Sunday, August 7, 2011

hari ke 7

hai semua.puasa tak tu?
hari ni nak masuk hari ke tujuh dah kita berpuasa.

"21 hari lagi saya nak balik rumah.yeayy."

okey.takde bende nak update sangat sebab life still macam ni.study.assignment.

cuma,
bangun sahur kul 5.30 pagi.alhamdulillah..hari-hari aku berjaya bangun sahur dan makan apa-apa at least biskut cicah air teh/milo...setakat ni, baru ada dua hari je yang aku bangun sahur n minum air kosong je kan..hehu~

buka puasa?oh, setiap kali berbuka memang rindu makanan kat bazar mesia..
sapa yg duk overc WAJIB rindu la makanan kat bazar.tipu if tak rindu.
sebab apa rindu?sebab mudah dan cepat, dan.yup.murah if nak compare kat sini paling murah boleh dapat sepinggan nasi/mee goreng ialah $10.00 nzd~ T__T



errrr..saja nak copy paste gambar makanan time berbuka dari hari pertama sampai hari ke enam berpuasa.hihi~ada je makanan lain sekali time berbuka, mana yang sempat snap, snap la..yang tak sempat, memang takde laa.hik2~


Hari 1
ayam paprik

Hari 2
roti bakar dgn gula dan butter


Hari 3
daging masak kicap sayur kubis


Hari 4


nasi arab (tak sempat amik gambar dah ngappp)


Hari 5

nasi goreng seafood

Hari 6
pavlova


apa-apa pun, hope semua dapat mengerjakan ibadah puasa dengan sebaik-baiknya..i mean, bukan ibadah puasa je, tapi yang lain-lain lah...sama-samalah kita kejar dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini..all the best semua!!!

Sunday, July 31, 2011

avondale

ahad lepas aku pergi avondale dengan qila..ahaha~
dah second year baru merasa nak pergi sana..booooo~
sunday market di avondale adalah sangat awesome!!!..
tempat wajib pergi kot if dah sampai auckland.

perasaan lepas ke sana?
-wahhhh..gembira tak terkata..barang2 semua bestt dan murah dong.

berapa tambang pergi balik ke sana?
- dengan menggunakan kad hop n off tu, satu hala perjalanan ialah $2.70 berbanding $4.50 kalau tak guna kad hop n off tuuu~lorhh..buat promotion plaks kat sini.bukan ape, jimat banyak kot..hoho~

beli apa kat sana?
-macam2..sayur mayur, buah-buahan, baju, biskut, tauhu, mee basah..semua ada kat sana..haha~

oh ye.sedih sikit la sebab masa kami sampai tu, hari hujan sikit2..pasar ahad tu ada dari pukul 8.00 pagi sampai 12 tengah hari je..but, if lambat, memang banyak barang yang habis pun..oh aku sedih jugak sikit sebab tak jumpa tempe, sebab izzati cakap dalam blog ada jual tempe kat sana, tapi aku tak jumpa.huk3
:(


let the pictures do the talking.
okey?

oh my, kempunan nak makan ketam terubat..ada jual ketam ikan sotong dan sebagainya.tapi aku dan qilah pilih nak beli ketam je.


oh ini bukan gambar kat pasar.tapi gambar kat dapur rumah..sampai-sampai rumah je terus rebus ini ketam.hahaha~



okey.apa pakcik ni buat kat pasar ni siap dengan bendera malaysia segala??
haha..lawak pakcik ni..dia yang suruh aku gambar dia n letak dalam blog dan facebook...
iye pakcik..saya dah tunaikan ni..dia memang bangga dengan malaysia...dia jual biskut yang sangat sedap dan murahh~bangga habis dengan mat salleh lain yang datang kedai bila cakap melayu dengan aku..dia tanya isu bersih kat malaysia la itu ini..aku malas nak masuk campur aku kata..then, dia kata tak boleh macam tu..hoho~

aku beli dua paket biskut-biskut ni..satuu paket ni dia jual kat aku sedollar je boleh~tengkiu pakcik..saya wajib datang kedai pakcik lagi lepas ni bila pergi pasar tu.ahakkks~


ahahaha~jam tangan murah2 $5 dollar je..aku tak beli sebab memang jenis tak suka pakai jam..oh ye..qila ada beli sepasang kasut cantik..$10 je..sangat berbaloi~


oh ini pon bukan gambar kat pasar tu. cuma nak bitaw..kitorang beli mee kuning, tauhu, sayur sawi, bawang semua kat pasar tu..ahaha~terubat rindu nak makan mee goreng taw~

aaaaaa~buah-buahan sangat murah laaaaa kat avondale tu.gerammmm..limau mandarin satu plastik besar cuma sedollar je ta..bayang kan laaa..pastu 4 ketul avocado kat atas ni pon sedollar je..satu plastik besar kentang pun kitorang sapu gak, tak ingat harga, rasanya dua dollar je..pastu beli pisang banyak banyak untuk buat jemput-jemput pisang..masyukk~


nampak tuuu..3 baju= $10..ahahaha~aku angkut 5 baju kot..qilah angkut 2 baju..hik3~ingat dah murah sangat tu,lepas tu bila jalan jalan lagi.dangsss..ada baju yg sehelai $1-2 dollar je taw..hik2~


tengokk tuuu..comey kan kan kan??..aku dok syok tengok orang ni ukir-ukir carrot jadi bentuk macam2..serious suka..cam tak caya dari carrot boleh jadi macam2 bentuk yang menarik..bunga, orang, macam2 laa..

