Saturday, November 5, 2016

menguji kesabaran

Sejak kebelakangan ni, banyak benda menguji kesabaran aku..bukan niat aku nak merungut kat blog cuma...kadang-kadang aku fikir, common sense di kalangan manusia memang menipis..benda simple pun tak boleh nak fikir ke..malas nak explain kat sini..tiap kali aku diuji, aku berdoa supaya aku dapat pindah..cukup-cukup la kot sejak 2013 kat sini..mungkin giliran guru baru patut ambil alih tempat aku di sini..

Namun aku bersyukur, tiap kali ada kesulitan tu, Allah banyak permudahkan urusan aku..Tuhan hantar bantuan melalui hambaNya yang lain untuk tolong aku..Tuhan gerakkan hati hambaNya untuk tumpangkan aku ke Giant, keluar makan, masakkan makanan kegemaran aku, tolong aku setelkan kerja yang banyak di sekolah dan banyak lagi benda-benda kecik yang aku terlepas pandang..

Seberat mana pun ujian,kena bersyukur sebab masih ada rumah untuk berteduh, makanan atas meja, pakaian cantik boleh dipakai..ada family yang sayangkan aku..aku bersyukur atas semua tu...benda-benda tu semua buat aku kuatkan hati cakap kat diri sendiri ada sebab kenapa Allah dah tetapkan kenapa aku yang kena ada kat sini, bukan tempat lain walaupun hati aku ni nak sangat berada di samping keluarga..nak sangat spend every weekend dengan family macam orang lain..kadang-kadang sebak jugak..bila terdengar ada cacian, kejian orang walaupun kita rasa macam dah bagi yang terbaik dalam kerja kita..

hehe.normal lah tu kalau tak semua orang boleh accept apa yang kita buat sebab memang dah lumrah manusia takkan dapat puaskan hati semua orang.

The problem is not the problem.
The problem is your attitude about the problem

No comments: