Monday, October 17, 2016

Good times and bad times

Hi peeps!

So my dear form 4 students will be sitting for the BIG exam today!

IGCSE.

yeah.. that RM 2000 examination fees that they need to pay on their own.

Let's pray the best for them.

I hope all my form 4 students can do well in this exam.

Good times become good memories.
Bad time become good lessons


Sunday, October 16, 2016

where is the love?

Happy Sunday everyone.
yes.

short update:

semalam Hari Graduasi Ting 5 Kali ke-8 untuk MRSM TMT
sekejap masa berlalu.aku rasa macam diorang semua masih innocent masa ting 2 dulu (masa tu baru posting sini 2013). No pics was taken because I was busy being AJK Stage Manager.luls.

kenapa aku menaip di sini.sepatutnya kena update SKT dekat Hrmis tapi still tak boleh log in sejak semalam.So aku merayau-rayau tengok blog dan taraaaa ter update blog sendiri.

Today is productive day I must say because : laundry (done), cooking (done), iron baju (done)..huhu..kemas rumah je belum sebab penat semalam belum habis.eceh.

Nak sangat update trip ke Lombok untuk rujukan akan datang..tapi bila entah mood akan datang untuk update sebab kena transfer gambar.ok.nanti kot..masa students dah busy exam.ehehe.



ok.tu je.

Love is putting someone else's needs before yours - Olaf (Frozen)



Sunday, October 2, 2016

hello october

i miss blogging.
i miss fish and chips
meowww.

eh?

aku tengok banyak je blog-blog orang sekarang dah tak di update sangat.
yelah.sebab semua orang dah layan Instagram, Facebook, Pinterest, Snapchat etc ect.
so, aku rasa tu antara reason kenapa orang dah tak layan blog sangat.

memerlukan kekuatan, idea, kesabaran untuk mengolah ayat dan menaip idea-idea ke dalam bentuk tulisan kot...dan semangat jugak kot nak bukak laptop dan upload gambar etc ke dalam blog..
tapi walaupun aku dah tak selalu update blog sendiri, aku tetap suka baca blog orang lain. antaranya sebabnya ialah dapat idea resepi, tips travel, tips nak kurus dan banyak lagi lah.

oklah.take care everyone.

bye.

Saturday, July 30, 2016

Suci Dalam Debu

benda ni aku copy paste je..
orang forward dalam group whatsapp..
saja letak sini sebab tak pernah terbaca pun sebelum ni dan saja nak share maksud di sebalik lagu oleh Iklim ni sebagai satu penghayatan dan renungan bersama


SUCI DLM DEBU - IKLIM                           

*Engkau bagai air yang jernih*
🔹Itulah diri kita yang sebenar (Ruh)

*Di dalam bekas yang berdebu*
🔹Jasad/Badan yang asalnya di jadikan dari tanah.

*Zahirnya kotoran itu terlihat*
🔹Sifat manusia suka melihat keburukan orang lain

*Kesucian terlindung jua*
🔹Hal-hal yang baik biasanya tak beberapa di pandang dan ambil peduli.

*Cinta bukan hanya di mata*
🔹Cinta bukan dari sudut syariat semata-mata @ solat

*Cinta hadir di dalam jiwa*
🔹Cinta yang mutlak terbit dari hati yang suci dan bersih @ zikrullah

*Biarlah salah di mata mereka*
🔹Mereka yang benar-benar mahu menjadi hamba ALLAH di pandang serong dan rendah oleh masyarakat

*Biar perbezaan terlihat, antara kita*
🔹Perbezaan di antara hamba ALLAH dan hamba Dunia

*Kuharap engkau kan terima*
🔹Bermunajat agar di terima Ilahi

*Walau di pandang hina*
🔹Sebagai hamba yang hina 

*Namun hakikat cinta kita, kita yang rasa*
🔹Perasaan yang wujud antara hamba dan penciptanya tidak dapat di ungkap dengan kata-kata

*Suatu hari nanti, pastikan bercahaya*
🔹Di alam akhirat

*Pintu akan terbuka, kita langkah bersama*
🔹Bila mendapat syurga bersama mereka-mereka yang berjaya

*Di situ kita lihat, bersinarlah hakikat*
🔹Diri kita yang sebenar.. berseri-seri dan bersinar

*Debu jadi permata, hina jadi mulia*
🔹Roh mereka-mereka yang soleh, yang dihina di dunia menjadi mulia di akhirat

*Bukan khayalan, yang aku berikan*
🔹Kitab Al Quran

*Tapi keyakinan yang nyata*
🔹Kitab yang memberi keyakinan dan cahaya kebenaran.

Dinyanyikan oleh Saleem Iklim pada tahun 1990.. Setelah 25 tahun baru terurai isinya
tetapi bukan penyanyi lagu tu yg penting tapi pencipta lirik lagu 'Suci Dalam Debu' tu, 
*S. Amin Shahab adalah pengikut aliran tasauf/Sufi.*

WaAllahuallam

Wednesday, July 13, 2016

jefry handsome!

muehehe,mengada sangat tajuk!!


Alhamdulillah, my one and only lil bro dah memasuki fasa baru dalam hidup dia.dah habis SPM dan sambung belajar di Politeknik Sultan Idris Shah..

 

unfortunately, I cannot ikut my family hantar dia ke sana masa hari pendaftaran sebab dah balik Tawau. Hari pendaftaran ialah pada 13 Jun 2016..kalau tak silap lepas sahur dan subuh terus my family bersiap dan gerak dari rumah sebab jauh gak tu Sabak Bernam dengan Rawang. Tambahan pula takde highway dan jalan ke sana tu macam jalan kampung sikit so tak boleh nak speed sangat bawak kereta.

 
Belajar baik-baik ye adikku.jangan banyak main sangat.


 
hehe,nak melepaskan anak bujang yang selama 18 tahun ni di rumah,takde masuk asrama tup tup masuk asrama ye..okla tu masih di Selangor dan takde la jauh sangat.


 
nah rasakan kipas di bilik tu rosak...selama ni sedap bilik ada aircond kan.heee~


 
kasih sayang mama dan papa yang bersusah payah besarkan kami adik beradik..yang berusaha memenuhi segala keperluan dan permintaan kami.TERIMA KASIH MAMA PAPA!


so Jefry, kak nina love you so muchhhh....
rajin rajinkan diri tu belajar ye..
bukan mudah nak mudah..memang memerlukan kesabaran, ketabahan dan azam yang tinggi nak belajar tu..banyak dugaan umur-umur camni,tinggalkan yang tak perlu..fokus pada yang perlu..jimat-jimat berbelanja..ingat kami semua ada untuk sokong Jefry.
so jangan sia-siakan kepercayaan kami pada Jefry..
all the best menempuhi satu fasa baru dalam hidup..
take care dan pandai-pandai bawak diri dan pilih kawan tu.
tata~

Thursday, June 23, 2016

puasa



bila belek-belek semula hp,
banyak gak gambar yang diambil sepanjang bulan puasa tahun ni.

so nak mengabadikan gambar-gambar tersebut
mari tempek di blog before delete kat hp ye...



yang ni gambar masa makan kat hotel promenade.merasa gak bukak puasa kat hotel kannn.thankss Dr Jefry sudi jemput kami (aku dan Anis) makan kat hotel sempena berbuka dengan anak-anak yatim.




ni dasar nak cepat dan agak malas.sup makaroni dengan ayam.hehe



persediaan memasak untuk berbuka puasa.menu apa ek.tak ingat laa..maybe telur dadar la kot.heh.


dalam mangkuk hijau tu ialah terung yang dihancurkan..lagi sedap kalau letak yogurt sebenarnya..



puding roti masak guna pemanggang ajaib.alhamdulillah ada benda ajaib penyelamat ni banyak mudahkan hidup aku.hikss.tambah lg non stick, lagi buat ahkak happy sangat.




terung bakar?or grill eggplant? entah lah.aku lumur dgn olive oil, salt, pepper kat terung tu.tup tupp masak.aku suka benda-benda gini.kena dengan tekak aku.hikss




ni step pertama buat puding roti.potong- potong roti campak dalam periuk.hee.sorry la gambar tak ikut turutan


 
mee meggi letak sayur carrot, cili api dan telur.layannnn masa bukak puasa


ni mood rajin buat potato salad, mashed potato dengan makaroni karbonara dan bolognaise untuk anak-anak homeroom tersayang.puas hati diorang makan licin sampai sambung lagi makan lepas prep.sanggup ketuk pintu rumah malam-malam even teacher dia dah tertidur

thank you anak-anak homeroom sudi datang ke rumah teacher,.ada 7 orang semuanya..


 
tumis sayur bayam, roti telur, kurma dan air yakult.nyumsss,


by the way..korang perasan takde nasi kan?
itulah aku.tak suka sangat nasi-nasi ni masa berbuka.heee