Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Sunday, April 15, 2018

random pics

Nak serious blogging semula boleh tak?

Hehe.semoga istiqamah semangat nak menulis.Maybe ada hp baru ni semangat sikit kan?
mana laaa tahu...*hembus-hembus habuk sawang*

So before delete gambar-gambar di hp mari tempek di sini dulu.


Haaa..nampak ke tu?if tak nampak sila zoom...Tahniah anak-anak ting 5 spm 2017!..apa pun result korang selamat menempuh alam baru selepas ni..SPM je kann..korang boleh!..


 Macam ni lah keadaan bilik guru malam2 di jabatan maths di mrsm _________. haha kena fill in the blanks sendiri.Kang kalau search nama mrsm keluar pulak blog ni kan. bagus ye awal tahun dah ada kesedaran nak belajar maths dan add maths..pantang ckgu datang kejap je nak amik barang sebenarnya..kena tahan tanya soalan..ai iz happy uols ada semangat camtu.



barisan guru-guru asrama puteri atau singkatannya GURASPURI... haa glemer tak glemer singkatan...ada dua orang je yang takde dalam gambar ni..alhamdulillah team guraspuri semuanya bersemangat menjalankan tugas (tak semangat bila parents marah2 hal kecik, dan oh ye..ada yang takde adab sebab takde salam takde ape tiba2 marah2 call kul 5 pagi suruh tengokkan anak dia..eh ehh...nasib bukan aku yang dapat tu..free free je kena maki if aku yang dapat call camtu..patut la anak2 skang semakin kurang hajarrrr..kat rumah perangai dah biasa tengok parents buat perangai tak baik)

eh panjang pulak membebel.ahaha~



saja pinjam buku Linda untuk ajar tuisyen form 3..ehehe..ajar tuisyen kat mana tuuuu.ada laaa~rahsia.hikkss..lepas tu ternampak tulisan Linda tulis Kay Kay....nak guling-guling gelak....comey sangat nihh..dah kawen pun adik perempuan aku sorang tuuu..pengantin baru tak baru jugak la kahwin Disember 2017 yang lepas.




comel tak buku resepi mak mentua aku ni?beliau bukak buku resepi nak masak tomyam...hehe..aku jenis main google je everytime nak masak apa2 yang baru..yelah..generasi lama2 mesti confirm ada buku resepi yang tulis cantik2 tu kan..berharga tu weyh..resepi turun temurun..

rasa happy dan bangga la jugak kan sebagai pengurus kelab taekwando bila anak2 didik dapat kejayaan..kita ni cikgu dapatlah menumpang kejayaan deme ni (kena guna deme sebab duduk perak so kena cakap perak). tahniah.tahun depan kita aim 5 pingat emas pulak ye. amin.





 ni gambar anak homeroom..saja amik gambar dia..ni tengah kelas belajar topik polygon..so semua orang kena belajar la melukis polygon..siapa tak melukis kena ketuk tangan..ahaha~mana boleh dah sekarang nak cubit2, ketuk2, denda bukan2..kita senyum kan aje tengok budak2 malas lepas bagi nasihat kann...ingat!..kena jaga pencen masing2 nanti.if ada kes kang tak pasal2 tak dpt pencen.hahaha.


ni gambar anak jiran yang comel..birthday yang ke-4 tahun..tq jiran bagi kami makan sedap!..terima kasih daun keladi..



okey.tq yg sudi singgah. 
Toodles!

Monday, January 15, 2018

2018

tahun ni ada 3 orang guru bersara sekaligus.
tahun lepas ada seorang..

tahun demi tahun berlalu,
pelajar pun silih berganti..
kami tetap di sini..mencurahkan bakti
kepada anak bangsa..



p.s: gambar ni diambil semasa majlis persaraan pengetua kami..ada majlis makan2 di rumah beliau.hehe..ini kami, barisan guru-guru asrama puteri sesi 2018..ada siapa berani lawan?

