Thursday, January 24, 2013

hargai selagi masih ada

so, its been more than two months already.
phewwww.mandi 3-4 kali dalam sehari apabila berada di malaysia itu adalah normal.
hari-hari makan makanan yang berminyak itu adalah normal.
sukar dielakkan.hurmmm.

so, dalam tempoh 2 bulan ini jugaklah, rasanya separuh masa telah dihabiskan di rumah nenek
atuk belah mama.adalah sesekali melawat nenek sebelah papa.
pernah sekali je tidur rumah nenek belah papa kerana masa tu pembantu baru yang jaga nenek
baru sampai.first time jugak lah tengok nenek disalinkan lampin, dilapkan badannya, dibedakkan.
serupa macam budak kecik.
time tu terus aku teringat kata-kata, "seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak,
tapi sepuluh orang anak belum tentu boleh menjaga ibu seorang"
rasanya memang tepat kata-kata tu.
sedih, pilu bila dengar suara nenek cakap "sakit, sakit" bila pembantu tu lap dan salin
lampin pakai buang..huuu..nenek dah tak ingat siapa anak-anak dia siapa.
kalau dia bercakap hanya ingat perkara-perkara yang lampau je.
dia macam di zaman lain, zaman anak-anak dia masih kecil, suaminya masih ada.etc.

so, itu cerita nenek belah papa.80 lebih dah kot usianya.

sekarang selalu habiskan masa kat rumah nenek atuk belah mama.
hari tu nenek jatuh bilik air, sakit belakang dia.tu yang start tidur umah nenek tu.
risau kot diorang dah tua, tinggal berdua je. tambahan plaks atuk skarang berjalan pakai tongkat,
jefry yang selalu pimpin dia berjalan ke kedai makan ke etc
aku ingat lagi, dulu sebelum fly nz,
aku ingat dah tak dapat dah makan rendang ayam yang nenek masak.
tak pun ikan pari masak asam.hee..bila duduk umah nenek ni,
cakap je nak makan apa, insyaAllah nenek akan masakkan.heyy.of course aku tolong masak okey,
mana ada goyang kaki je.hihi..
tutup pintu reban ayam, tolong goreng ikan untuk kucing atuk hari-hari.itu memang wajib kena buat.. basuh dan sidai baju atuk nenek, jalan kaki buang sampah, belikan kuih untuk sarapan, temankan nenek beli barang runcit,
dengar keluhan, cerita, or apa saja yang nenek sampaikan.teman nenek berborak.
tengok tv dgn nenek,tidur dengan nenek,masak sama-sama nenek.
phewww.sayang atuk nenek.





hargai diorang selagi masih ada.
stop tulis kejap.
sebak plaks.hu.


atuk bg ayam-ayam makan


 laman rumah nenek 





 rumah nenek 


Sunday, January 13, 2013

2013

Malam mencari mimpi
Siang mencari erti
Tersingkap seribu makna
Terucap seribu kata
- Kekasih Awal dan Akhir, Jamal Abdillah


Bulan baru di hari tahun yang baru.
Sedar tak sedar, usia blog ini menginjak masuk ke tahun yang ke-6
Pantas sungguh masa beredar.
Yang senior sudah tamat pengajian di universiti,
yang junior pula bakal menyusul senior.
Eh.

Kehidupan tetap diteruskan.
Survival. Yup.
Berjuang untuk terus hidup.
Hidup untuk mati. untuk kehidupan yang kekal abadi di sana.


Tahun 2012.
Melakar suka duka ketawa menangis.
Terima kasih 2012
2012 akan tetap diingati antara tahun yang terindah.

Semoga 2013 ini membawa keceriaan dan kebahagiaan
yang berterusan dan berpanjangan
hingga tahun-tahun yang berikutnya jua.
InsyaAllah.Amin.


p/s: Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-24 buat ayah bonda tersayang. Ampun dipinta kerana tiada hadiah istimewa dari anakanda mu ini kerana masih menanam anggur di rumah.hehehe..semoga kekal berbahgia hingga ke syurga.tidak pernah anakanda lupa untuk menitipkan doa untuk kalian berdua. sayang mama papa!

Saturday, December 15, 2012

plain boring

"Beginnings are usually scary and endings are usually sad, but it's everything in between that makes it all worth living."
- Sandra Bullock











i miss Auckland sooooooooooooooooooo muchhhhhhh
yeah.i know im not suppose to whine this and that.about the ppl, the weather, the food.
the guilt everytime i consume those oily food.haha.
the ppl at pasar malam, warung, grocery shop who dont even smile or treat their customer nicely.
the feeling of want to run and run instead of become couch potato
etc.
whining.and never stop whining.

lapang sebelum sempit and sihat sebelum sakit.

okay I'm just typing randomly what's on my mind just for the sake of updating this blog.

until then.

Tuesday, December 4, 2012

reminder



p/s: punyalah pemalas nak update blog.guna iphone n snap je.heh

Thursday, November 29, 2012

haiiiiiiiiiii.......

dah genap seminggu dekat mesia.hehu.
gembira je sampai mesia.
sedih.rindu Auckland.
nervous nak lapor diri kat MARA.
macam2 feeling lahh..

btw, rupanya banyak gak benda kena buat.huu

1-tukar IC baru.IC tu still gambar darjah 6 taw
2-photostat semua sijil2 n dokumen2.sediakan semua dokumen2.huu
3-lapor diri kat MARA
4-nak jumpa Familia
5-kemas sikit bilik.jangan salah paham ek.bilik kemas dah.cuma kena buang brg2 yg tak perlu sket
6-ready untuk interview (microteaching etc)
7-hidupkan lesen memandu


p/s: rumah dah ade intermet.woot woot.


Sunday, November 11, 2012

kemas.kemas


haih.before exam punya la semangat nak kemas barang.
tapi dah habis exam, tak start2 pun kemas barang ni camne.
lepas buat garage sale hari tu, ampaian, rak baju, rak buku, rak kasut semua dah diangkut junior..so, semua barang/baju/buku segala memang letak kat lantai jelah jawabnya...
ni baru bilik, dapur ruang tamu segala memang tengah berterabur..

yang gambar atas tu sebahagian ruang tamu je.hamik ko 2 kotak besar & 1 kotak kecik nak shipping angkut bawak mesia.apa yg banyak sangat entah.haha.

tinggal aku dan Ena je so memang tak jadi apa la.
tengok movie, guling2 kat katil, jalan-jalan

bye.nak sambung tengok movie.