Tuesday, July 20, 2010

berlapang dada

hari tu, husna ada cakap tentang sifat berlapang dada..
aku pun terfikir yang
kadang-kadang kita terlalu mengharapkan orang lain agar berlapang dada dengan sikap dan diri kita tanpa kita sedar bahawa kita sendiri susah untuk bersikap sedemikian.
Tidak kiralah kita sebagai orang atas, atau sebagai orang bawah. Kesannya akan berlaku ketidaksefahaman dalam melakukan kerja dan dalam memahami diri orang lain. Kesan yang lebih teruk akan timbul pelbagai prasangka yang bukan-bukan sehingga akhirnya boleh menggugat sesuatu perhubungan.


Sifat berlapang dada merupakan salah satu nikmat dari Allah s.w.t kepada hamba-hambaNYA yang muslim. Sifat yang mana Allah s.w.t jadikan hatinya bersih dari permusuhan dan kebencian, jernih dari dengki dan hasad, bebas dari muslihat dan pengkhianatan dan tidak wujud di hatinya melainkan kecintaan dan rasa kasih sayang kepada saudaranya sesama Islam.


"Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia. Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar."
(Surah Fussilat: 34-35)



komen kak KK kat profile pic fb yg latest: cincin persahabatan...:D...moga kekal hingga ke Syurga
credit to wan for this pic..hihi~

2 comments:

Muhammad Hilmi said...

yup..itulah sebaliknya..banyak je perkara2 yang berlaku dlm hidup yang kdg2 menyakitkan hati,geram dan sebagainya tapi dgn berlapang dada,kita bersetuju dgn fitrah manusia yang lemah,yakni tidak pernah lari dari kesilapan tak kira hebat mana pun seseorang itu..berlapang dada juga salah satu cara utk tidak memberi ruang kepada emosi2 negatif menguasai akal fikiran kita..lebih2 lg as a student..(byk lagi mende yg patut kita 'simpan' dlm otak).. (^^)

Muhammad Hilmi said...

*silap kt komen plg atas..sepatutnya= itulah sebaiknya..hehe