Friday, November 8, 2013

Doing what you like is freedom, liking what you do is happiness


haih.penatnya mengisi borang SKT etc tu.siapa yang merasainya mesti faham.tambah-tambah plak bila line internet tu slow.bila nak tambah tu, tiap kali tu la kena tekan button save.kalau tak, nanti puffff..hilang semuanyaaaa..
nak isi markah PBS pun satu hal gak.hewheww..loading punya la lembab kan.

huks.alhamdulillah dah key in markah peperiksaan akhir dan PNG untuk tingkatan 1 dan tingkatan 4 untuk maths dan add maths.

works of scheme tak submit lagi.RPH tak setel lagi.5S untuk meja sendiri tak buat lagi.sistem perfailan still tak kemas lagi.huks.nak nangis je.takpe rose.caiyok2.baru tahun pertama kan.banyak je benda kena belajar dalam tempoh yang singkat.next year boleh improve banyak benda dalam pengajaran etc.heh.

harus positif.HARUS.

hewhewhew.
cuti sekolahhhhhhh~
cutilah sangat kan.
marilah pulang ke kampung halaman.




p.s: nakk sangat pergi vacation tempat yang jauh-jauh okes.haih.rindunya zaman belajar yang tiap kali habis final exam.pufffff.....menghilang ke tempat baru untuk di explore.hiks.i need a longgggggg vacation.



Monday, September 30, 2013

alhamdulillah..




thank you Allah, my beloved family, friends and those who help and support me along the way.

Wednesday, October 17, 2012

senior dan junior



haih adik sorang nih.hek hek.nakal ni tak buat assignment.
everytime dia kena buat assignment maths 108 tu, dia akan msg aku untuk tolong dia.hek hek.tapi aku suka je tolong sebab maths kot....touching2 gak la everytime lunch/dinner or lepak dgn budak ni bila dia cakap nanti confirm rindu kat aku bila next year aku dah takde kat sini.wah3...
aku ngaku aku bukan senior yang baik.hadoi..tapi okey apa,jadi pendengar setia.
rasa bersalah je kadang2 everytime dia ponteng usrah je, dia ajak aku keluar lepak sama.
tak leh nakal sangat ni dik.jangan ikot perangai akak yg tak baik ni..pengaruh buruk..
adik-akak?huh..tak pernah guna kot..rasa kelakar je bila dia panggil orang yg lagi muda aku "akak".adey..
all the best Tasha.aku rindu ko banyak nanti.almost everyday kita texting banyak2..
nanti aku kat mesia msg la banyak2 lagi.huu.rindu.



****



 
ni akak yg memang almost everyday aku msg dia banyak2 jugak.
rasa macam dekat, Princeton-Federal je."akak"?,hakhak.memang takdela nk panggil dia akak perangai macam budak2.tak sabar nak jumpa dia kat mesia nanti.hik3.
yup.dah final week at uni.sobb sobbb sobbb T____T
rasa macam tak percayaaaaaa.
*lari jauh-jauh*

**lari pegi Quad cari makanan..hek hek**




Distance means nothing when someone is worth everything


Friday, October 12, 2012

tersentuh.

why lately senang sangat terasa hati.
even benda benda kecik senang sangat mata berair.
orang ni cakap sikit terasa.orang refuse permintaan/pelawaan sikit terasa.
semua nak terasa hati susah la beb.haih.
kenapa ni rose?suka fikir pelik-pelik.
kalau ini.kalau itu.mungkin ke camni.mungkin ke camtu.
tak perlu kot banyak sangat fikir.
memang la tak nak fikir, konon nak ikut the flow.
tapi akhirnya terkenang jugak, terfikir jugak.
haih.haih.
keep calm.
:)

Friday, September 21, 2012

Don't cry

by Guns N' Roses

Last night, we're sitting on my bed.
[we=my housemates and I]
discussing, talking, laughing.
it has been 2 years of living together.

i guess it is less than 2 months from now.
its really hard for me.like Lala said, cherish every moment.
too many things to do.
eg: email dan confirmkan tarikh flight tiket balik, pilih tarikh nak matikan bond rumah, matikan akaun internet, tutup akaun bank rumah, matikan bil elektrik,garage sales, makan or visit kat tempat-tempat tertentu dgn housemates for the last time, masak benda-benda yang maybe kat mesia susah je nak dapat, spend quality time with dearest and many many moreeeee.
but of course yang paling penting dan utama ialah study untuk final.
pejam celik pejam celik.
macam mana eh nak explain feeling sekarang.
tak boleh explain sebab memang mix habis.
=(

Thursday, September 13, 2012

Rumour Has It

by Adele

tak tahu nak start tulis.tak tahu nak describe macam mana.
rimas? menyampah?tak suka?haih.

hati sendiri yang tak tenang if perkara macam ni berlarutan.

