Thursday, June 2, 2011

Day 01 - A picture of yourself with ten facts


sambungan dari entry ini

hahaha..ini gambar diambil masa dua tahun lepas iaitu bulan may 2009.
lepas abih final exam IB tu...wooot wooot~
(aku yang pakai baju biru tu)
yang baju merah best friend aku time dari IB sampai la sekarang..semoga hubungan persahabatan kita kekal selamanya.sayanggg kamu!
siapa2 nak kenal dengan dia, meh msg aku, dia tengah single tu..hehe~


okey.sambung buat benda ni balik.so, here we go~
10 facts about me:

1- aku anak sulung dari tiga beradik.sorang adik laki.sorang adik perempuan.

2-aku lahir kat sibu, sarawak..lahir je kat situ.tapi kampung kat sungai choh rawang (kampung erra fazira..hahaha)

3- aku pakai braces time form 1 sampai form 3..sebab gigi aku berterabur..

4- ada parut kat dagu sebab kecik2 dulu degil tak nak ikut cakap mama jangan main-main kat lantai basah.sekali bedebuk jatuh berdarah2.

5-ada orang tanya kenape URL twitter, facebook, blog, e-mail semua nak kene ade alicia rnro.. sebab aku suka sangat sangat dengan alicia keys...suara die best..dulu fanatik sangat dengan alicia keys sampai semua gambar dia aku nak potong dan simpan...dan rnro tu sebab rose nina roslan.ok?

6-sangat suka makan laksa..terutamanya laksa yang mama saya masak.

7-tak reti bawak motorsikal.

8-tak pernah langsung wakil sekolah dalam bende2 sukan ni..sekali pun tak pernah..even hari sukan sekolah time skolah rendah aku tak pernah pergi.

9-pernah kerja kat kedai buku lepas habis spm dulu, dan lepas IB dulu kerja kat kedai buku kat sekolah menengah.

10- pindah sekolah rendah sebanyak 3 kali dan mama kate ktorang pernah pindah rumah sebanyak 12-13 kali camtu laa.

11-saya sangat suka warna purple dan brown.

12-okey.dah la tu.10 je kot kan...haha~

Wednesday, June 1, 2011

jefry



tadi nampak adik laki aku sorang tu on9 kat chat fb.
pergi la tegur kan..sebab sekarang cuti skolah, boleh la nampak die on9 kan.
so, aku tegur, ape cite sekarang..
die cite pasal hari belia bla bla.putrajaya bla bla..himpunan sejuta belia bla bla.
die wakil pengakap sekolah die dapat pegi sane bla bla..
jumpa artis itu jumpa artis ini..amboi..
itu ke hari belia?hurmmm~banyak lagi pengisian lain kot yang boleh dibuat..hehu~

oh btw.


awie n hattan.hahaha..due2 aku suke laaaa...if kuar karok wajib nyanyi lagu diorang berdua kot..hahahaha~aiseyhh~

inilah gambar adik laki saya yang sorang tu.ni kire latest pic laaa.haha..

epi dah ade banyak jerawat.wekkk~


oh oh oh..
dah rindu semua yang kat rumah tu...
:(

Tuesday, May 31, 2011

dont procastinate!


okey.siapa pengunjung tetap blog ni mesti dah biase tengok bende ni kat sebelah kiri blog ni kan..dari awal takde satu yang di cross, satu satu di cross sampai la tinggal satu yang last tu..
lepas ni, bende ni nak kene delete dah dari blog ini ;)

so, yeahhh..masa berlalu dengan pantas..minggu persekolahan tamat pada minggu ini..
study break pun bermula..lepas study break..FINAL exam kan...
lepas FINAL exam, holiday..hoyeh hoyeh..
bersabar!!.fokus kat exam dulu...fuh fuh..


p/s: mungkin time study break ni nanti, blog ini akan di update dengan lebih kerap.hahahaha~

Saturday, May 28, 2011

strangers



i know many of you had watched this before.

but it's okay.

strangers, again?
Don't take people for granted

Relationship dont need a promises, terms, and conditions

Tuesday, May 24, 2011

green-lipped mussels

last week, keluar dengan housemates.
biasalah, nak menguruskan rumah tangga ni.
keluar membeli barang2 groceries, barang2 keperluan rumah dan sebagainya.
haha~tiba2 tengok dibah and qila tengah pilih2 green mussels

haaa~korang mesti jarang dengar or tak pernah dengar kan bende ni?
if nak taw lebih lanjut apa bende tu, meh klik sini.

dah lame da actually teringin makan bende tu, tapi asyik2 tak jadi je..tataw nape tak jadi..so, kali ni kitorang nak try kelainan sikit.mungkin rindu nak makan lala, kerang, kepah dan seangkatan dengannya, maka kami angkut la satu beg plastik bende tu..
sampai2 je rumah, adibah google camne care nak masak n basuh bende tu..

ni la page yang dibah google tu.


okey.kene rendam dalam air sejuk dalam 10-15 minit before masak.


kami pun tak sure sangat camne nak masak bende tu kan.
asalkan bende tu masak dan tak mentah, kire okey la kan? =P


bende tu ade janggut2 sikit.kene buang janggut tu.
pastu kene bersih2kan sikit sbb cam ade kerang kecik2 terlekat kat situ..




ni rupa bende tu lepas direbus dalam 10 minit camtu.


susah jugak nak bersihkan bende tu rupanya.

mula-mula kene rebus sikit bagi masak kan.

lepas rebus tu, nanti kulit dia dah terbukak kan.

pastu kitorang letak la sedikit ramuan dalam tu sebab nak tambah perasa la katakan.
bahan-bahan yang kitorang letak dalam setiap satu bende tu:
1-bawang putih yang ditumbuk.
2-sedikit garam
3-cheese
4-butter
5-black pepper


pastu, bakar dalam oven dalam 10 minit camtu.

pastu siap.
nyummmmyyy!!..



suka2..nanti nak buat lagi.if dah balik mesia nanti pastu mengidam bende ni camne?

