiap2 tahun la bala ye??..serius aku tak paham.

::ermm, adalah bongeks ye sebagai guru amik cuti sakit sebulan semata mata nak tolong pasangan ko berkempen..patutnya orang-orang agame tunjuk la contoh yg baek..

::ade orang if die nak terime purple, die nak purple je, die tak nak coklat da..maksud aku ialah, ade orang suke block kepale otak die ape2 yg purple buat semua betul, tak kira la bende tu salah or ape, die tolak bulat2 je semua bende yg coklat buat..tak reti bersyukur..benci..

dah..dah..sekian saje bebelan aku hari ni.

untuk bace latest update tentang students kat mesir, klik sini dan sini.

Friday, December 3, 2010

minggu ini

semalam lawat linda..
esok pon akan lawat linda lagi.hehu~
aku ingatkan dah manje abih adik aku ni nak kena selalu melawat die.before minggu peperiksaan spm ni pon tiap minggu mak aku pergi melawat die.tak pon mak aku bawak die balik umah..tapi rupa2nya, adik aku bitaw, ade parents kawan die gilir2 tidur kat sickbay sepanjang minggu peperiksaan spm untuk temankan anak die hari2..terkelu aku bila dengar..gilir2 maksudnya, minggu ni ayah die, next week mak die plaks.kagum aku..adik aku bitaw time pmr dulu pon parents die buat camtu..hehu~malas nak komen panjang2~masing2 ada cara tersendiri nak tunjukkan kasih sayang pada anak masing2...

cakap pasal kasih sayang mak ayah..aku sensetif sikit bende2 camni..mesti terbayangkan ade nenek tu nangis2 tunggu anak laki die tak balik2 umah..pengajaran ye buat laki di luar sana, jangan la sayangkan bini sangat sampai tak hiraukan mak ayah yg besarkan kamu dari kecik.kisah benar ni..dari kecik masuk asrama, pastu blaja oversea.pastu balik, sombong dgn mak ayah.dulu aku dapat tengok kat drama melayu je.bila dah terjadi depan mata.aku rasa sedih..aku rasa sebak.sebak yg amat..nanti la sambung kisah ni..rasa menyampah plaks ingat pasal benda ni..meluat geram semua ada.

berita gembira buat saya hari ini ialah:
hasrat untuk balik raya tahun depan insyaallah akan tercapai.doakan ye semuanya ok je nanti.airasia akhirnya dah buat flight dari nz-kl dan kl-nz..yeayy~
dari kul 12 malam tadi try nak beli yg promotion 3-5 dis tu..mama la yg tabah asyik try je..tapi tak dapat2..pastu try lg kul 5 pagi.tak dapat2 jugak.akhirnya mama jerit "kak nina, dah bley beli" dalam kul 7 pagi camtu..huaaaa~
alhamdulillah, berjaya gakkkk~
so, insyaallah, Christchurch-KL [Mon 29 Aug 2011, 0010 hrs ( 12:10AM)]
KL-Christchurch [Fri 09 Sep 2011, 0840 hrs ( 8:40AM)]

Wednesday, December 1, 2010

hoh~

before ni aku gune nombor kan sebagai tajuk post..sebabnya?aku takde idea nk letak tajuk post ape sebenarnya.mungkin lepas ni aku akan teruskan #24, #17 yang camtu lah untuk tajuk post yg seterusnya..hehu~

ok.bukan itu matlamat post untuk hari ni.
ari ni da masuk seminggu aku kat umah ni.
haha~sejujurnya, saya rase makin tembam..hoho~

ade lg due bulan ok cuti saye..jefry, mari teman akak maen badminton ptg ni keluarkan peluh..heh~ *poyo* nanti end up tido je lagi kot.hik2~

hari ni teman mama hantar jefry tuisyen..die nak masuk form 1 next year..
supaye cuti tidak dihabiskan begitu sahaje, mari hantar dia tuisyen supaye tak berebut tv dgn aku..
hehe~haha.tipu jek~ akak die selalu beralah he if die nak tgk bola or maen ps2..
ok..before, anta die tuisyen, kami bertiga makan roti canai..aku order roti susu.my fevret..yeayy..
eh eh..lepas anta jefry tuisyen, kereta pon da jalan..
aku bersuara " eh mama..kertas ape tu terbang2 kat wiper kete kite?"
mama balas "entah, boleh ke akak capai amik?"

