Wednesday, August 12, 2009

WOW WEE..




pada 31 julai-2 ogos yg lepas..alhamdulillah..sy berjaya gak mengikuti program yg telah dianjurkan oleh iluvislam.com..seramai 60-70 org pelajar yg bakal melanjutkan pelajaran ke UK, india, US dll..(tetapi, dalam ramai2 tu, saya seorg je yg bakal pi nw zlnd..dan sy sorang je wakil KMS di situ rupanya..yg lain kbykannya dari intec, kmb, kdu dsb..huhu~)

komen saya:
walaupun kena bayar rm 45 tu, mmg tak rugi lah pergi WOW ni... slot LDK (pokok acai berry, bedah oh bedah dan pelbagai nama slot LDK lain yg diberikan) yg mantap.
memang respek la dgn pihak pengurusan, walaupun mereka semua lain2 university kat UK tu, tapi semuanya brjalan lancar..akak2 n abg2 faci pun tak lokek kongsi pengalaman diorg semua...makanan pun sedap...
plg suka waktu tazkirah dan youth cafe 2(muslim students as embassador of islam) dan 3(the elephant story), mungkin boleh kekalkan ustaz yg sama utk WOW 2010 dan seterusnye..hehe...slot fiqh perantau mungkin boleh peruntukkan masa yg lebih pjg.. gembira sbb byk dpt tahu info2 baru dan berguna..
ermm..cuma yg tak best masa mula2 tu je...kena amik masa 3 jam utk sampai ke kem sg merab, pening jgk laa..

lagi satu, ceramah mungkin perlu diberikan masa lebih pada FIQH TRAVELLERS (oleh ustaz hasrizal) yang mana agak banyak belum merungkaikan persoalan para peserta. Ceramah Ustaz Ridhuan sangat bagus, namun mungkin boleh kurangkan sedikit masa beliau untuk dibawa ke FIQH TRAVELLERS oleh ustaz Hasrizal yang mana lebih diperlukan pada saat ini.



oklah..secara ringkasnya, melalui slot LDK,youth cafe, explorace dan sebagainya semasa kem dapat saya rumuskan beberapa perkara yg ingin saya kongsikan di sini...
semoga ianya dpt menjadi peringatan kpd yg lain dan diri saya sendiri juga..

1-NIAT..kita mesti sentiasa memasang dan memperbaharui niat dalam setiap perkara yg kita lakukan..niat kerana ALLAH swt adalah penting supaya kita tidak alpa bahawa tujuan sebenar kita dihantar belajar ke negeri orang adalah untuk mencari ilmu sebanyak mungkin supaya dapat digunakan untuk menegakkan agama ALLAH..tak yah ulas pjg2 kan bab ni sbb semua pun dah tahu bab2 amanah negara la, bangsa la, family laa kan..

2-perlu diingat bahawa kos untuk menaja seorang doktor adalah 10 kali ganda drpd doktor tempatan dan begitu jugalah dalam bidang2 yg lain spt kejuteraan, pendidikan, dll yg mungkin 5-7 kali ganda drpd menaja pelajar tempatan..oleh itu, pencapaian pelajar2 yg telah ditaja ini seharusnyalah 5,6,7-10 kali ganda baik drpd mereka yg lain itu..jika hasilnya tetap sama, untuk apalah kerajaan menaja berjuta2 untuk kita semua ini..
maksudnya di sini bukanlah setakat pencapaian akademik harus diutamakan, namun dari segi sumbangan lain kita kepada masyarakat..

3-begini, kita seharusnya tidak sentiasa berfikir tentang apa yg telah diberikan oleh orang lain(kerajaan, fmly, masyarakat)kepada kita.. namun seharusnya kita berfikir bahawa apakah sumbangan yang telah kita berikan kepada orang di sekeliling kita..seorang faci ada bercerita mengenai pengalamannya di UK tentang seorang sahabatnya yg apabila terdapat jualan2 garaj, sahabatnya itu sibuk membeli buku2 cerita kanak2..rupa2nya, apabila di tanya untuk apa buku2 itu..sahabat beliau menjawab buku2 itu adalah untuk disumbangkan di tadika2 malaysia apabila beliau pulang ke tanah air kelak kerana katanya buku2 sedemikian di malaysia lebih tinggi harganya...apa yg ingin disampaikan di sini ialah..kita mesti memikirkan tentang sumbangan yg dapat kita berikan kpd masyarakat apabila pulang ke tanah air kelak..walaupun bukan secara material, tetapi jika kita dapat memberi impak baik yg besar kpd seseorang sudah tentulah ianya merupakan perkara terbaik yg kita dapat lakukan

3-apabila kita berada di negara yg majoriti penduduknya bukan islam itu, sudah tentulah kita yg muslim ini menjadi duta2 kecil islam secara simboliknya..maka, pelbagai pertanyaan, tohmahan sudah pastinya akan dilontarkan oleh pihak2 yg ingin mengetahui lebih lanjut mengenai islam..untuk itu, seharuslah kita menunjukkan teladan yg baik.. dan update tentang isu2 semasa mengenai umat2 islam di seluruh dunia..

4-mengikuti usrah atau berada dalam golongan yg saling ingat mengingati antara satu sama lain adalah penting..bukan apa, manusia kan senang lupa..maka, pentinglah rakan2 di sekelilingnya untuk mengingatkan atau menasihati sahabat2 yg lain agar tidak terjebak dgn kegiatan yg tidak sepatutnya....

sekian saja...

p/s: rupa-rupanya abang kepada my ex-rumate kat mrsm trans dulu, nur fazdlin bt abd rahim (sahabat karib saya hingga kini) itu merupakan antara 5 orang pengasas laman web iluvislam.com itu..dan sy juga berasa gembira kerana telah berjumpa kembali sahabat di sekolah rendah dulu, nadiah baharin, 7 tahun tidak berjumpa akhirnya bertemu di kem tersebut..

p/s/s: smoga ukhwah yg t'jalin adalah ukhwah kerana Allah...


ini video semasa majlis penutup:

2 comments:

Lync said...

i like i like..

rose said...

amboi lyn..suke eyh..haha..