Sunday, October 30, 2016

turun naik kapal terbang

macam mana nak mula cerita ya.

okey mula dengan perjalanan dari Kajang ke KLIA2 dengan family mentua.
semua okey..hujan sikit-sikit dalam perjalanan.
bila  dah sampai KLIA2, singgah Jaya Grocer beli sikit-sikit barang makanan..lepas tu singgah makan dekat food court..
since takde check in luggage, maka aku terus masuk gate imigresen macam biasa kena scan barang dalam beg etc..yang tak best kali ni, gate untuk Tawau ialah J15..paling hujung sekali..penat betul nak berjalan..lepas singgah toilet, aku plan nak singgah beli roti Gardenia dan coklat..dah jadi kemestian akan beli roti Gardenia untuk bekalan makan kat Tawau...tapi masa nak singgah aku dengar pengumuman kapal terbang ke Tawau dah nak berlepas..apa lagi, aku berlari dengan pakai baju kurungnya, dengan beg tarik, beg galas segala pecut ke gate J15..sampai kat gate tu, aku antara orang last yang naik..dalam hati bercakap, "awal pulak Airasia ni..selalunya kemaen lambat kalau flight 3.40pm ke Tawau ni"...ada rasa sedih sikit masa tu sebab tak sempat beli roti Gardenia.hik hik.

lepas letak barang dan amik seat, sempat la update family dah masuk flight etc..lepas tu kapal terbang pun bergerak nak take off..okey..hp pun dimatikan...

then, lepas hampir sejam dalam kapal terbang, yang still tak terbang-terbang, ada pengumuman dari pilot cakap kita semua kena kembali ke tempat parking kapal terbang tadi semula sebab ada masalah teknikal pada kapal terbang...ko rasaaaaaaaaaa?aku macam dah cepat la nak turun dari kapal tu secepat mungkin..pabila telah sampai ke tempat parking tadi semula, satu kerja jugak nak menunggu jurutera tu confirm kan yang kapal terbang itu boleh meneruskan perjalanan atau tidak..

mungkin peristiwa ini dapat dijadikan alasan untuk aku pindah?saya trauma naik kapal terbang-alasan dalam surat untuk pindah.

okey.berbalik kepada cerita asal..akhirnya jurutera memaklumkan bahawa kapal terbang itu tidak boleh meneruskan perjalanan.maka kami semua penumpang kena turun dan angkat barang-barang ke kapal terbang lain..

penat?ohh..jangan cakaplah setelah berlari-lari..kena angkut pulak barang keluar dari situ.pening?yup..rasa berpinar kepala nak tidur je..

bila aku keluar dari kapal terbang tu, aku tanya la pegawai tu, bila kapal terbang baru tu akan sampai..dia cakap tak pasti..ohh baiklah....aku terus pergi kedai beli roti gardenia, pergi toilet, main hp..update family apa yang jadi...

hoho...itulah antara pengalaman menjadi pelanggan setia Airasia..apa yang kami dapat?makanan free?diskaun untuk flight lain untuk repeat order dengan airasia?mestilah TIDAK ada.haha.

alhamdulillah pukul 5.45 petang kapal terbang berlepas ke Tawau..dan aku sampai rumah pukul 9.30 malam..aku syak pilot pecut sebab duration yang lebih singkat untuk sampai ke Tawau kali ni. maka terlepas lah tengok Gegar Vaganza untuk 30 minit yang pertama..

sekian

No comments: