Saturday, April 5, 2014

kau tahu?

ni aku paste dari blog cursingmalay.antara blog fevret yang aku suka baca:


Kau tau apa rahsia nak pupuk kasih sayang sebenarnya?

Cara paling baik nak pupuk kasih sayang dengan diri sendiri adalah untuk ingatkan diri, kau boleh mati bila2. Nak pupuk kasih sayang sesama insan, kau perlu ingatkan diri kau, diorang yang kau sayang ni...boleh mati bila2.

Harapnya selepas tu akan terbentuk cycle di mana secara automatik kau akan takut buat benda salah dan kau akan pastikan yang orang yang kau sayang di sekeliling kau dapat rasa kasih sayang kau. Kau cuba bayangkan kalau isteri kau pun buat benda yang sama? Kalau kau tau esok kau mati, kau bayangkanlah macam mana layanan isteri kau malam tu?

Mesti terbaik punya sebab dia pun nak jadikan benda tu memorable.....kan? Last day bersama. Semua benda yang selama ni kau nak dia buat, sure dia akan buat. Kau nak makan apa? Kau nak minum apa? Kau nak gaya apa?

Tapi kenapa bila dah nak mati baru buat?
Masa hidup tu buat apa? Kenapa masa hidup ramai yang anggap lagi baik aku hidup takde laki takde bini?


.................

No comments: