Sunday, April 15, 2018

random pics

Nak serious blogging semula boleh tak?

Hehe.semoga istiqamah semangat nak menulis.Maybe ada hp baru ni semangat sikit kan?
mana laaa tahu...*hembus-hembus habuk sawang*

So before delete gambar-gambar di hp mari tempek di sini dulu.


Haaa..nampak ke tu?if tak nampak sila zoom...Tahniah anak-anak ting 5 spm 2017!..apa pun result korang selamat menempuh alam baru selepas ni..SPM je kann..korang boleh!..


 Macam ni lah keadaan bilik guru malam2 di jabatan maths di mrsm _________. haha kena fill in the blanks sendiri.Kang kalau search nama mrsm keluar pulak blog ni kan. bagus ye awal tahun dah ada kesedaran nak belajar maths dan add maths..pantang ckgu datang kejap je nak amik barang sebenarnya..kena tahan tanya soalan..ai iz happy uols ada semangat camtu.



barisan guru-guru asrama puteri atau singkatannya GURASPURI... haa glemer tak glemer singkatan...ada dua orang je yang takde dalam gambar ni..alhamdulillah team guraspuri semuanya bersemangat menjalankan tugas (tak semangat bila parents marah2 hal kecik, dan oh ye..ada yang takde adab sebab takde salam takde ape tiba2 marah2 call kul 5 pagi suruh tengokkan anak dia..eh ehh...nasib bukan aku yang dapat tu..free free je kena maki if aku yang dapat call camtu..patut la anak2 skang semakin kurang hajarrrr..kat rumah perangai dah biasa tengok parents buat perangai tak baik)

eh panjang pulak membebel.ahaha~



saja pinjam buku Linda untuk ajar tuisyen form 3..ehehe..ajar tuisyen kat mana tuuuu.ada laaa~rahsia.hikkss..lepas tu ternampak tulisan Linda tulis Kay Kay....nak guling-guling gelak....comey sangat nihh..dah kawen pun adik perempuan aku sorang tuuu..pengantin baru tak baru jugak la kahwin Disember 2017 yang lepas.




comel tak buku resepi mak mentua aku ni?beliau bukak buku resepi nak masak tomyam...hehe..aku jenis main google je everytime nak masak apa2 yang baru..yelah..generasi lama2 mesti confirm ada buku resepi yang tulis cantik2 tu kan..berharga tu weyh..resepi turun temurun..

rasa happy dan bangga la jugak kan sebagai pengurus kelab taekwando bila anak2 didik dapat kejayaan..kita ni cikgu dapatlah menumpang kejayaan deme ni (kena guna deme sebab duduk perak so kena cakap perak). tahniah.tahun depan kita aim 5 pingat emas pulak ye. amin.





 ni gambar anak homeroom..saja amik gambar dia..ni tengah kelas belajar topik polygon..so semua orang kena belajar la melukis polygon..siapa tak melukis kena ketuk tangan..ahaha~mana boleh dah sekarang nak cubit2, ketuk2, denda bukan2..kita senyum kan aje tengok budak2 malas lepas bagi nasihat kann...ingat!..kena jaga pencen masing2 nanti.if ada kes kang tak pasal2 tak dpt pencen.hahaha.


ni gambar anak jiran yang comel..birthday yang ke-4 tahun..tq jiran bagi kami makan sedap!..terima kasih daun keladi..



okey.tq yg sudi singgah. 
Toodles!

No comments: