Wednesday, November 27, 2019

November Rain by Gun N Roses



Esok hari last SPM 2019. Paper Prinsip Akaun.
22/11/2019 hari last persekolahan. and I am still here. writing this at home. (Is this place really called a home?-kuarters guru B-2-2 MRSM SAS)
I always wonder what home means me to? Home is suppose to be a safe haven and a comfort zone. A place to build memories with beloved ones. Or it is only a phrase because I heard somewhere home is where the heart is. I dont know bout you. But sometimes I feel that I am very far from home.

Oh gosh. I miss writing here. How I wish I can pour all my thought, memories and everything here. But time is gold. I cant write anywhere anytime like I used to before. Time is limited. Time will heal. Time is everything. But wait. Why blame time. I should only blame myself for not putting any effort to write. I guess I should write more often, but the thing is... I only froze in front of the laptop. I blinked. Then I switch off the laptop. Today, I have the courage to write.

35 more days to 2020. When I reflect back all the things I did this year. I feel honored. I am 30 this year. I've loved and I've lost. I've had mine and you've had yours.
After everything I've been through, despite what other people might have talked about me behind my back. I dont really care actually, well yeah sometimes I might want to know what other people said bout me, but I cant really control what people gonna talk about me. So, I choose not to know.
They said ''ignorance is a bliss'' - it do well to me sometimes.

I need to focus more on growing myself. For example, I will step up my skincare routine, I will take care my body more often, do things that makes me happy, do more savings for travel etc. I care for people that I loved. For people who always been there for me, ups and downs. Because I have this in my mind-  You should keep and care for those who can see your sadness behind your smile.

THANK YOU 2018. You have been wonderful to me. Yes, not all wonderful, honestly. But I dont want to think too much on the negative and horror part. Only Allah can judge me. Because He is the one who write the story for me and I will continuously pray that I am always under his Guidance and Blessing to the right path for me. InsyaAllah


Wednesday, January 9, 2019

Bukan Mudah

It is not easy
There is no easy way.
Sometimes I lose my words.
Sometimes I break down and cry

It's not easy to put a smile on your face everyday
There is no one there to help you
Sometimes I build the high wall around me
Sometimes I run to my secret place

I told myself everything gonna be okay
I keep on reminding myself to forgive myself everyday
Because the guilt can eat you from inside and haunting you
Forever.

Wednesday, October 10, 2018

sejahtera


Itu dalam bahasa melayu.
Kalau dalam English?
peaceful and prosperous, tranquil, calm and undisturbed, safe

Tenanglah wahai hati.
Walau berat mana diuji. Teruskan senyum.
Teruskan bangun. Biarpun merangkak.Tetap bergerak ke hadapan.

“Peace is the result of retraining your mind to process life as it is, rather than as you think it should be.” —Wayne W. Dyer




heee~ Thank you Mas! For always being there for me..I really appreciate it ;)
Semoga dipermudahkan urusan kau bersalin nanti ni..nak dekat dah tu...

Monday, July 23, 2018

Truth

One of the best quotes that ever came out of a Star Wars movie was when Obi-Wan said that our truths depend on our point of view. This is something that the buddhist teachers in India are always said – don’t be so solid, stiff and rigid. Your truth is not the next person’s truth. Truth is not always truth.

“Fear is the path to the Dark Side. Fear leads to anger, anger leads to hate, hate leads to suffering.” Yoda, Star Wars Episode I: The Phantom Menace

Fear starts wars. It starts fights. It upsets our mind’s and makes us stressed and anxious. And the funny thing is – most of the time the fear is unnecessary.

Sunday, April 15, 2018

random pics

Nak serious blogging semula boleh tak?

Hehe.semoga istiqamah semangat nak menulis.Maybe ada hp baru ni semangat sikit kan?
mana laaa tahu...*hembus-hembus habuk sawang*

So before delete gambar-gambar di hp mari tempek di sini dulu.


Haaa..nampak ke tu?if tak nampak sila zoom...Tahniah anak-anak ting 5 spm 2017!..apa pun result korang selamat menempuh alam baru selepas ni..SPM je kann..korang boleh!..