pernah tak ada dilema yang macam ni?
bila mana  kawan rapat ko or someone yang rapat dengan ko berlaku curang, sebagai kawan, ko tak leh cakap apa-apa sebab orang-orang ni semua kawan-kawan baik ko.ko hanya boleh tengok drama-drama setiap hari.nak bagi nasihat lebih-lebih macam lah diri sendiri baik sangat kan.
tak leh cakap banyak-banyak jugak sebab ko tak nak kawan ko terluka,susah la bab-bab perasaaan ni.tapi at the same time, aku rasa tak adil untuk orang yang sebelah sana terus ditipu sedangkan ko tahu semua kebenarannya.yang paling tak best if kena involve dengan apa-apa sindiket 'cover line'.
if tak suka, if tak nak serious tolonglah terus terang.tak adil la untuk orang di sana tu.

dah tak tahan sebenarnya.meluat je.
last-last taip kat sini je lah.

i wanna see ur smile my dear friend(s).
i wish all the best to u.
memang apa-apa aku support korang, sebab aku sayang korang, aku nak korang happy.
please.
berterus terang.makin lama korang simpan, nanti makin hurt.
aku tak sanggup nak tengok drama-drama ni.

hadoi.

Tetapkan hati, Allah bagi kita orang yang salah untuk kita jadikan pengajaran.
Apa yang dah jadi, jadikan  sebagai pengajaran berharga. Don’t ever curse the problem.
Apa yang dah jadi, biarkan.
Tunggu saja hikmah di sebaliknya sebab aku percaya Allah dah rancang yang terbaik untuk hambaNya. Mungkin lebih baik dari apa yang kita fikirkan. Whatever the reason is, Allah knows what the best for us. Serahkan segalanya pada Allah and pray the best for our life. Amin.

Wednesday, September 5, 2012

wall


Setiap kali mula sem baru, iaitu sejak first year lagi memang aku letak planner uni (planner uni ada dua bahagian, sebelah untuk semester I pastu sebelah lagi untuk semester II). So, untuk final semester  pun aku buat benda yang sama. Tapi. Setiap kali bangun tidur, aku tengok benda tu aku jadi stress. Memang la, macam yang sebelum2 ni, fungsi planner tu, nak kasi nampak sikit ape benda assignment yang nak kena anta next week, next month bla bla segala. But this time, it is not the same. Aku stress sebab for this time, fungsi planner tu macam dah bukan untuk ingatkan aku tarikh2 untuk hantar assignments. Tapi macam nak ingatkan aku, masa yang tinggal untuk aku stay kat Auckland dah makin suntuk.

Then aku tanggalkan planner tu.Aku print tarikh penting nak hantar assignment dan lekat kan camtu je kat dinding. Oh ye.Lekat gambar-gambar lain jugak supaya bila bangun tak stress macam tengok planner sebelum ni.


Thanks for reading.Have a nice day :)

Thursday, August 30, 2012

raya dan raya lagi

time beraya kat kat open house umno,teringat masa first year.last year tak dapat pegi open house umno sebab balik raya kat malaysia.
haih.haih.
seriously makin hari makin rasa cepat je masa berlalu.nak putar balik masa.

tak suka la camni.

p/s: jadual final exam dah keluar
 
kami semua batch yang datang auckland 2010 (kecuali capik menyibuk je tu)





Thursday, August 23, 2012

girlfriends

still dalam mood raya.3 syawal kot.orang orang malaysia still sibuk beraya.hik3.
but five of us, decide nak makan ice cream.berayalah kami di kedai ice cream.

 

memang my favourite lah makan ais krim gini kan.wuuuu~ gemoks.
ada kedai ice cream baru kat Shortland Street.baru ke?baru jumpa kot.haha.
tak sangka satu scoop banyak gila.aku tak larat habiskan.nasib baik tak tamak amik dua sebab satu scoop= $4 tapi dua scoop $6. see see.nampak penjimatan di situ?tapi if dah satu scoop pon aku tak larat habiskan tak yah duk tamak la amik dua okes.
 




Monday, August 20, 2012

selamat hari raya


selamat hari raya tidak kira di mana anda berada :)

maaf zahir batin. 

makan ketupat lemang segala jangan lupa kami di sini.

Wednesday, August 1, 2012

Tuesday, July 17, 2012

frisbee

miahaha.gelak dan senyum sorang2 bila tengok gambar-gambar ni.riang habis main kat domain.
haaa.sekarang senyum gelak la.nanti konfem nangis rindu semua.cis.
thanks kat photographer.memang capture the memories habis ni.
suka semua gambar sebab macam-macam expression ade.ngeh2.

oh, btw time ni tak pakai sport attire sbb tak plan pun nak pegi domain main.kat uni kot time tu,ada orang ajak main frisbee sbb training bersatu, so random dan pergi je lah.heee.cam poyo jek pakai jeans dan bukan kasut sukan plaks tu.huehuehue.