Saturday, May 21, 2011

al-kisah teh tarik.

kat auckland ni, ada kedai mamak yang baru dibuka..kat Kitchener Street..
sedappp..serius sedap..serius tak tipu!
bila sedap, mulalah nak makan banyak kali kat situ.
wuwu~kering poket saye.
setakat ni, ada la dalam 3 kali kot, makan kat situ.
meh la usya antara makanan yang ada kat situ kan.

eh.buat promosi plaks kat sini kan.haha~

mee goreng.sdap sangat!

nasi lemak!

dalam menu tulis laksa seafood.tapi sebenarnya macam mee kari.tapi still sedap!

sate!


rendang daging!

dan.

teh tarik!

serius sedap sangat2 kan teh tarik die..

hahaha.ade sekali tu kuar ramai2 dengan syafik, atif, fieka n ena.


aku order mee goreng dan teh tarik tu.yela.
sebab sedap kan.mana nak dapat teh tarik sedap camtu.

sekali time minum air tu.fieka cakap,
eh rose.air tu same je la rase die dengan air teh tarik aik cheong.
aku: yeke??
fieka: yelaa..sejibik la sama..nanti aku bagi ko rase air tu.datang la umah aku.nanti leh rase.air tu ada jual kat tai ping (name kedai groceries kat sini) or lim chour pon ade rasenye
aku:............


serius aku mula-mula pelik la jugak kan.tapi, at the same time rasa ingin tahu membuak2
kot...pastu, bermulalah pencarian teh tarik aik cheong.
pergi lim chour, takde.pusing punya pusing.cari punya cari kat rak yang jual2 nescafe, coffee sume tu.takde jugak.
then, esoknya sambung lagi,
abih kelas terus jalan kaki pi tai ping lagi.
terus dan terus mencari.haha.over.
masuk2 je kedai tu stret terus cari bende tu.aku siap google lagi teh tarik aik cheong dan post link tu kat fb fieka.haha.
fuhh..ajak ena cari gak bende tu.sekali.............
ena mantap!..dia belek punya belek.selak punya selak paket2 kopi yang depan2 tu, tengok2 di sebalik kopi aik cheong terselitlah satu paket teh tarik aik cheong kannnnnnn...



A BIG THANK YOU to ena..tercapailah hajat di hati nak minum air teh tarik aik cheong..
nak jadi cerita, memang tinggal satu je plaks kan paket air teh tarik aik cheong.pergghh..
memang rezeki laa.alhamdulillah.yeayy.
eyh..teh tarik aik cheong tu memang dibuat kat malaysia okey kilang die..ngeh2..tataw pon kewujudan bende tu selame ni..


sampai2 umah je..terus masak air n bancuh air tu.hanya tambah air gitu.terus siap..
walaweyyyyyy..sedappppppp btol laaaaa air tu..huaaaaa2.serius tak tipu..rasa die memang sebijik la dengan yang dekat kedai mamak tu punya..sedap.sedap.



terima kasih la ye buat fieka kerana memperkenalkan air teh tarik aik cheong ni..
dengan harga nak dekat $9.00 NZD untuk satu paket besar tu ade 15 paket kecil air teh tu..nak compare dengan $4.50 NZD secawan air teh tarik yang aku beli kat mamak tu.......

hehehe~

The 30 Day Photo Challenge.

haha.
I decided to dive in and join the 30 Day Photo Challenge

lame right?orang lain dah lama buat, ko sibuk baru nak join.
aaaa~
not everyday la i nak post kat sini.
and.
i takde kamera canggih pon.
tapi still nak join sebab blog ni dah sunyi :(


if tataw pasal 30 Day Photo Challenge, you can google it yourself la.
but i still nak copy paste it here. *wink2*

Day 01 - A picture of yourself with ten facts

Day 02 - A picture of you and the person you have been closest with the longest

Day 03 - A picture of the cast from your favorite show

Day 04 - A picture of your night

Day 05 - A picture of your favorite memory

Day 06 - A picture of a person you'd love to trade places with for a day

Day 07 - A picture of your most treasured item

Day 08 - A picture that makes you laugh

Day 09 - A picture of the person who has gotten you through the most

Day 10 - A picture of the person you do the most ****** up things with

Day 11 - A picture of something you hate

Day 12 - A picture of something you love

Day 13 - A picture of your favorite band or artist

Day 14 - A picture of someone you could never imagine your life without

Day 15 - A picture of something you want to do before you die

Day 16 - A picture of someone who inspires you

Day 17 - A picture of something that has made a huge impact on your life recently

Day 18 - A picture of your biggest insecurity

Day 19 - A picture and a letter

Day 20 - A picture of somewhere you'd love to travel

Day 21 - A picture of something you wish you could forget

Day 22 - A picture of something you wish you were better at

Day 23 - A picture of your favorite book

Day 24 - A picture of something you wish you could change

Day 25 - A picture of your day

Day 26 - A picture of something that means a lot to you

Day 27 - A picture of yourself and a family member

Day 28 - A picture of something you're afraid of

Day 29 - A picture that can always make you smile

Day 30 - A picture of someone you miss

Day 31 - A picture of yourself


so, wait for my next post laa.okeyh?

:)