aku pon bukak cermin kete, dan cuba la sedaya upaya amik kertas tu..
tetttttttt~ kertas saman laaaaaaaaaaaaaaaaaa~
haha..pengajaran hari ni.
sila la bayar parking RM 0.50 walaupun anda parking sekejap je dalam pukul 8-9 pagi camtu..pekerja majlis perbandaran tu cekap bekerja..hoh~~
kalau makan KFC, or pizza ke, leh kenyang abih tu drpd bayar saman sebanyak itu..waaaaa~

Monday, April 19, 2010

|r.a.n.d.o.m|



If someone hurts you, betrays you, or breaks your heart, forgive them for they have helped you learn about trust and the importance of being cautious when you open your heart.

If someone loves you, love them back unconditionally, not only because they love you, but because in a way, they are teaching you to love & how to open your heart & eyes to things.


Sunday, March 7, 2010

hard

the two hardest things to say in life are
hello for the first time and goodbye for the last.

i'm tired.

i need more sleep.

bye.

Friday, February 5, 2010

(+.o)



somewhere there's someone
who dreams of your smile,
and finds in you presence
that life is worth while....

so when you are lonely,
remember it's true:
somebody, somewhere is thinking of you..

Friday, January 29, 2010

orang tua-tua cakap..

korang pernah dengar tak org tua2 cakap kat ibu-ibu yg baru lepas bersalin, selain drpd berpantang, jage perut semua tu, ada benda lain yg kena jaga gak..nak tahu ape??..ianya ialah ibu jari kaki ye rakan-rakan semua..yela, kene jage jgn tersinggul ape2, tersepak ke..terlanggar ape ke..sume jgn....mungkin ramai yg tertanya-tanya kenapa kena jage bende tu plak..apa kaitannya..walaupun orang lama-lama ni tak blajar benda2 sains ni tinggi2..tapi ada betulnya jugak taw..baru sekarang kenapa aku paham kenapa dalam banyak2 anggota badan yg lain, menjaga ibu jari kaki adalah antara yg terpenting..waaa..

hal ini adalah kerana di situlah terletaknya segala wayar-wayar penting ye..hujung2 urat kan semua ada kat situ..apa motif aku tulis post ni??..sebab, aku dah serik nak tercabut kuku kat ibu jari kaki dah!!!!!!...mak aii..sakit gile laa..kalau tercabut kuku kat tangan ok lg kot...takde la rase sakit yg amat camni..leceh taw kat kaki ni..sebab tak boleh jalan2 sgt, nanti bentan kat situ..bila gerak je badan, mula la rasa sakit kat situ..pedih..

cepat laa luka ni baik...cepat la luka ni kering..risau la if bernanah ke..waa.banyak benda nak buat ni..waa..nasib baik jatuh kat bilik air ni time aku kat mesia lagi..buatnya terjatuh time sehari before fly, tak meraung2 aku...sekarang pon aku tak tahan da..tak boleh pakai kasut..sume bende pon tak leh wat..susah taw nak jage if luka kat ibu jari kaki...nak keje jage jgn tersepak ape2 la, jgn terkait ape2 laa..kalau luka kat tgn ke, jari ke, lengan ke senang sket nak jage..tapi seriously memang sakit sgt taw..boleh terasa la sume wayar2 kat situ jadi tegang bile gerak2 badan sket, pastu pedih laa..huk2..

so, pengajarannnya di sini wahai rakan-rakanku..jagalah diri anda tak kira di mana anda berada taw..malang tak berbau..tapi selagi boleh kita elakkan, elakkanlah..bende kalau dah jadi, tak gune dah..nanti kalau terjatuh, luka sana sini, kan dah susah kita nk bergerak pi klas sana sini..ermm..peringatan kat diri sendiri gak ni..kene jage diri baek2 kat tempat orang...hehu~
salam..ciao~