Tuesday, January 24, 2012

pick your own nectarines

nah.klik sini.
hari khamis minggu lepas kitorang pergi kebun buah tu laa, walaupun ada dua assignment nak kena hantar jumaat esok tu, gagahkan jua pergi tempat tu.hek hek.
oh.sangat seronok sebab hanya $5 per entry untuk masuk kebun buah tu, lepas tu boleh makan puas-puas buah yang dipetik sendiri sampai perut kembong.heee~
lepas tu, satu kilo pertama buah yang dibawak keluar dari situ free, tapi kilo yang berikutnya kena bayarlah ye :)

emm..first time makan buah nectarine ni..sedap.time kitorang datang hanya ada buah nectarine je sebab pokok epal tu tak masak lagi la buah-buah dia..

buah nectarine tu seangkatan dengan buah peach, aprikot, plum macam tu laa..tapi bau buah tu memang wangi laa..bila jalan-jalan kat situ bau harum semerbak je..

see, buah epal tak masak lagi..hehu.kayo lah pakcik tuan kebun ni..banyak betul pokok-pokok buah die eh.ada banyak baris, satu baris ada berapa batang pokok lagi.



bertolak dari rumah dalam pukul berapa tak ingat,
tapi sejam gak la perjalanan kalau tak sesat sikit-sikit...hihi~

kitorang terlepas pandang signboard kat tepi jalan tu..pastu patah balik semula..sampai kebun tu dalam pukul 4 petang, lepas tu pukul 6 petang ada makcik tu datang cakap "kitorang nak tutup dah ni", pastu kitorang paham la kene blah la maknanya kan..


ni gambar-gambar random, dari atas belah kiri;
-saja la simbolik, apple dgn henfon apple,
-buah peach ada sepokok dua yang berbuah & macam baldu kulit buah tu,
-kat pintu masuk kebun ada lagi jual buah-buah ni,
-tu la rupa buah nectarine tu.

all in all..seronok dan tak tahulah dapat lagi or tak peluang best macam ni yang ada time summer je.

3 comments:

Puan Seri said...

waa jeles...rindu nk mkn nectarine

Fareha Noor said...

rindu nectarine!!!!

anony_mouse said...

looks like someone summering her summer :P