Tuesday, October 12, 2010

sekali seumur hidup

okey.baru lepas tengok video2 dan gambar2 kemalangan dekat kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan tu.yup.sayu.tumpah gak air mata.15 orang mati.menyayat hati.
memang aku emo bab2 camni..even kes adik sharlinie yang hilang tak jumpa2 tu pun aku nangis2 masa mula2 dengar apa yg dah jadi kat dia.

before tengok semua video dan gambar2 kemalangan tu, aku duk sibuk bukak macam2 blog orang kahwin time tarikh special la konon-kononnya.datuk sms, aqasha, bienda,datuk sani dan ramai lagi la orang terkenal dan tak terkenal pun nak adakan majlis kawin yg gemilang.

*terdiam seketika*

10.10.10 hanya datang sekali je sebelum kiamat.
ada orang berduka.ada orang bergembira.
itu lumrah alam.pada tarikh yang sama.
mungkin satu peringatan buat kita semua supaya bersederhana dalam semua benda.
jangan gembira sangat.
jangan suka sangat.
jangan sedih sangat.
jangan pentingkan sangat benda-benda yang tak penting.
jangan terlalu dikejarkan sangat benda-benda membazir.
renungan.

selamat pengantin buat semua pengantin baru yang baru melangsungkan perkahwinan pada tarikh special itu.

ucapan takziah buat keluarga mangsa dalam kemalangan itu.
al-fatihah.

benda yg paling dekat ngn kita adalah mati…
benda paling jauh dgn kita adalah masa lalu…

2 comments:

NIA said...

ak ngeri tengok gmbr orang eksiden tu

salsabil said...

apa yg sy nmpak kt sini sbnrnya Allah nk bg peringatan kat kita yg melihat "tragedi oktober" itu

bersyukurlah kita yg masih hidup ini kerana masih lg diberi peringatan tatkala kita sibuk dgn kehidupan dunia...

bersyukur juga untuk kita kerana masih lg diberi pinjam setiap hela nafas dan peluang untuk terus bertaubat..bygkan, mereka yg mati ketika tragedi buruk itu, pasti x expect pon mereka menemui ajal on the spot.if mereka mmg dah sentiasa membuat preparation untuk menemui Allah, alhamdulillah,jika tidak......nauzubillahu min zalik..

sesungguhnya kematian itu adalah tazkirah yg terbaik untuk kita yg masih hidup...astaghfirullah al'azim...


*** sy insan yg lemah lg hina ***