Sunday, February 19, 2012

lantern festival 2010 & 2012

semua gambar time lantern festival 2010 ialah yang belah kiri, kecuali gambar yang kedua tu.


gambar sebelum bertolak ke lantern
2010: depan HUIA
2012: dekat federal street


pintu gerbang masuk pun still sama.


still tanam padi yang sama.


lembu kuning dan kanak-kanak riang yang sama.


tanglung di pokok masih yang sama.

naga kuning yang sama.

bulan dan bintang yang sama.


dinding merah yang sama.

pakcik yang sama.



huuuu.almost everything are still the same.

cuma ada la beberapa yang baru macam:



ada naga pink sebab tahun ni tahun naga ek.

oh.menyesal tak beli murtabak ni sampai dua hari tu.huu.

Thursday, February 16, 2012

Tuesday, February 14, 2012

two years ago

haha.saja mengimbau dua tahun yang lepas.
tarikh yang sama pada hari ni, 14 febuari 2010.
lokasi: KLIA



okey.sekarang dah tahun akhir.
cepatnya masa (?)
all the best rakan-rakan.
semoga segala urusan kita semua dipermudahkanNya.
amin.

Thursday, February 9, 2012

13



arakian, berakhirlah nanti summer school 13 feb ini.

pray for me :)

p/s : tak pernah exam dua paper serentak pada hari yang sama :(

Wednesday, February 1, 2012

class

huuu.penat la jugak summer school ni ye.terkejar-kejar.
dua subjek yang diambil sebenarnya agak beratlah jugak.
setiap minggu ada assignment,
eh.baru anta tadi, atau belum sentuh lagi assigment before tu dah ada yang baru or tiba-tiba eh dah ada test.hehu..


tak boleh merungut ye rose.
dalam dua minggu lagi final exam kamu.hoyeh hoyeh.
sikit lagi tu.bertahan dan fokus :)

Monday, January 30, 2012

CNY

hoh..hari selasa yang lepas, lepas je kitorang habis test subjek statistik [ayat ape ni, lepas lepas(?)], saje la pergi britomart untuk minum-minum kopi..konon-kononnya nak release tensen lah sebab al-maklumlah lepas test kot..heee~rezeki kitorang dapat tengok tarian singa kat area kawasan britomart tu..siap dia bagi orang-orang kat situ limau sebijik sorang kan.

ngeee~kami bertiga order benda yang sama, hot chocolate & blueberry muffin setiap seorang :)
kenyang perut hati gembira



3-5 feb ni nanti ada lantern festival.hoorayy.
boleh pergi tengok tahun ni.
teringat masa first year dulu.
masa second year tak dapat tengok sebab still kat malaysia.
heh.
cepatkan masa?

Tuesday, January 24, 2012

pick your own nectarines

nah.klik sini.
hari khamis minggu lepas kitorang pergi kebun buah tu laa, walaupun ada dua assignment nak kena hantar jumaat esok tu, gagahkan jua pergi tempat tu.hek hek.
oh.sangat seronok sebab hanya $5 per entry untuk masuk kebun buah tu, lepas tu boleh makan puas-puas buah yang dipetik sendiri sampai perut kembong.heee~
lepas tu, satu kilo pertama buah yang dibawak keluar dari situ free, tapi kilo yang berikutnya kena bayarlah ye :)

emm..first time makan buah nectarine ni..sedap.time kitorang datang hanya ada buah nectarine je sebab pokok epal tu tak masak lagi la buah-buah dia..

buah nectarine tu seangkatan dengan buah peach, aprikot, plum macam tu laa..tapi bau buah tu memang wangi laa..bila jalan-jalan kat situ bau harum semerbak je..

see, buah epal tak masak lagi..hehu.kayo lah pakcik tuan kebun ni..banyak betul pokok-pokok buah die eh.ada banyak baris, satu baris ada berapa batang pokok lagi.



bertolak dari rumah dalam pukul berapa tak ingat,
tapi sejam gak la perjalanan kalau tak sesat sikit-sikit...hihi~

kitorang terlepas pandang signboard kat tepi jalan tu..pastu patah balik semula..sampai kebun tu dalam pukul 4 petang, lepas tu pukul 6 petang ada makcik tu datang cakap "kitorang nak tutup dah ni", pastu kitorang paham la kene blah la maknanya kan..


ni gambar-gambar random, dari atas belah kiri;
-saja la simbolik, apple dgn henfon apple,
-buah peach ada sepokok dua yang berbuah & macam baldu kulit buah tu,
-kat pintu masuk kebun ada lagi jual buah-buah ni,
-tu la rupa buah nectarine tu.

all in all..seronok dan tak tahulah dapat lagi or tak peluang best macam ni yang ada time summer je.