Sunday, January 13, 2013

2013

Malam mencari mimpi
Siang mencari erti
Tersingkap seribu makna
Terucap seribu kata
- Kekasih Awal dan Akhir, Jamal Abdillah


Bulan baru di hari tahun yang baru.
Sedar tak sedar, usia blog ini menginjak masuk ke tahun yang ke-6
Pantas sungguh masa beredar.
Yang senior sudah tamat pengajian di universiti,
yang junior pula bakal menyusul senior.
Eh.

Kehidupan tetap diteruskan.
Survival. Yup.
Berjuang untuk terus hidup.
Hidup untuk mati. untuk kehidupan yang kekal abadi di sana.


Tahun 2012.
Melakar suka duka ketawa menangis.
Terima kasih 2012
2012 akan tetap diingati antara tahun yang terindah.

Semoga 2013 ini membawa keceriaan dan kebahagiaan
yang berterusan dan berpanjangan
hingga tahun-tahun yang berikutnya jua.
InsyaAllah.Amin.


p/s: Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-24 buat ayah bonda tersayang. Ampun dipinta kerana tiada hadiah istimewa dari anakanda mu ini kerana masih menanam anggur di rumah.hehehe..semoga kekal berbahgia hingga ke syurga.tidak pernah anakanda lupa untuk menitipkan doa untuk kalian berdua. sayang mama papa!

1 comment:

mama said...

terima kasih sayang menjadi anak yang tidak menimbulkan masalah... yang pandai menghargai ibubapa dan orang tua.

Masa sangat cepat berlalu...segalanya mungkin berlaku. Tak lupa mama sentiasa mendoakan kebahagiiaan akak dunia dan akhirat. Sayang akak sangat2