 Macam ni lah keadaan bilik guru malam2 di jabatan maths di mrsm _________. haha kena fill in the blanks sendiri.Kang kalau search nama mrsm keluar pulak blog ni kan. bagus ye awal tahun dah ada kesedaran nak belajar maths dan add maths..pantang ckgu datang kejap je nak amik barang sebenarnya..kena tahan tanya soalan..ai iz happy uols ada semangat camtu.



barisan guru-guru asrama puteri atau singkatannya GURASPURI... haa glemer tak glemer singkatan...ada dua orang je yang takde dalam gambar ni..alhamdulillah team guraspuri semuanya bersemangat menjalankan tugas (tak semangat bila parents marah2 hal kecik, dan oh ye..ada yang takde adab sebab takde salam takde ape tiba2 marah2 call kul 5 pagi suruh tengokkan anak dia..eh ehh...nasib bukan aku yang dapat tu..free free je kena maki if aku yang dapat call camtu..patut la anak2 skang semakin kurang hajarrrr..kat rumah perangai dah biasa tengok parents buat perangai tak baik)

eh panjang pulak membebel.ahaha~



saja pinjam buku Linda untuk ajar tuisyen form 3..ehehe..ajar tuisyen kat mana tuuuu.ada laaa~rahsia.hikkss..lepas tu ternampak tulisan Linda tulis Kay Kay....nak guling-guling gelak....comey sangat nihh..dah kawen pun adik perempuan aku sorang tuuu..pengantin baru tak baru jugak la kahwin Disember 2017 yang lepas.




comel tak buku resepi mak mentua aku ni?beliau bukak buku resepi nak masak tomyam...hehe..aku jenis main google je everytime nak masak apa2 yang baru..yelah..generasi lama2 mesti confirm ada buku resepi yang tulis cantik2 tu kan..berharga tu weyh..resepi turun temurun..

rasa happy dan bangga la jugak kan sebagai pengurus kelab taekwando bila anak2 didik dapat kejayaan..kita ni cikgu dapatlah menumpang kejayaan deme ni (kena guna deme sebab duduk perak so kena cakap perak). tahniah.tahun depan kita aim 5 pingat emas pulak ye. amin.





 ni gambar anak homeroom..saja amik gambar dia..ni tengah kelas belajar topik polygon..so semua orang kena belajar la melukis polygon..siapa tak melukis kena ketuk tangan..ahaha~mana boleh dah sekarang nak cubit2, ketuk2, denda bukan2..kita senyum kan aje tengok budak2 malas lepas bagi nasihat kann...ingat!..kena jaga pencen masing2 nanti.if ada kes kang tak pasal2 tak dpt pencen.hahaha.


ni gambar anak jiran yang comel..birthday yang ke-4 tahun..tq jiran bagi kami makan sedap!..terima kasih daun keladi..



okey.tq yg sudi singgah. 
Toodles!

Monday, April 9, 2018

iphone X ?

iphone 10 or iphone X.sama saja.
dah terjebak..tak boleh nak buat apa dah.









































iphone 5c yang dah tak boleh on.

start dgn iphone 4.lepas tu iphone 5c.lepas tu iphone 10.



nak buat macam mana...bukannya saya ikut trend semasa...tetapi semua contact, notes etc ada dalam tu..kena gunakan apple id yang sama..hanya pengguna iphone yang akan memahami..bukan sebab nak kejar best sangat iphone tu..dah try android..pernah guna lenovo..pastu stuck stuck terus give up...atau saya yang malas explore..

yang iphone X tu seminggu dua je rasa lain sebab takde button home..lepas tu ok je..

tapi nak update blog ni still bukak laptop untuk menaip..old skool sangat..

take care everyone.pantas sangat masa berlalu..umur blog saya dah 10 tahun ;)




Thursday, February 15, 2018

FEBRUARI

14 Februari 2010- Pertama kaki menjejakkan kaki di Auckland, New Zealand

13 Februari 2013- Lapor diri dengan MARA di Puskep, Lenggong dan secara rasmi menjadi ahli warga kerja MARA

27 Februari 2017- Lapor diri di MRSM SAS. Akhirnya pekeliling yang ditunggu tiba jua

23 Februari 2018- Mengiring pelajar ke MRSM Gerik untuk Kejohanan Silat dan Olahraga

Lotssss of love in February

Monday, January 15, 2018

2018

tahun ni ada 3 orang guru bersara sekaligus.
tahun lepas ada seorang..

tahun demi tahun berlalu,
pelajar pun silih berganti..
kami tetap di sini..mencurahkan bakti
kepada anak bangsa..



p.s: gambar ni diambil semasa majlis persaraan pengetua kami..ada majlis makan2 di rumah beliau.hehe..ini kami, barisan guru-guru asrama puteri sesi 2018..ada siapa berani lawan?

Friday, August 11, 2017

Love is putting someone else's needs before yours- Olaf (Frozen)





I miss my family so much...
insyaAllah nak balik Rawang jumaat ni...

Tiba-tiba rasa nostalgia pulak tengok gambar-gambar lama ni...
Banyak pengorbanan papa mama untuk kami tiga beradik...
We will do our best to make u proud papa mama...
Tak terbalas jasa kami adik beradik ni..hanya Allah dapat membalasnya...


Thursday, May 18, 2017

Bekerja dengan bijak, bukan hanya kerja keras

Ohh..mantapnya tajuk ni kan??

Memang kena kerja keras.Itu betul.kalau tak kerja keras macam mana nak cari rezeki yang halal dan berkat kan?Kalau setakat buat kerja ala kadar, sekadar makan gaji atau tak bersungguh, aisehh..tak elok tu..
kita ni sebagai pekerja biasa tolong tanamkan dalam ingatan tu, walaupun bos tak nampak, jangan la curi tulang ye.. buat kerja sehabis baik tapi jangan sampai membebankan diri sendiri.. boleh je say NO, kalau betul-betul tak mampu. if ko YES YES dengan semua benda, lepas tu hasil kerja tak memuaskan nanti memakan diri.. betul kan?

Apa maksud bekerja dengan bijak?Macam mana nak buat bekerja dengan bijak ni?
Bagi aku la, pandai-pandailah buat jadual kerja, mana yang patut buat dulu, sila utamakan yang tu dulu. Bukan bertangguh, cuma kadang-kadang ada benda yang tak boleh buat lambat-lambat..Lepas tu tulis dan catat la apa yang nak dibuat dalam minggu, bulan tu, lepas tu minggu dan bulan mendatang.. Barulah tak kelam kabut hal kerja dan hal rumahtangga...
Even hal nak membersih rumah pun kena plan ye.. minggu ni nak basuh toilet, next week nak vacuum bilik tamu..weekend nak buat groceries..kalau nak best lagi boleh plan menu makanan untuk seminggu terus..takde la pening nak makan apa, kat mana..lepas tu nak fikir hal duit belanja lagi...

Bukan apa taw, kadang-kadang, ini ikut pemerhatian aku lah, zaman belajar ada orang boleh plan dan fokus tentang perjalanan hidup..contoh next month nak jalan mana, nak study apa, makan kat sini situ..tapi bila kerja macam bercelaru sikit..lepas tu merungut takde masa nak bersenam dan spend time with family or nak balik kampung..
Hey tak boleh macam tu taw..aku ni takde la perfect sangat..hehe,,sebab tu tulis post ni.. sebagai ingatan untuk diri sendiri dan yang tabah membaca..
Aku rasa korang lagi hebat sebab selalu tengok dan dengar ceramah agama atau motivasi sana sini..cuma, sebagai manusia biasa yang hanya ada 24 jam sehari, aku harap kita dapat guna masa dengan sehabis baik.. sebab umur makin singkat..nak berbakti pada mak ayah, adik beradik, kat pasangan, kat jiran, kawan sekerja..eh macam-macam lagi lah..



"To achieve is to work hard,
Work hard and priorities right.
Do things in right order, and you will achieve.
You must give something to get something"

Wednesday, May 10, 2017

13 Reasons Why

I just finish watching a series. 13 Reasons Why.


