Saturday, July 24, 2010

antara dua cinta




Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Di padang pasir

Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan.. leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh

2 comments:

Anonymous said...

i love this song very much!!!
kita hanya boleh memilih satu cinta bukan 2 ataupun 3...Allah itu tumpuan kecintaan kita ;)
dunia itu hanya ujian untuk setiap insan..terpulang untuk kita menggunakannya sebaik mungkin mahupun hanyut bersama2nya..kerana akhirat itu tujuan kita...
jom jadi manusia yg bersyukur dan manusia yg mencintai penciptanya :)

*sori, byk plak comment*

ceria seindah suria said...

terharu bace ur comment..
thanz for sharing..