Sunday, September 6, 2009

kerenah budak sekolah 1


Seperti yang pernah aku nyatakan dalam post sebelum ini, nisbah mengikut kaum pelajar di sek men sri garing(SEGAR), rawang itu ialah- 40% cina, 40% india dan 20% melayu..
dengan jumlah pelajar seramai lebih 3500 dan jumlah guru yg lebih 180 orang, setiap hari aku berdepan dengan pelbagai kerenah yg kadang2 memerlukan kesabaran yang lebih...sebenarnya, kalau boleh setiap hari ingin aku update blog ini dengan cerita lawak, sedih, dan lain2 yg berlaku di situ untuk dijadikan pengajaran..tetapi, apabila sampai saja di rumah, terasa penat yg teramat, di tambah pula pokok2 yg perlu di tuai di farmville(game di facebook), haha..memang alasan tu..mungkin ada yg cakap, "weyh, setakat kerja kedai buku tu, apa yg penat sgt ha?"..aisyyyy..bila jam 7 pagi sahaja, kedai itu sudah dibuka, kunci disimpan oleh aku atau ika secara bergilir..pelajar2 tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan kedai dan hanya boleh tunjuk2, or sebut sahaja apa yg mereka inginkan..so, kami kena bergerak-gerak mengambil2 barang2 yg mereka perlukan..buku lejer, kertas graf, liquid paper, pembaris, kertas kajang, kad manila, berus lukisan, water colour, pen...dan macam2 lagi taw..



oh ye...yg pen tu, ade berpuluh2 jenis taw..just sebut jenis apa, warna, o.5 or 0.7, pen dakwat basah or ballpen dan sebagainya..yang aku tak tahan, ada nak aku amik semua jenis pen, tapi last2, tak beli ape2, rase cam nak lempang2 je..haha..selain itu, itu baru bab alat tulis yg 500 jenis item berbeza..aku juga perlu kena ingat harga2 barang itu semua supaya proses pembelian berjalan lancar..masuk bab photostat..kadang2 kami berdua tak dapat duduk pun, sebab order photostat dari guru2 dan pelajar2 tersangat banyak..
1000 lebih copy photostat sehari adalah normal..yang aku bengang, budak2 tu, selalu hilangkan kertas yg diberi cikgu mereka, dan kami akan photostat benda2 yg sama berulang2..bayangkan, semasa form 3 kena menghantar kerja kursus sejarah, geografi dll..ramai yg malas, dan hanya photostat folio rakan2 mereka untuk dihantar...
pelik sungguh aku..ada juga yg photostat lirik2 lagu la, foto artis kegemaran laaa...yang aku nak tergelak, photostat gambar pakwe/makwe pun ada, walaupun sudah berulang kali aku katakan bahawa gambar yg di photostat mungkin akan jadi gelap, namun tidak diendahkan..lagi satu, guru2 bertindak untuk photostat secara pukal bahan2 mengajar yg akan diedarkan dalam kelas..aku dan ika faham apabila dijelaskan mengapa mereka tidak menggunakan kemudahan mencetak di sekolah kerana proses untuk bahan2 itu dicetak agak rumit, dan memakan masa yg lama..kerana perlu mengisi borang itu ini, perlukan tandangan orang itu ini..so, jalan mudah kerana kadang2 on the spot gak idea mereka timbul tentang apa yg ingin di ajar untuk hari itu juga..

oh ye..tugas lain yang perlu lakukan setiap hari di kedai itu ialah untuk mencatatkan segala jenis barang yg telah dijual untuk untuk hari itu...hatta seketul pemadam, sebiji gam rm 0.80, pembaris rm 0.20, saniplast rm 0.10..yup, semua perlu direkodkan..bayangkan, kami berdua yg tidak menang tangan di waktu kemuncak iaitu sebelum loceng pertama kelas berbunyi, semasa waktu rehat dan semasa waktu pertukaran pelajar sesi pagi dan petang..manalah hendak terlayan, mereka yg ingin membeli belah barang, photostat, tak termasuk golongan yg window shopping sahaja..haha..ada kalanya apabila stok lari, kami kelam kabut..tapi, seronok sebenarnya apabila membuat kerja2 akaun itu, cuma kena sangat teliti supaya tidak lari walau sesen pun..sudahlah pula tu, kami harus memberi bos jumlah wang yg mencukupi dan selari dengan apa yg telah direkodkan..ya, sangat leceh sebenarnya kerja2 itu dan aku akui agak tidak berbaloi kerja di situ..baru aku faham kenapa pekerja di situ datang dan pergi..tiada siapa yg tahan kerja sebegitu setiap hari..haha..tetapi, bila memikirkan telatah budak2 sekolah yg mencuit hati, aku happy saja di situ..eyh...bersambung kisah2 budak2 itu dalam post akan datang..memang kelakar, geram dan kasihan pun ada..

8 comments:

mila said...

salam.. salam ziarah..
lawak pulak bila teringat zaman membeli - belah kat kedai buku dulu. tapi ros dikira okey gak la berbanding akak kedai buku kat sekolah kita dulu. x mesra alam langsung. Orang senyum, dia jeling je. Selalu jadi bahan gosip budak2 sekolah dulu. ahaks..

Tapi apa2 pun SELAMAT BERPUASA..:D

Afiq said...

kak nak pen satu. hahaha

-Shafawati- said...

rose, keje lek lok.. jgn asyik mengusha budak sekolah jer..

zatiesiska abdul rahman said...

haha sempat lagi wat statistic

SoMeoNe said...

susahnye jge koop sane..
koop kms je yg senang..rileks je..
huhuh

alicia-rnro said...

mila-rasanya ni kali pertama kamu komen di page ini kan?..haha..rose memang mesra alam dgn budak2 skolah ni..tapi ada gak yg kurang ajar dgn kami..geram2..selamat berpuasa kpd kamu juga..

afiq-haha..pen itam?..biru?
..merah?..dakwat basah?harga bape nak?

shafa-haisyy..nak usha ape weyh?...sume cina n india je ade yg ramai...yg mlayu byk kacukan indon n mlayu lak tu..

zatie-taw takpe..

someone-memang pun...korang siap leh tgk tv lagi kan dulu?..amik air minum2 kan?..yg ni takde..memang sakit satu badan melayan diorg..

Afiq said...

Nak semua pen. Tapi takmau beli kak.. Nak tgk ja dan test2 samada ada dakwat ka x. Hahahaha

-Shafawati- said...

alaa rose.. tak mustahil nanti kau tertarik dgn mana2 'mamat India' tuh.. hehehe..