The plot is simple. It has 13 episodes.

If you want to know more about the story line, go google yourself.




Mungkin ada yang cakap cerita ni mengada sangat tunjuk watak lemah Hannah Baker sampai bunuh diri. Yup memang betul. Banyak benda yang boleh dibincangkan untuk series ni... Ada yang cakap tak patut tunjuk scene bunuh diri... tapi bagi aku bagus je tunjuk.. the pain she felt during doing it..it is not an easy death.. kesian mak ayah Hannah lepas dia bunuh diri..selfish je sebenarnya ..tapi kenapa dia jadi macam tu?

Bagi aku cerita ni best sebab dia explain untuk setiap watak dan kaitannya dengan Hannah Baker.. Kadang-kadang kite tak sedar the smallest thing we did boleh bagi impact yang besar kat hidup orang lain..jangan ye sesuka hati cakap or buat apa-apa tanpa fikir dulu..







so yeahh..ini quote Hannah Baker.. selamat menonton cite ni kalau rasa berminat..

p/s : Ada buat apa-apa yang menyakitkan hati orang lain tak hari ni?


Monday, March 27, 2017

all praises to Allah


Di akhir bulan Februari yang lepas, dengan tak disangka-sangka keluar pekeliling yang telah lama diharapkan setiap kali borang pindah dihantar..

Sesungguhnya rahsia rezeki dari Allah yang Maha Mengetahui tentang segala aturan perjalanan hidup kita ini walaupun kita merancang segalanya :)


Tiba-tiba penuh whatsapp mesej dengan ucapan tahniah dari rakan-rakan dan family...
Terdiam dan cuba jugak untuk cubit diri sendiri masa tu mana la tahu hanya mimpi kan..
alhamdulillah ya Allah.. penantian untuk balik Semenanjung telah berakhir..
selamat tinggal Borneo...bercampur baur perasaan,
terkejut, gembira, sedih nak berpisah, serabut nak mengemas dan lain-lain masa tu..
syukur sangat si suami banyak sungguh membantu..aku rasa kalau sorang-sorang tu memang tak berjalan la proses mengemas..thank you Abang..

Semoga bertambah murah dan barakah rezeki di tempat kerja baru nanti.Amin

Nantikan post seterusnya dari Kuala Kangsar.hehe.

Wednesday, February 8, 2017

page 39/365

Januari dah berlalu.
Februari menjelma.

oh blog baru nak update?hoho,kemalasan melanda diri. acah acah bajet busy.

TV drama Lara Aishah dah habis.total 100 episod. tiap satu episod di tengok tanpa satu yang terlepas.keh3.

Now tengah layan The Promise (Pangako Sayo version baru) kat 105..yang tu beratus-ratus ye episod.setakat ni masih istiqamah melayan walaupun geram jugak takde sarikata.just alih bahasa macam kartun Doraemon dan Conan. The reason tengok Pangako Sayo? takde ape. suka tgk Yna yang comel.tak jugak.tak pasti kenapa tengok.mungkin cerita drama Melayu terlalu membosankan.

Isnin lepas pendaftaran pelajar Ting 1 dan 4.dapat 3 orang anak homeroom baru.

lambatnya cuti sekolah.cepatlah cuti.

alhamdulillah dah join Shaklee.hehe.jom la order kat ahkak.syokkknya Shaklee.hehe.

oktujebye.


Saturday, November 19, 2016

Pick 3

This caught my attention.
Family, fitness, friend, work or sleep: Pick 3


As I go through many articles related with planner, life-balancing etc etc, this quotes or questions came across many times during the search. It is interesting to see how other people share their tips, method on how they were doing it plus the experience along the way to achieve great successful in life. Well of course our definition of succes vary among us, but still the process of getting it is not easy and need a lot of efforts and sacrifes.

Nevertheless, the keyword is to get organize, well-planned and get a clear vision on what you want to achieve, pray a lot after making so much effort because we plan, but the Almighty's plan overrides all plans. He knows what is best for us even though our minds do not always comprehend.