Saturday, June 30, 2012

tamak


lepas habis exam tempoh hari, keluar date dengan housemates.hihi.
yelah.sebab lepas tu nanti diorang pergi welly dan christchurch, diorang balik nanti aku dan ena plaks yg pergi christchurh..bila kitorang balik dari christchurh, diorang takde pergi coromandel plaks, bila diorang balik, aku dan ena plaks pergi ________ eh eh.haha.main-main je.



sambil makan ice cream (time winter jugak la nak layan ice cream kan.hadui) sambil main jenga..rasanya nak sebut jenga tu, jen-ga, bukan je-nga kot.haha.huuu.tiap kali nak keluarkan blok kayu baru untuk nak letak kat atas sekali tu tak konfiden langsung.selalu nak pasrah je benda tu akan runtuh.tapi okey laa.bukan sebab aku benda tu jatuh kali ni.muahaha.


actually tajuk post takde kaitan dengan post kan.haha.okey la.bila sampai kedai ice cream rambang mata tataw nak amik perisa apa.kupon plaks ada berapa je yang boleh redeem.rugi plaks tak beli kupon banyak-banyak.haaa.TAMAK la tu.orang tamak selalu rugi tahu =P


heee.ni bukan my housemate, tapi my lil sis  kat kedai ice cream yang sama :) snap this pic masa diorang datang sini hari tu..

have a nice day.stay warm and stay healthy okey during winter ni.


Thursday, June 28, 2012

we love you :)



 Ahad lepas, familia berkumpul buat suprise farewell untuk Lala

 we gonna miss u!

:(

haih.ktorang yg nak suprisekan Lala, sekali Lala plaks suprisekan kitorang.(suprise ape tu rahsia.hu)
memang nk kena cubit Lala ni.kitorang buat simple2 je.makan2 kat mamak tapas then lepas tu?heh.
since Lala dah lama request nak karok dengan familia, marilah penuhi request permintaan dia.so kitorang straight pegi karok lepas makan makan.haha.dua jam kot.lepas gian la sebab last karok kat Auckland ni time tahun lepas.ngeh2.




All the best Lala praktikum kat mrsm kota putera nanti.awak comel.mesti ramai murid2 suka cikgu comel macam awak.kelakar, peramah, baik hati.heee~

jumpa awak di Christchurch isnin depan nanti :)

Wednesday, June 27, 2012

wordless wednesday




ALL THE BEST!!
Umno Auckland Bersatu 12
1-5 July 2012
Christchurh
:)

Friday, June 15, 2012

vroom vroom :)


otw dalam bas nak pegi main racing car


racing ramai-ramai.before start main.pilih kereta apa, jalan apa semua


okey.masa bermain.dua jam main benda ni.harhar


dah habis maen, tunggu bas nak balik rumah



 sempat singgah countdown kejap before nak balik rumah lepas main




balik dari maen racing menggendut kejap kat queen st...haih.


Friday, June 1, 2012

netball

::random ;)


 -happy bila tengok ada sahabat yang nak masuk dua tahun tak bertegur sapa, bila dah satu team, ada pihak yg dah beralah pun.dan diorang tak gaduh-gaduh lagi.i am so happy.
persengketaan lama dapat dihapuskan.aku senyum lebar kot bila salah seorang tu mintak nombor telefon yang lagi sorang dalam dua minggu lepas camtu.

heyy.bukan senang okey nak maafkan orang..heee.kisah lama.malas ingat.


-bila main, tak ingat dunia gak la kadang-kadang.bola kena muka, tangan, badan semua.semua happy gelak-gelak.peluh-peluh.haha.bila balik, baring tidur.esok baru rasa sakit semua.

-kapten netball sangat bagus.saya salute sama kamu si budak kecil.hihi..



-okeyy.lepas sesi buang/singkir lemak ada sesi menggendut.hadui.makan pizza ramai-ramai, minum air gas(?), makan ais krim ramai-ramai. T___T



-aku antara orang paling tua dalam team tu.errks(?)

-seminggu dalam 3 kali praktis, malam rabu & khamis, lepas tu siang-siang kat windmill street hari sabtu.

-kat group facebook, semua orang sempoi, kelakar, meriahhhh.hihi..excited jugak tiap kali praktis sebab masing-masing kecoh, semua baik, bagi kerjasama, bagi tunjuk ajar.heee~sayang korang.