hehe..last2, aku yang jadik tukang beli sekuntum bunga rose yang makcik tu buat daripada carrot..harga seketoi benda ni sedollar taw..tapi bende2 lain yang dia buat harganya $5 dollar...hehe~sukaaaaaa~

Thursday, July 28, 2011

accept


hai hai.
mode :rindu rumah.
tak sabar nak balik mesia next month boley?
tapi nampak tak banyak gila list due date kat tepi ni?
sabo je lahh.asam garam sebagai student.


lately, aku runsing sikit.
tapi okey je.kadang-kadang je ada terfikir, kenape macam tu?
kenapa tak macam ini?
owh.kena macam tu, baru jadi macam ini.
ok.dah melalut.

bye.nak berbuka.

tak habis ganti puasa lagi. T_T

Tuesday, July 26, 2011

2nd sem 2nd year





MATHS 340: Real and Complex Calculus



MATHS 363 : Adv Modelling & Computation



PHIL 101 : Introduction to Logic



PHYSICS 107 : Planets, Stars and Galaxies


p/s: moga dipermudahkan. Amin.

Sunday, July 24, 2011

malam

dua malam kat melbourne.


menarik gak la.makan kat kedai makan nama blok M..sedappp~

ahaha~aku rasa if cakap pasal blok M, semua budak melbourne wajib tahu la kan?tak sempat snap pic makanan, lapar punya pasal..dah abih lahap baru ingat nak snap pic...haha~



malam kedua makan kebab je, sebab kedai lain banyak dah tutup time tu sebab balik lambat..dah nak kul 9.30 pm..yela.4 jam tu perjalanan dari Great Ocean Road.

hurmm~menarik kot bentuk-bentuk bangunan kat melbourne..hoh~tapi satu benda la yang aku salute, iaitu trafik kat city tu..trem sangat banyak kot..lepas tu, kereta boleh pulak berhenti tengah tengah jalan tu if nak belok simpang ke kanan..camne nak cakap eh..haha...aku tak paham sangat trafik kat situ.pening2..sebab tak paham la aku pun tak boleh nak explain kat sini macam mana..maybe sebab tak sampai 3 hari pun kat situ, so memang aku tak paham..



owh..baru teringat pasal ada api kat melbourne tu...nak tahu lebih lanjut klik sini.
nanti kan setiap sejam sekali (start kul 8 pm camtu kot), dekat atas tower Crown Casino tu kan, ada api nyala2..smart lah api dia...siap ada bunyi2 lagi..try gak duk bawah api tu..best2~rasa panas n lega je..maklum lah tangan cam beku2 sikit..duk bawah api terus rasa lega.



wuwuwu~btw, aku sedih sikit la tak dapat naik trem tu..yelah..dah sewa kereta..naik la kereta kan?ye idok?..kena la abihkan minyak kereta tu kan..hoho~memang nak suruh aku pergi lagi sekali kot melbourne tu.mungkinkah?haha.

Wednesday, July 20, 2011

kelas.

hari ni hari ketiga minggu pertama semester baru.

haha..actually, before pergi berjalan-jalan yang cuti tiga minggu tu aku dah setelkan enrolment semua tu, dah pilih subjek apa, subjek itu ini, susun semua baik-baik.

alih-alih, hari pertama kelas masuk klas maths 3**. masuk kelas tu, aku cuaks..bukan kelas mengira, tapi kelas mengarang essay dan berbincang dalam kumpulan tentang sistem pendidikan maths..aaaaaaaa~okey..aku drop subjek tu..sebab nanti final memang mengarang 100% which is benda yang memang menakutkan aku..plus, kena bekerja dalam kumpulan untuk dapat markah lain plus setiap minggu dapat material tebal kena baca..ayat dan more ayat kena baca dan kena fahamkan..tak mahu.

hari kedua bila dah drop maths 3** tu, aku try la masuk kelas stats 1** tu..sekali lagi, tak nak..sebab kena buat report, baca surat khabar nz segala bagai..lecturer kata ini bukan kelas mengira..ni kelas untuk kupas isu tentang isu-isu survey statistik segala..aaaaa..sekali lagi, aku drop subjek tu..

pening.yup..memang pening untuk memilih, menyusun merangka jadual sendiri..
clash sini sana..nak subjek itu dan ini..tak nak yang itu ini...kena penuhi syarat grad itu ini lagi.dangs..
macam lah tu jugak kehidupan ini..tak semua yang kita nak tu, kita akan dapat.kan?

so, berbalik pada topik asal..
hopefully, apa yang aku dah enrol hari ni adalah yang terbaik buat aku..

dengan lafaz bismillah, aku memulakan sem baru ini dengan penuh harapan dan semangat..hihihi~

:)

Monday, July 18, 2011

melbourne (2)

okey.hari kedua pergi ke Great Ocean Road.
sepanjang perjalanan tu, memang cantik la views.
nak dekat 4 jam gak perjalanan naik kereta ke situ.hoho~







pastu dari jauh dah nampak light house ni kan,tu yang maen berhenti kan je kereta pastu amik gambar kat sini,



lepas singgah light house tu, singgah ada hutan ni pulak, naik titian gantung antara pokok-pokok...apa ek nama tempat tu, tak ingat laaa.tapi best la dapat tengok pemandangan hijau pokok-pokok ni..sejuk je mata memandang..



okey.nanti sambung lagi.
hari ni first day class of semester II..
aaaaaaa..bersemangat rose bersemangat!
harus!