This type of human dilemma exist all the time because we all want to do it all but really, at the end of the day, you can't do all of them well.


p.s :  I am a bit of a planner addict. Go google what is planner addict. Colourful planner caught my attention and I love to decorate my planner.


Thursday, November 10, 2016

being women


  • The most alluring thing a women can have is confidence.



  • You can be gorgeous at thirty, charming at forty, and irresistible for the rest of your life.



saja tempek those quotes sebab suka.
hehe.


p.s: saya rindu kalian berdua.dua-dua orang dah dapat title hot mummy..


Saturday, November 5, 2016

menguji kesabaran

Sejak kebelakangan ni, banyak benda menguji kesabaran aku..bukan niat aku nak merungut kat blog cuma...kadang-kadang aku fikir, common sense di kalangan manusia memang menipis..benda simple pun tak boleh nak fikir ke..malas nak explain kat sini..tiap kali aku diuji, aku berdoa supaya aku dapat pindah..cukup-cukup la kot sejak 2013 kat sini..mungkin giliran guru baru patut ambil alih tempat aku di sini..

Namun aku bersyukur, tiap kali ada kesulitan tu, Allah banyak permudahkan urusan aku..Tuhan hantar bantuan melalui hambaNya yang lain untuk tolong aku..Tuhan gerakkan hati hambaNya untuk tumpangkan aku ke Giant, keluar makan, masakkan makanan kegemaran aku, tolong aku setelkan kerja yang banyak di sekolah dan banyak lagi benda-benda kecik yang aku terlepas pandang..

Seberat mana pun ujian,kena bersyukur sebab masih ada rumah untuk berteduh, makanan atas meja, pakaian cantik boleh dipakai..ada family yang sayangkan aku..aku bersyukur atas semua tu...benda-benda tu semua buat aku kuatkan hati cakap kat diri sendiri ada sebab kenapa Allah dah tetapkan kenapa aku yang kena ada kat sini, bukan tempat lain walaupun hati aku ni nak sangat berada di samping keluarga..nak sangat spend every weekend dengan family macam orang lain..kadang-kadang sebak jugak..bila terdengar ada cacian, kejian orang walaupun kita rasa macam dah bagi yang terbaik dalam kerja kita..

hehe.normal lah tu kalau tak semua orang boleh accept apa yang kita buat sebab memang dah lumrah manusia takkan dapat puaskan hati semua orang.

The problem is not the problem.
The problem is your attitude about the problem

Sunday, October 30, 2016

turun naik kapal terbang

macam mana nak mula cerita ya.

okey mula dengan perjalanan dari Kajang ke KLIA2 dengan family mentua.
semua okey..hujan sikit-sikit dalam perjalanan.
bila  dah sampai KLIA2, singgah Jaya Grocer beli sikit-sikit barang makanan..lepas tu singgah makan dekat food court..
since takde check in luggage, maka aku terus masuk gate imigresen macam biasa kena scan barang dalam beg etc..yang tak best kali ni, gate untuk Tawau ialah J15..paling hujung sekali..penat betul nak berjalan..lepas singgah toilet, aku plan nak singgah beli roti Gardenia dan coklat..dah jadi kemestian akan beli roti Gardenia untuk bekalan makan kat Tawau...tapi masa nak singgah aku dengar pengumuman kapal terbang ke Tawau dah nak berlepas..apa lagi, aku berlari dengan pakai baju kurungnya, dengan beg tarik, beg galas segala pecut ke gate J15..sampai kat gate tu, aku antara orang last yang naik..dalam hati bercakap, "awal pulak Airasia ni..selalunya kemaen lambat kalau flight 3.40pm ke Tawau ni"...ada rasa sedih sikit masa tu sebab tak sempat beli roti Gardenia.hik hik.

lepas letak barang dan amik seat, sempat la update family dah masuk flight etc..lepas tu kapal terbang pun bergerak nak take off..okey..hp pun dimatikan...

