Sunday, August 16, 2009

pergi

semalam, naik komuter pergi kl sentral..macam biasalah..bayar tiket,
naik komuter tu kan..cuma, apa yg lain kali ni aku pakai topeng muka(mask) tu lah gara-gara h1n1 tu..hari2 pun kena pakai time kerja...bosan ok~
bukan nak story yg itu sebenarnya..ada sesuatu yg lain kali ni bila aku naik komuter..
sepanjang 5 tahun lebih menjadi pengguna setia komuter ni, semalam adalah first time bila aku masuk2 n duduk je dalam komuter ada bunyi pengumuman ni..

"assalammualaikum kepada semua muslimin n muslimat...."
dan orang yg buat pengumuman tu terus baca doa menaiki kenderaan dalam bahasa arab siap dgn ertinya sekali..
aku pun tadahlah tangan masa doa tu dibacakan, tapi aku tengok kebanyakan orang melayu buat tak kesah n tak hormat langsung pun..segan pula bila tengok orang Cina geleng2 kepala tengok perangai budak2 melayu yg siap dgn mp3, dgn main handphonenya lg..hurmm..maybe aku je kot yg tak pernah dengar orang buat pengumuman dalam komuter dan baca doa tu sebelum memulakan perjalanan..dalam hati tu, ada la jugak aku doa supaya tak terkena penyakit h1n1 tu...

p/s-topi pink tu cute dan kotak hitam tu misteri.

p/s/s-tersempak dengan budak kms di mcD yg khusyuk mengisi borang2 mara yg bertimbun itu..walaupun dia memakai topeng muka itu, masih cam lagi siapa kamu..

6 comments:

aunie said...

ros, teruk sgt ke H1N1 kat msia.kat sni smue org lepak je. kat airport NY 2 x de sorg pun pkai mask

rose said...

yup..agak teruk la kt sini..
ari2 ade org mati..mesia ni dah la kecik..

emosah said...

betul tu auni....
makin hari, makin ramai yang mati...
risau pula aku...
jaga diri elok2 ek auni...

s.e said...

eh rose. kan elok kalau sume public transport ada pengumuman cmtu. i mean mcm doa naik kereta. x yah la utk h1n1 je. except for taxi. for non muslim doa dlm agama sdr. hehe. just an idea =P

Anonymous said...

askum, nina, anda merupakan seorang wnita muslimah yang baik., Teruskan sifat itu, moga anda diberkati tuhan selalu. Insya Allah.

alicia-rnro said...

emosah-btol ckp ko tu..auni jgn nakal2 k kat sane..

S.E-btol2..ak x pasti la doa tu semata-mata diadakan sbb h1n1 ni..aku sokong cadangan ko~

anonymous-err..yeke..name x letak name sbenar?