then, lepas hampir sejam dalam kapal terbang, yang still tak terbang-terbang, ada pengumuman dari pilot cakap kita semua kena kembali ke tempat parking kapal terbang tadi semula sebab ada masalah teknikal pada kapal terbang...ko rasaaaaaaaaaa?aku macam dah cepat la nak turun dari kapal tu secepat mungkin..pabila telah sampai ke tempat parking tadi semula, satu kerja jugak nak menunggu jurutera tu confirm kan yang kapal terbang itu boleh meneruskan perjalanan atau tidak..

mungkin peristiwa ini dapat dijadikan alasan untuk aku pindah?saya trauma naik kapal terbang-alasan dalam surat untuk pindah.

okey.berbalik kepada cerita asal..akhirnya jurutera memaklumkan bahawa kapal terbang itu tidak boleh meneruskan perjalanan.maka kami semua penumpang kena turun dan angkat barang-barang ke kapal terbang lain..

penat?ohh..jangan cakaplah setelah berlari-lari..kena angkut pulak barang keluar dari situ.pening?yup..rasa berpinar kepala nak tidur je..

bila aku keluar dari kapal terbang tu, aku tanya la pegawai tu, bila kapal terbang baru tu akan sampai..dia cakap tak pasti..ohh baiklah....aku terus pergi kedai beli roti gardenia, pergi toilet, main hp..update family apa yang jadi...

hoho...itulah antara pengalaman menjadi pelanggan setia Airasia..apa yang kami dapat?makanan free?diskaun untuk flight lain untuk repeat order dengan airasia?mestilah TIDAK ada.haha.

alhamdulillah pukul 5.45 petang kapal terbang berlepas ke Tawau..dan aku sampai rumah pukul 9.30 malam..aku syak pilot pecut sebab duration yang lebih singkat untuk sampai ke Tawau kali ni. maka terlepas lah tengok Gegar Vaganza untuk 30 minit yang pertama..

sekian

Monday, October 17, 2016

Good times and bad times

Hi peeps!

So my dear form 4 students will be sitting for the BIG exam today!

IGCSE.

yeah.. that RM 2000 examination fees that they need to pay on their own.

Let's pray the best for them.

I hope all my form 4 students can do well in this exam.

Good times become good memories.
Bad time become good lessons


Sunday, October 16, 2016

where is the love?

Happy Sunday everyone.
yes.

short update:

semalam Hari Graduasi Ting 5 Kali ke-8 untuk MRSM TMT
sekejap masa berlalu.aku rasa macam diorang semua masih innocent masa ting 2 dulu (masa tu baru posting sini 2013). No pics was taken because I was busy being AJK Stage Manager.luls.

kenapa aku menaip di sini.sepatutnya kena update SKT dekat Hrmis tapi still tak boleh log in sejak semalam.So aku merayau-rayau tengok blog dan taraaaa ter update blog sendiri.

Today is productive day I must say because : laundry (done), cooking (done), iron baju (done)..huhu..kemas rumah je belum sebab penat semalam belum habis.eceh.

Nak sangat update trip ke Lombok untuk rujukan akan datang..tapi bila entah mood akan datang untuk update sebab kena transfer gambar.ok.nanti kot..masa students dah busy exam.ehehe.



ok.tu je.

Love is putting someone else's needs before yours - Olaf (Frozen)



Sunday, October 2, 2016

hello october

i miss blogging.
i miss fish and chips
meowww.

eh?

aku tengok banyak je blog-blog orang sekarang dah tak di update sangat.
yelah.sebab semua orang dah layan Instagram, Facebook, Pinterest, Snapchat etc ect.
so, aku rasa tu antara reason kenapa orang dah tak layan blog sangat.

memerlukan kekuatan, idea, kesabaran untuk mengolah ayat dan menaip idea-idea ke dalam bentuk tulisan kot...dan semangat jugak kot nak bukak laptop dan upload gambar etc ke dalam blog..
tapi walaupun aku dah tak selalu update blog sendiri, aku tetap suka baca blog orang lain. antaranya sebabnya ialah dapat idea resepi, tips travel, tips nak kurus dan banyak lagi lah.

oklah.take care everyone.

bye.